Kalau kita pernah jadi kapten pasukan bolasepak bertaraf dunia sekalipun tidak bermakna taraf kapten itu sama dengan keupayaan dan corak permainan kita seperti mana sebelumnya.Jika sebelum itu kitalah kapten yang paling digeruni sama ada dari segi perwatakan di atas padang mahupun skil permainan ianya hampir pasti tidak akan kekal berpanjangan mengikut usia dan aktiviti kita seharian.
Apatah lagi jika kita sudah bersara kemudiannya meninggalkan beberapa perkara yang dulunya menjadi rutin harian sudah tentu akan ada perbezaannya.
Semua itu pasti berlaku kerana itu adalah fitrah manusia dan dalam dunia bolasepak misalnya perubahan sentiasa berlaku dari masa ke semasa mengikut perkembangan dunia bolasepak itu sendiri.
Malahan kita sudah menyaksikan bagaimana pasukan Brazil yang dulunya terkenal dengan ala-ala sambanya kecundang dalam piala dunia, bukan kerana mutu permainan mereka merosot tetapi kerana pasukan lawan jauh mengatasi pasukan Brazil dari segi perkembangan dan perubahan yang berlaku.
Keupayaan yang dimiliki oleh pasukan lawan itulah sebenarnya yang harus kita baca kerana dunia sentiasa berubah dan bergerak ke hadapan.
Begitu jugalah dalam dunia politik hari ini, MMI kongsikan kisah bagaimana Bill Clinton sewaktu bertanding jawatan Presiden Amerika Syarikat menentang Bush berjaya mengalahkan lawannya hanya kerana perubahan yang dilakukan oleh beliau dan pasukannya.
Tahukah bahawa Clinton pada awalnya sudah dijangka akan tewas dengan teruk sekali kerana siri kempennya yang gagal mengatasi kempen Bush ?
Malah skandal dengan seorang wanita yang didedah kemudiannya hampir pasti mengangkat Bush sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Namun itu semua tidak berlaku kerana Clinton dan pasukannya terus berusaha dan mengikut arus perkembangan dan perubahan yang berlaku pada masa tersebut.
Clinton bukan sahaja berkempen secara biasa seperti mana yang sering kita lihat dalam kaca tv tetapi siri kempennya telah membuka lembaran baru kepada seluruh dunia bilamana konsep 'town hall' digunapakai selain Clinton muncul dalam segmen-segmen di kaca tv yang menjadi pilihan ramai masyarakat d Amerika Syarikat seperti MTV, saluran radio dan yang seumpanya.
Manakala Bush kekal penuh adat dan mengiku budaya kempen politik seperti mana yang diamalkan sebelumnya.
Tanpa diduga tindakan itu kemudiannya telah mendapat reaksi yang amat positif sehingga stesen-stesen tv berebut-rebut untuk mendapatkan Clinton sehingga akhirnya beliau menjadi popular selain mesej kempennya secara tidak langsung dapat disampaikan kepada semua golongan di Amerika Syarikat.
Moralnya ... kita perlu tahu bahawa pada setiap masa, waktu tidak pernah berhenti dan kita sebagai pemain waktu itu harus menerima hakikat bahawa apabila kita mula berhenti melangkah maka sudah pasti akan ada langkah-langkah lain yang telah terlepas kehadapan.
Sekaligus memberikan mesej jelas betapa keupayaan dan perubahan yang kita miliki akan terus berubah mengikut mereka yang terus melangkah.
Berdasarkan kepada hakikat inilah maka MMI percaya apa yang dilontarkan oleh Tun Mahathir berkenaan isu membabitkan urus niaga pertukaran wang asing oleh Bank Negara Malaysia masih bertakuk kepada zaman diwaktu Tun Mahathir berhenti melangkah sebagai seorang Perdana Menteri.
Tun Mahathir perlu faham dan percaya bahawa pimpinan seterusnya yang terus melangkah membawa amanah selaku ketua kerajaan dan menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal-hal sepenting isu BNM ini adalah dikalangan mereka-mereka yang terus melangkah dengan membawa perubahan dan mengikut perkembangan semasa.
Dalam konteks ini bolehlah MMI katakan mengikut kemampuan dan kebijaksanaan mereka mengurus dan merencana kerana ianya hampir pasti berbeza dengan zaman Tun Mahathir yang langsung tidak tahu menahu tentang dana dari Bank Negara Malaysia yang sudah pun tergadai akibat PERJUDIAN di meja FOREX !
Oleh yang demikian surat terbuka daripada YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II adalah sesuatu yang wajar dibaca dan diterima oleh Tun Mahathir atas dasar perubahan dan perbezaan amalan yang jelas terhasil daripada langkahan mereka-mereka selepas era Tun Mahathir.
Kehadapan Tun,
Ramai sahabat saya yang menjadi pembaca blog Tun, telah menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan mengenai penulisan terbaru Tun berjudul “Dear Mr Johari” mengenai isu urus niaga pertukaran mata wang asing.
Pada mulanya saya memberitahu mereka bahawa saya sudah banyak kali menjawab mengenai perkara ini dan saya tidak mahu memanjangkan perbincangan mengenai isu ini terutamanya kerana sudah ada pasukan bebas di PDRM menyiasat perkara ini. Perkara berkaitan tukaran asing ini kadangkala terlalu teknikal untuk difahami orang awam terutama berkaitan dengan peranan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam pengurusan rizab antarabangsa negara.
Bagaimanapun, saya merasakan cara terbaik adalah melalui perbincangan dengan meletakkan perkara itu dalam perspektif mudah supaya dapat difahami.
2. Adalah sangat penting bagi orang ramai memahami perbezaan antara aktiviti pertukaran mata wang spekulatif dan pengurusan pasaran pertukaran asing yang teratur. Aktiviti pertukaran wang asing spekulatif, dengan bahasa yang lebih mudah, adalah sejenis aktiviti “perjudian” untuk mendapatkan pulangan yang cepat. Namun, pengurusan pasaran pertukaran asing yang teratur sangat jauh berbeza yang mana kemudahan mudah tunai oleh BNM kepada pelabur di negara ini untuk mengurangkan ketidakseimbangan yang berkaitan dengan penawaran dan permintaan ringgit di pasaran.
3. Untuk melihat perkara ini secara perspektif, ia boleh dilihat melalui Laporan Audit Dalaman yang disediakan oleh Juruaudit Dalaman BNM bertarikh 21 Januari 1994 yang mana Bahagian Operasi Pertukaran Asing Jabatan Perbankan di BNM terbabit dalam aktiviti perdagangan tukaran asing yang banyak sehingga pembelian matang dan urus niaga pertukaran mata wang bulanan yang berjumlah purata RM140 bilion pada tahun 1992 telah meningkat kepada RM750 bilion pada tahun 1993!
Sebahagian besar urus niaga itu bersifat spekulatif dan tidak mencerminkan mandat BNM untuk mengekalkan keadaan teratur dalam pasaran pertukaran asing mengikut Seksyen 4 Ordinan Bank Negara Malaysia 1958.
4. Laporan Audit Dalaman itu juga menekankan bahawa magnitud urus niaga spekulasi pertukaran asing dianggap sangat berlebihan memandangkan dana pemegang saham BNM hanya RM4.4 bilion dan rizab antarabangsa negara hanya RM43.98 bilion pada masa itu. Aktiviti spekulatif ini menyebabkan BNM mengalami kerugian urus niaga pertukaran asing berjumlah RM31.5 bilion dalam tempoh itu.
5. Laporan Audit juga menyatakan bahawa aktiviti perdagangan pertukaran mata wang asing spekulatif yang dijalankan oleh bank pusat pada masa itu telah dilakukan oleh Bahagian Pertukaran Asing Jabatan Perbankan BNM, yang diketuai oleh penasihat / pengurusnya, Encik (Tan Sri) Nor Mohamed Yakcop, yang kemudiannya menjadi Menteri Kewangan Kedua.
6. Dengan skala kerugian aktiviti spekulasi pertukaran asing yang besar, Kerajaan dipaksa untuk memindahkan sahamnya di Telekom dan Tenaga Nasional Berhad kepada BNM pada nilai nominal RM1 sesaham dan saham-saham ini telah dinilai semula oleh BNM pada RM22.10 setiap saham dan RM19.30 sesaham untuk Telekom dan TNB.
Di samping itu, BNM terpaksa melupuskan saham Malaysia Airlines kepada pihak ketiga dengan harga RM8 sesaham dan saham MISC pada RM10 sesaham kepada Kumpulan Wang Pencen untuk mendapatkan keuntungan. Jika kerugian pertukaran asing spekulatif ini tidak nyata, Kerajaan tidak akan mengambil tindakan drastik ini untuk menutup kerugian BNM pada masa itu.
7. Sejak episod kerugian yang dialami pada 1993, BNM dan negara telah berjaya mengambil pelbagai langkah penambahbaikan, terutamanya dalam melaksanakan pembaharuan serta langkah semak dan imbang yang perlu berkaitan aktiviti urus niaga hadapan pertukaran mata wang asing.
Hasil daripada pembaharuan ini, walaupun berlaku ketidakstabilan aliran modal dan ringgit dalam tempoh yang lalu, ekonomi kita terus kekal berdaya tahan dan keupayaan BNM untuk menjaga kestabilan kewangan dan ekonomi masih tidak dapat dikompromi.
Malah, rizab antarabangsa terus kukuh dan pada akhir November 2017 rizab berjumlah AS$101.9 bilion dan kerajaan dapat mengekalkan 7.5 bulan import tertangguh. Saya rasa sudah cukup untuk saya menjelaskan mengenai subjek ini dan jika ada pihak yang masih tidak mahu menerima dan memahami kebenaran, maka tiada apa lagi yang dapat saya katakan.
8. Saya berharap agar Tun sekeluarga terus berada dalam kesihatan yang baik dan Selamat Tahun Baru saya ucapkan. Semoga Tahun Baru ini membawa lebih banyak rahmat dan kemakmuran kepada kita semua rakyat Malaysia.
Yang Benar,
Johari Abdul Ghani
pembangkang malaysia bertaraf longkang... tetap tidak akan percaya...
ReplyDelete