Followers

Wednesday, 20 December 2017

Ada Beza 'Berjudi' Dengan Rizab Untuk Raih Keuntungan , Madey Tak Payah SPIN Sangat Kot !


Serangan demi serangan dilakukan terhadap kerajaan melalui pelbagai cara dan kita sudah menyaksikan saluran demi saluran digunakan oleh pihak pembangkang dan mereka-mereka yang begitu bencikan kerajaan.

Kebencian yang meluap-luap itu kebanyakkan hadir apabila sekumpulan pemain politik yang punya agenda peribadi mula bersikap agresif dengan menimbulkan pelbagai tohmahan bukan sahaja terhadap pemimpin malah parti UMNO dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dengan kerajaan di bawah Barisan Nasional.

Antara agenda terancang yang dilakukan adalah menyerang institusi kerajaan seperti mana yang berlaku terhadap Tabung Haji, Bank Negara Malaysia dan lain-lain.

Mereka-mereka ini sering kali melabel pemimpin negara sebagai penyangak dan perompak hasil negara sedang hakikat sebenarnya kumpulan pembangkang itu sedang bersekongkol dengan penyangak sebenar Tun Mahathir yang kini berpaling tadah menyertai Pakatan Haprak.

Isu ini telah MMI kupas dalam artikel sebelum ini melibakan kerugian Forex bila mana Tun Mahathir cuba meletakkan kesalahan akibat kerugian Forex yang melibatkan dana rakyat itu kepada Tan Sri Nor Mohamed Yackop.

Sesuatu yang perlu kita perhatikan adalah sama ada Tan Sri Nor Mohamed Yackop bersalah atau tidak, soalnya siapa pada ketika itu yang punya kuasa mutlak dan akses kepada seluruh sistem yang membolehkan dana-dana rakyat ini digunakan ?

Secara logiknya mana mungkin seorang Perdana Menteri yang mengetuai pentadbiran negara (Tun Mahathir ketika itu) boleh tidak sedar tentang pengaliran keluar dana milik negara yang mencecah berbilion ringgit ?

Siapakah yang memberikan "Clearance" kepada pengaliran dana-dana tersebut untuk dilaburkan dalam Forex ? Baca ulasan MMI seterusnya di SINI

Terkini kelibat pemimpin mengaku maksum ini sekali lagi mengatur strategi murahan dengan membuat tuduhan kononnya Bank Negara Malaysia kehilangan AS$369.6 bilion pada tahun 2013 sehingga 2015 semasa menguruskan rizab antarabangsa.

Namun ternyata langkah penuh muslihat ini gagal kerana Tun Mahathir lupa kerajaan di bawah pentadbiran YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak jauh lebih berintegriti dan punya kredibiliti dengan berbekalkan pengalaman politik termasuklah sewaktu zaman Tun Mahathir.

EXCO Pemuda UMNO, Shahril Hamdan berkata jumlah itu (tuduhan Tun Mahathir) sebenarnya adalah penyusutan rizab antarabangsa disebabkan pelbagai faktor termasuk aliran keluar modal dan penurunan lebihan dagangan.

“Hasil eksport minyak dan gas yang menurun mengurangkan lebihan dagangan seterusnya menyebabkan permintaan terhadap ringgit menurun.

“Oleh sebab itu, ringgit menyusut berbanding mata wang lain terutama dolar Amerika Syarikat (AS)".

Tambah Shahril, BNM mempunyai mandat untuk menjalankan operasi monetari bagi menstabilkan kadar faedah serta mengurangkan penurunan serta kenaikan ringgit secara mendadak menggunakan rizab antarabangsa.

“Kalau seseorang faham mengenai fungsi rizab bank pusat, sudah tentu mereka tidak akan menganggap penurunan rizab BNM sebagai kerugian.

“Ada beza ‘berjudi’ dengan rizab untuk raih keuntungan untuk memastikan kelancaran serta kestabilan sistem kewangan dan ekonomi negara,” katanya.

Menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, penurunan rizab sebanyak AS$39.6 bilion tidak memberi sebarang impak kepada ekonomi Malaysia serta kedudukan kewangan Bank Negara.

“Hakikatnya, BNM terus merekodkan keuntungan bersih yang positif sepanjang tempoh berkenaan. Tidak seperti yang berlaku pada 1993 apabila mencatatkan kerugian operasi disebabkan oleh aktiviti perdagangan matawang asing secara spekulatif.

“Ingin saya tegaskan bahawa rizab antarabangsa kekal sebagai penempan penting kepada tekanan luaran dan merupakan perkara utama di dalam memastikan kestabilan operasi ekonomi domestik.

“Sejak dari tempoh tersebut, rizab antarabangsa Malaysia telah pun meningkat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kerugian yang didakwa bekas perdana menteri itu sebenarnya adalah penyusutan rizab antarabangsa susulan pengaliran keluar modal asing daripada Malaysia dan bukannya kerugian akibat dagangan matawang asing.

“Pengaliran keluar modal itu adalah disebabkan kebimbangan terhadap pertumbuhan global yang lemah, jangkaan normalisasi dasar monetari Amerika Syarikat serta kejatuhan teruk harga minyak dunia.

“Ketiga-tiga faktor tersebut memberi tekanan kepada pelabur asing untuk mencairkan pelaburan mereka dalam pasaran saham dan bon tempatan.

“Situasi ini bukan hanya terjadi kepada Malaysia malah turut menjejaskan negara-negara membangun yang lain termasuk Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, India, China, Korea Selatan dan Taiwan,” jelasnya.

Menurut Johari, setakat hujung November 2017, rizab antarabangsa berada pada paras AS$101.9 bilion dan mencukupi untuk menyokong 7.5 bulan import.

Rizab tersebut adalah lima kali ganda lebih tinggi berbanding AS$21.7 billion yang direkodkan pada 1997 yang pada ketika itu hanya mampu menyokong 3.4 bulan import.

Soalnya apakah tujuan dan matlamat Tun Mahathir sehingga sanggup menggadaikan maruah diri dengan membuat tuduhan-tuduhan seperti ini ?

Itu belum MMI sentuh tentang keterlibatan dakyah-dakyah mainan pembangkang yang disokong Tun Mahathir sehingga menyebabkan kesan kepada ekonomi negara !

Terlalu dangkal melihat sikap Tun Mahathir apabila menuding jari kepada pihak lain sedang diri sendiri terpalit dengan skandal Forex malahan spin yang semakin hari semakin hilang serinya itu dilihat hanya menelanjangkan bukan sahaja Tun Mahathir sendiri tetapi seluruh angkatan pembangkang yang begitu dahaga kedudukan dan kuasa walaupun hakikatnya kumpulan ini tidak lebih dari sekawan burung hering yang hidupnya memakan bangkai !

Fahamlah Tun Mahathir oiii ada beza antara berjudi dengan usaha untuk memastikan kelancaran serta kestabilan sistem kewangan dan ekonomi negara seperti mana yang disebut oleh Shahril Hamdan.

Tak payah spin lah Tun Mahathir ! 

MMI

1 comment:

  1. Tun tak perlu spin dan sesiapa pun tak perlu spun kerana rakyat tidaklah bangang.

    Kerugian tetap satu kerugian, cuma cara berbeza dan situasi berbeza.

    Samada Forex BNM era Tun atau susut nilai RM era Najib ia sepenuhnya urusan BNM, mereka yang lebih pakar.

    Jika ada kecuaian atau salahlaku, ambil tindakan.

    Bila Tun dikaitkan atas motif politik maka inilah juga yang berlaku, Najib juga dpersoal atas motif politik.

    Berhentilah jadi tidak matang.

    ReplyDelete

Labels