Followers

Thursday 26 April 2018

PRU 2018 : Detik Melayu Paling Terpinggir Dalam DAP – Dr Kamarul


Berdegar-degar sejak beberapa tahun kebelakangan ini para pemimpin DAP melaungkan kononnya semakin ramai orang-orang Melayu tertarik untuk menyertai parti itu dan kononnya semakin prihatin parti itu di dalam memperjuangkan kepentingan orang-orang Melayu.

Malangnya, jika dilihat rekod pilihan raya DAP sejak 30 tahun yang lalu maka dalam Pilihan Raya Umum 2018 inilah kedudukan orang-orang Melayu sebagai calon DAP di institusi pembuatan undang-undang tertinggi negara, iaitu Parlimen, berada pada tempat tercorot.

Dalam Pilihan Raya Umum 1990, 3 muka Melayu diletakkan sebagai calon DAP, iaitu:
(1) Ahmad Nor yang menang dengan majoriti 2,340 undi di P047 Bayan Baru.
(2) Abdul Rahim Haji Mat Taib yang kalah dengan majoriti 15,246 undi di P071 Tanjong Malim.
(3) Ahmad Ton yang kalah dengan majoriti 5,225 undi di P118 Labis.

Dalam Pilihan Raya Umum 1995, 7 muka Melayu diletakkan sebagai calon DAP, iaitu:
(1) Hj. A. Rahman Manap yang kalah dengan majoriti 23,515 undi di P44 Permatang Pauh.
(2) Ahmad Nor yang kalah dengan majoriti 6,839 undi di P050 Bayan Baru.
(3) Mohamad Asri Othman yang kalah dengan majoriti 9,851 undi di P69 Tapah.
(4) Abdul Muluk Daud yang kalah dengan majoriti 12,158 undi di P106 Segambut.
(5) Yaakob Jantan yang kalah dengan majoriti 17,567 undi di P125 Segamat.
(6) Ahmad Ton yang kalah dengan majoriti 5,225 undi di P118 Labis.
(7) M. Salleh Ahmad yang kalah dengan majoriti 19,648 undi di P138 Senai.

Dalam Pilihan Raya Umum 1999, 4 muka Melayu diletakkan sebagai calon DAP, iaitu:
(1) Zulkifli Mohd. Noor yang kalah dengan majoriti 9,481 undi di P050 Bayan Baru.
(2) Abd. Rahman Said Alli yang kalah dengan majoriti 6,406 undi di P67 Gopeng.
(3) Zaitun Mohd Kasim yang kalah dengan majoriti 8,835 undi di P90 Selayang.
(4) Ahmad Ton yang kalah dengan majoriti 13,801 undi di P128 Labis.

Dalam Pilihan Raya Umum 2004, 3 muka Melayu diletakkan sebagai calon DAP, iaitu:
(1) Zulkifli Mohd. Noor yang kalah dengan majoriti 10,717 undi di P48 Bukit Bendera.
(2) Abu Bakar Lebai Sudin yang kalah dengan majoriti 16,839 undi di P89 Bentong.
(3) Azhari Ismail yang kalah dengan majoriti 19,059 undi di P145 Bakri.

Dalam Pilihan Raya Umum 2008, 2 muka Melayu diletakkan sebagai calon DAP, iaitu:
(1) Abu Bakar Lebai Sudin yang kalah dengan majoriti 2,752 undi di P80 Raub.
(2) Ahmad Ton yang kalah dengan majoriti 12,371 undi di P165 Tanjong Piai.

Dalam Pilihan Raya Umum 2013, 3 muka Melayu diletakkan sebagai calon DAP, iaitu:
(1) Zairil Khir Johari yang menang dengan majoriti 32,778 undi di P048 Bukit Bendera.
(2) Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang menang dengan majoriti 2,814 undi di P80 Raub.
(3) Mahdzir Ibrahim yang kalah dengan majoriti 5,457 undi di P165 Tanjong Piai.

Alih-alih dalam Pilihan Raya Umum 2018, yang digelar sebagai ibu segala pilihan raya, yang kononnya paling ramai orang-orang Melayu menyertai DAP, hanya 1 muka Melayu sahaja diletakkan sebagai calon DAP, iaitu Tengku Zulpuri Shah Raja Puji di P080 Raub.

Macam mana pengundi Melayu mahu percaya yang DAP dan Pakatan Harapan mampu memperjuangkan kepentingan orang-orang Melayu bila calon DAP dalam Pilihan Raya Umum 2018 berada pada tempat tercorot berbanding pilihan raya sebelum ini.

Jika menang sekalipun, apa yang mampu calon tunggal DAP ini buat di Parlimen?

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM)

No comments:

Post a Comment

Labels