Followers

Saturday, 27 October 2012

Demi Anwar Pakatan Haprak Keluar Fatwa Terbaru ??!!


Semua sudah jelas dan faham siapa sebenarnya yang mengamalkan kroni dalam dunia politik Malaysia hari ini.Malah dalam setiap pentas ceramah Pakatan Haprak inilah ungkapan yang sering dilaungkan oleh pimpinan mereka malah menuduh pula UMNO dan Barisan Nasional lah juaranya.

MMI pun hairan apakah puak-puak ni langsung tidak sedar bahawa ungkapan mereka itu sebenarnya tersasar dan terarah kepada diri mereka sendiri ? Malah menjadi lebih dangkal apabila penyokong-penyokong mereka turut bertempik dan menerima bulat-bulat setiap hujah pimpinan mereka walaupun hakikatnya jelas Pakatan Haprak lebih kroninya.

Agak lama MMI mencari jawapannya namun kini segalanya sudah terungkai dan sudah pun terjawab mengapa perkara sedemikian berlaku ?

Apa yang berlaku selama ini merupakan sesuatu yang sememangnya sudah pun diketahui oleh semua juak-juak penyokong Pakatan Haprak termasuklah pimpinan mereka sendiri.Selama ini dan sehingga kini kesemua mereka hanyalah pelakon hebat yang menggunakan skrip sendiri.

Semuanya dilakukan bagi membangkitkan semangat rakyat supaya sentiasa menyokong mereka dan  menanam rasa benci rakyat terhadap UMNO dan kerajaan.Ini amat-amat diperlukan bagi meneruskan survival politik Pakatan Haprak.

MMI tidak bercakap kosong kerana entri dibawah ini bakal menjadi bukti juak-juak Pakatan Haprak sanggup melakukan apa saja malah sanggup pula mengeluarkan fatwa sendiri dengan menyatakan segalanya hanyalah sementara dalam usaha mereka menjatuhkan Barisan Nasional.

Pemimpin Pakatan Rakyat dianggap mereka sebagai pemimpin yang layak memimpin sampai mati !! 

Dalam maksud mudahnya , juak-juak ini sanggup menghalalkan segala-galanya demi mencapai sebuah impian bagi memenuhi nafsu serakah masing-masing iaitu menguasai Putrajaya.

Baca di bawah

MENJADI hipokrit adalah perkara terakhir yang penulis mahu capai dalam dunia ini.  Menjadi ‘sama’ seperti blog pro Pakatan Rakyat yang lain juga adalah perkara yang seboleh-bolehnya penulis cuba elakkan, kami dengan cara kami cuma berkongsi matlamat perjuangan yang sama..

Maka itu penulis bersetuju dengan banyak isu berkaitan kewujudan ‘dinasti-dinasti’ oleh keluarga tertentu yang wujud dalam Pakatan Rakyat seperti dimainkan beberapa blog pro BN dan UMNO sekarang.  Memang ini isu lama, tapi ia makin kerap kebelakangan ini. Baca Seterusnya

Apa yang paling melucukan sekali adalah kenyataan dari penulis terbabit yang menyatakan "rakyat tidak perlu bimbang dengan perkembangan ini.  Seperti yang penulis sebutkan di atas, keadaan ini hanya sementara, hanya untuk menumbangkan BN sahaja.  Selepas itu, semuanya akan kembali menjadi seperti mana yang sepatutnya." haha kembali menjadi seperti mana yang sepatutnya ????

"Pemimpin PR Layak Memimpin Sampai Mati" Agaknya itulah fatwa terbaru Pakatan Haprak bagi menghadapi pilihanraya ke-13 nanti. !! 

Agak-agaklah nak meroyan pun....

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels