Followers

Monday 8 January 2018

Kesepakatan MCA & Gerakan Amat Di Bimbangi Pembangkang !


Perhimpunan Teguh Bersama MCA - Gerakan Satu Hati telah pun diadakan di Wisma MCA pada hujung minggu yang lalu.

Seperkara yang menarik tentang perhimpunan tersebut adalah ianya telah memperlihatkan bagaimana akur janji dan kesungguhan parti-parti komponen Barisan Nasional untuk mendepani PRU14.

Secara tidak langsung ianya memberikan mesej jelas kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Barisan Nasional di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN benar-benar komited untuk terus berkhidmat dan membawa Malaysia menjadi lebih maju dan cemerlang.

Kejayaan sesebuah negara tidak dinilai semata-mata berdasarkan kepada hebatnya para pemimpin politik berucap mahupun berdebat.Apatah lagi bagi mereka yang sering mengkritik tanpa sebarang wadah dan bukti kerja buat yang boleh membawa nilai tambah kepada rakyat.

Malah tanpa pasukan yang jitu dan punya pengalaman melebihi tempoh matang dalam politik, ianya hampir pasti sukar untuk dilaksanakan dan terlalu jauh untuk diyakini dan semua ini dilihat oleh banyak pihak.

Apatah lagi jika pembangkang pada hari ini lebih asyik kepada soal mahu meruntuhkan kerajaan dan pimpinannya kerana sebab-sebab yang pelbagai mengikut rentak dan ideologi parti-parti masing-masing sedang realitinya kerajaan yang diserang bertubi-tubi itu tetap menzahirkan pelbagai perkara  yang merujuk kepada keperluan rakyat atas dasar yang dibuat.

Tanpa sedar permainan politik pembangkang yang menggunakan isu-isu melibatkan ekonomi misalnya sudah pun dipatahkan bahkan permainan politik melampau yang mensasarkan peribadi pemimpin selain fitnah yang semakin menjadi makanan ruji mereka telah menyebabkan Pakatan Haprak atau pembangkang lupa tentang tanggungjawab mereka yang sebenar.

Lihat sahaja negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka dan kawasan-kawasan yang mereka wakili, boleh dikatakan hampir semuanya gagal ditangani dengan baik.

Buktinya lihat di Permatang Pauh, apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimennya ? 

Dan kita juga boleh menjadikan kerajaan negeri di Selangor dan Pulau Pinang sebagai modul untuk sekurang-kurangnya melihat kesungguhan dan nilai profesional pentadbiran mereka.

Apakah ianya mencakupi semua pihak atau masih lagi berlaku amalan bersifat 'double standard' ?

Atau lebih tepat lagi lihat kepada struktur yang dibentuk dalam parti-parti pembangkang yang mengerumun dalam Pakatan Haprak itu sendiri ?

PINCANG ! Mereka hilang asas dan lebih banyak berbicara soal mendapat kuasa dan kedudukan yang dijelmakan dengan slogan selamatkan Malaysia.

Percaya atau tidak disaat pembangkang sedang menggila dengan obses untuk memiliki kuasa bersumberkan fitnah, parti-parti dalam BN bukan sahaja belajar dari kelemahan sebelumnya tetapi tampil dengan wadah yang jauh lebih meyakinkan kerana ke semua parti-parti dalam BN punya asas yang jelas dan sejajar dengan dasar-dasar kerajaan di bawah Barisan Nasional.

Kerana itulah pada hari ini kita melihat MCA dan Gerakan dapat duduk bersama dan berdiri seiring dalam satu pentas kerana mereka sudah berjaya menemui formula paling baik iaitu KERJASAMA !


Ini dibuktikan apabila Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata langkah mengetepikan ideologi kedua-dua parti itu diambil selepas masing-masing menimba pengajaran daripada dua Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Katanya, ia selaras nilai teras perjuangan BN yang memupuk kerjasama antara parti komponen, sekali gus meletakkan masa depan rakyat melangkaui kepentingan peribadi.

“Nilai ini perlu sentiasa disemat dalam hati kita, justeru MCA dan GERAKAN tampil merangka formula baharu dalam memastikan kemenangan milik BN pada PRU-14.

Tidak ada lagi haluan masing-masing yang hanya bersama atas tiket BN tetapi kerjasama secara bersepadu dan berdiri atas nama BN untuk memastikan kerajaan sedia ada dapat terus berkhidmat kepada rakyat.

Formula BN yang sebelum ini sukar kita lihat telah berlaku dan kesungguhan ini tidak akan menjadi realiti sekiranya semua parti-parti dalam BN tidak faham dan mahu melakukan perubahan.

Atas perubahan itulah maka akhirnya pembangkang sudah mula bimbang dan kebimbangan itu semakin menjadi-jadi apabila mereka sedar kesepakatan yang dibentuk itu mampu menumbangkan Pulau Pinang !

Good Job guys PROCEED !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels