Followers

Friday, 2 February 2018

Jangan Diskriminasi GAY ! Berani Ka Syed Saddiq Sokong Pengakuan Syed Abdullah ?


Semua orang tahu bahawa Malaysia tidak mengiktiraf golongan LGBT dan perkara ini disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom apabila mengulas mengenai desakan pihak-pihak tertentu.

Kerajaan tidak sesekali tunduk kepada desakan pihak yang mahukan hak-hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) diiktiraf demi mematuhi prinsip hak asasi manusia tanpa batas, kerana ia merupakan dosa besar mengikut Islam.

Kenyataan tersebut telah disiarkan oleh themalaymailonline bertarikh 21 Mac 2016, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata jika tuntutan golongan itu dipenuhi, kesucian Islam akan tergugat dan institusi keluarga tidak dapat dipertahankan.

“Kerajaan tidak sekali-kali menghalalkan sebarang perbuatan dosa besar atas dasar menghormati hak peribadi. Yang haram di sisi Islam tetaplah haram.

“Apabila mereka hendak menganjurkan festival gay di negara kita, kerajaan tidak benarkan kerana kita hendak menjaga masyarakat kita daripada keruntuhan moral dan akhlak,” katanya.

Jadi mengambil kira keputusan tersebut maka jelaslah siapa jua sekalipun rasanya tidak perlu lagi cuba-cuba untuk menghalalkan perkara yang membabitkan golongan LGBT ini.

Namun kalau kita amati isu membabitkan kumpulan LGBT ini, ianya sering kali mendapat perhatian segelintir kepimpinan politik dalam kem pembangkang.

Ada dikalangan mereka walaupun tidak menyatakan sokongan secara terang-terangan tetapi pernah terlibat dalam beberapa siri kempen dan himpunan yang pernah diadakan di bumi Malaysia sendiri.

 




Klik SINI dan SINI

Ada yang kata kehadiran mereka-mereka ini sebenarnya punya agenda berganda, selain daripada cuba untuk mempergunakan kumpulan LGBT ini mereka sebenarnya cuba untuk menyentuh kedudukan agama Islam dan hak orang Melayu yang berada dalam kedudukan tersendiri dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka sedar bahawa mengganggu-gugat perlembagaan akan menyebabkan orang-orang Melayu khususnya akan bangkit menentang apatah lagi ianya melibatkan amalan songsang yang jelas bercanggah daripada agama Islam itu sendiri.

Kini isu yang lebih kurang sama kembali lagi !

Abang kepada Syed Saddiq, Syed Abdullah mendapat perhatian netizen dan kenyataannya yang dimuat naik di akaun facebook dengan jelas menyebut tentang hak kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

Katanya, sepertimana individu lain di dunia ini, pasangan gay juga adalah insan yang diberkati dan indah.

“Jangan mendiskriminasi masyarakat gay, kerana mereka diberkati dan indah sepertimana insan lain di bumi,” kata Syed Abdullah sambil menggesa perubahan kerajaan Malaysia agar pasangan gay boleh hidup dengan aman.

Soalnya apakah Syed Abdullah sedar tentang pendirian kerajaan Malaysia berkenaan LGBT ?

Atau ianya memang disengajakan ?

Apa jua yang cuba dilakukan oleh Syed Abdullah, Syed Saddiq wajar segera tampil untuk menjelaskan kepada seluruh rakyat apakah beliau juga menyokong kenyataan abangnya ?

MMI masih ternanti-nanti respon daripada Syed Saddiq kerana berdasarkan pengamatan MMI , sewaktu isu LGBT dibangkitkan oleh PAS satu ketika dulu, rakan segandingan Syed Saddiq dalam Pakatan Haprak hari ini DAP telah menyatakan bahawa mereka juga menolak LGBT walaupun kita tahu ianya dibuat atas dasar politik semata-mata.


So agak-agak apa respon Syed Saddiq ? 

Dalam masa yang sama kita perlu ingat kalau Lim Guan Eng menyatakan mereka tidak mengiktiraf LGBT bagaimana pula dengan tindak-tanduk para pemimpin DAP yang dilihat bercanggah dengan apa yang Guan Eng kata ?

Buktinya .....




Sekali lagi kita fikir tengok apa agaknya respon Syed Saddiq ?

Semua tu adalah pandangan peribadi ?

Memang begitulah selalunya jawapan dari puak-puak ni ... Walau bagaimana pun apa yang MMI nak tekankan disini adalah apa jua tindakan mereka HAKIKATNYA kumpulan ini mendokong gerakan LGBT dan ianya dilakukan secara diam-diam.

Dan mereka-mereka dari DAP yang pernah mengeluarkan kenyataan dan terlibat secara langsung dalam himpunan dan gerakan LGBT ini tidak pernah dikenakan apa-apa tindakan oleh parti DAP sehingga ke hari ini.

Soalnya kenapa ?

INGAT ni mereka hanya tidak mengiktiraf tetapi menyokong kumpulan terlibat atas agenda politik dan kuasa !

Sebagai orang Islam bolehkah kita menerima agenda sebegini ?

Full Stop.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels