Followers

Sunday 15 January 2012

Konvensyen PR Di Kedah Gagal - UMNO Di Persalahkan ?


Pakatan Rakyat dilihat makin tenat apabila Konvensyen PR kali ke-3 yang diadakan di Alor Setar Kedah ternyata gagal dan tidak mendapat sambutan. Bilangan kerusi kosong lebih banyak daripada peserta.

Seperti yang MMI perkatakan sebelum ini bukan saja konvensyen kali ini gagal bahkan ia turut dijadikan pentas untuk menuduh UMNO lah dalangnya apabila peserta tidak mencapai sasaran penganjur.

Pelik betul? Apa kena-mengenanya dengan UMNO ? Sendiri atur sendiri susun lepas tu senang-senang ja salahkan orang lain.Memang dah jadi tabiat puak-puak bangang ni bila ada yang tak kena ja salah UMNO.

Angka 100,000 merupakan angka yang paling digemari oleh Pakatan Rakyat. 100,000 orang datang ke mahkamah pada hari keputusan perbicaraan Anwar Ibrahim diumumkan tetapi yang datang cuma lebih kurang 4500 orang. 100,000 orang hadir di Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Kedah, tetapi yang menunjukkan diri tidak lebih 5000 orang.

Teresa Kok turut mewar-warkan di Twitternya bahawa jumlah kehadiran peserta pada Konvensyen itu 'amat menggalakkan', realiti yang berlaku adalah di sebaliknya. Namun lebih awal dari itu, Phahrolrazi Zawawi, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah merangkap Pengarah Sekretariat Konvensyen begitu berkeyakinan, 100,000 orang peserta akan hadir di Stadium Sultan Abdul Halim untuk konvensyen berkenaan.

Berita yang dilaporkan oleh MSTAR ONLINE pula menjelaskan bahawa segala cakap besar 100,000 sudah menjadi retorik yang tidak berkesudahan kepada Pakatan Rakyat. Dan tinjauan juga mendapati, sebahagian besar daripada peserta yang hadir, hanyalah orang PAS, manakala kelibat manusia PKR dan DAP pula boleh dibilang dengan jari.

Sekali lagi juak-juak Pas jadi penyondol dan pencacai.

Inilah dia sikap puak-puak bangang penyokong Anwar Al-Juburas yang boleh rakyat lihat.

Layak ke puak-puak ni jadi kerajaan ? Malas aku nak komen lagi dah , ampa pikiaq sendirilah..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels