Followers

Thursday 16 November 2017

Pusat Tak Bantu Mangsa Banjir Di Pulau Pinang - Apa Yang Guan Eng SPIN ?


Seperkara yang perlu kita lihat adalah bagaimana seluruh jentera parti UMNO di Pulau Pinang khususnya turun membantu mangsa banjir pada ketika dan saat banjir kilat sedang menimpa penduduk Pulau Pinang baru-baru ini.

Pada ketika itu rasanya ramai dikalangan pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang masih lagi sedang berehat dan mungkin ada yang sedang lena dibuai mimpi.

Isu banjir di Pulau Pinang ini sebenarnya sudah lama diperkatakan oleh para penduduk yang sering terkesan apabila berlakunya hujan lebat.Tetapi sikap kerajaan DAP Pulau Pinang yang asyik dengan pengumuman dan kenyataan kononnya ia sedang berusaha untuk menyelesaikan permasalahan itu telah menyebabkan penduduk menjadi mangsa.

Faktanya sejak 2013 yang lalu sebanyak 120 kali kejadian banjir kilat telah berlaku di Pulau Pinang dan puak pembangkang telah mentadbir sejak 2008 yang lalu.

120 kali banjir kilat hanya dalam tempoh 4 tahun dan pentadbiran selama tempoh 9 tahun situasi dan permasalahan banjir masih belum selesai malah semakin kritikal ... Boleh terima ?????

Kita jangan sesekali lupa bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang sering mendabik dada mengatakan merekalah yang paling hebat khususnya dalam soal pengurusan negeri sehingga mampu menjimatkan perbelanjaan dan memiliki kedudukan kewangan yang besar malah mempunyai lebihan pendapatan.

Dalam masa yang sama suara RETORIK berlandaskan kepentingan politik yang mendewakan parti sendiri kononnya mampu menyelesaikan masalah banjir hanya dalam tempoh tertentu akhirnya menjadi peluru yang menembusi tubuh badan puak-puak DAP sendiri.


Rakyat tak lupa bro .. Cakap besar pimpinan DAP ini kini tidak lagi berkumandang malah ianya cuba ditutup supaya rakyat terleka dengan segala spin politik haprak puak-puak pembangkang.

Kejadian banjir paling kritikal yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini sebenarnya sudah pun menelanjangkan pentadbiran kerajaan negeri dan kelemahan itu begitu ketara sekali.

Namun puak-puak tak bertamadun yang suka menuding jari kepada orang lain ini akan sentiasa mencari jalan seolah-olah kewujudan kerajaan negeri itu hanyalah sekumpulan budak-budak yang sedang bermain pondok-pondok.

Kenapa MMI berkata demikian, sebab apa jua yang berlaku di Pulau Pinang akhirnya dituding semula kepada kerajaan pusat sedangkan mereka sebelumnya begitu berbangga dengan segala kehebatan yang diwar-warkan.

Mana yang kata hebat sangat Pulau Pinang tu ?

Mana dana dan kedudukan kewangan yang dicanang setiap masa tu ?

Mana dia kerja buat CAT ?

Semua yang dilalakkan itu hanyalah sandiwara hipokrit yang kini sebenarnya sudah menjadi virus dan sedang memakan sedikit demi sedikit isi DAP di Pulau Pinang !

Kerana sakit dan nazak itulah akhirnya Guan Eng bukan sahaja mengaku kerajaan pusat tidak membantu mangsa banjir tetapi mula menggerakkan SPIN politik dengan membezakan antara BANTU dan BANTUAN.

Guan Eng dalam ucapannya di Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini menyebut bahawa kerajaan pusat memang BANTU mangsa banjir tetapi tidak memberikan BANTUAN kepada kerajaan negeri untuk menghadapi bencana yang melanda.

Bantuan yang dimaksudkan itu adalah dalam bentuk kewangan.

Halo ... Bukan ka kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah pentadbiran Guan Eng DAP selalu kata punya dana dan kedudukan kewangan yang jauh lebih baik dari kerajaan pusat ?

Lupa ka ?????

Kalau bab terowong boleh berhabis RM305 juta wang rakyat hanya untuk kerja-kerja kajian kenapa dalam isu banjir ini Guan Eng semacam kera kena belacan meraung dan melalak menagih bantuan kerajaan pusat ?

Dabiklah dada tu .. Cakaplah besar dan cananglah kuat-kuat yang kerajaan negeri punya keupayaan untuk menyediakan jumlah dana sendiri !

Atau apa yang dilalakkan sebelum ini hanyalah lalakan politik yang hanya tertera di atas kertas ???

Kalau kita perhatikan apa yang dibangkitkan oleh Adun Teluk Bahang, YB Shah Headan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini kita akan mendapati bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam bajet kerajaan negeri Pulau Pinang.

YB Shah Headan mengambil contoh bajet kerajaan negeri pada tahun ini, bajet haruslah merujuk kepada unjuran pendapatan dan pendapatan dalam bajet kerajaan negeri Pulau Pinang yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada kali ini hanyalah RM500 juta.

Selepas membandingkan keseluruhan bajet yang dibentangkan jumlah defisit mencecah RM784 juta dan sudah tentulah ianya akan disoal oleh wakil daripada Barisan Nasional.

"Kalau kerajaan negeri cakap bajet ini jadi 'surplus' (lebihan), kita mahu tahu kontrak mana yang dijimatkan, bagaimana kerajaan negeri lakukan sebab kalau mengambil kira 'simple calculation' kerajaan negeri telah menjimatkan 61% dari tiap-tiap tender yang kerajaan negeri berikan.Baca selanjutnya.



So duit tak ada ka Guan Eng ? 

Janji untuk menyalurkan bantuan banjir kepada penduduk pun masih lagi kelam, apa jadi RM400, RM500 dan tambahan pula RM200 ????

Apa langkah yang telah dibuat oleh kerajaan negeri Pulau Pinang ?????

MMI difahamkan dalam tempoh sehari dua ini baru kerajaan negeri akan berikan bantuan RM400 setelah berapa lama mereka berjanji ?

Dah memang dasar puak cauvinis yang tak sedar diuntung, kelakuan mereka yang langsung tidak berterima kasih sebenarnya harus dihukum oleh seluruh warga Pulau Pinang khususnya pada PRU14 nanti.

Berbalik kepada soal bantuan daripada kerajaan pusat.

Hanya mereka yang buta hati dan hilang akal sahaja akan mengangguk dengan tohmahan dan sandiwara jijik puak-puak kaki spin Pakatan Haprak.

Sejak mula lagi ATM sudah pun digerakkan bagi membantu mangsa banjir dan ianya berterusan dengan susulan usaha dan bantuan-bantuan lain termasuklah kehadiran para pimpinan negara ke Pulau Pinang.


Semua yang kat atas tu belum termasuk usaha dan gerak kerja dari seluruh jentera UMNO di peringkat bahagian-bahagian di Pulau Pinang !

Sebagai rakyat Pulau Pinang, MMI yakin dan percaya ampa semua jauh lebih cerdik daripada puak-puak kaki spin politik ni.

Kenapa perlu minta BANTUAN kalau dah kata negeri sendiri dah cukup hebat ?

Dan kerajaan pusat sudah pun menghulurkan pelbagai bantuan segera termasuklah lain-lain bantuan yang bakal ditentukan nanti jadi yang Guan Eng dok melalak sangat ni kenapa ?

Semua wayang politik sebab nak tutup aksi menangis minta bantuan ATM jam 3 pagi sebab kelemahan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang yang GAGAL bertindak dan tidak pernah belajar apatah lagi bersedia untuk berdepan dengan bencana sebegini.

Sebab itulah dalam artikel sebelum ini MMI dah berikan 10 perkara kenapa Lim Guan Eng harus meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kerana kerajaan negeri GAGAL ;

1.Mengambil iktibar dan belajar untuk membuat persediaan awal.

2.GAGAL mewujudkan TASK FORCE khusus bagi menghadapi situasi genting.

3.GAGAL memobalisasikan semua aset-aset kerajaan negeri untuk membantu mangsa banjir.

4.Agensi kerajaan negeri GAGAL dan LEMAH dalam menguruskan BENCANA khususnya dalam tempoh waktu 5 jam pertama berlakunya bencana.

5.Pemimpin kerajaan negeri GAGAL bertindak pantas untuk sekurang-kurangnya turun kawasan membantu pada ketika waktu genting.

6.KEBAJIKAN mangsa tidak dipeduli keperluan asas contohnya MAKANAN GAGAL disediakan.

7.Tidak ada sebarang perancangan khusus untuk tugas-tugas TINDAKAN SEGERA.

8.Kecelaruan dan hilang punca kerajaan negeri dan pimpinannya kerana tidak punya pengalaman dan banyak bercakap dari bekerja.

9.SIBUK BERPOLITIK sehingga rungutan SERIUS rakyat di layan sambil lewa.

10.Lim Guan Eng sudah memohon bantuan kerajaan pusat dan bantuan itu telah di salurkan serta merta walaupun ianya atas dasar tanggungjawab terhadap rakyat tetapi permohonan itu adalah satu PENGAKUAN LGE bahawa Kerajaan Negeri P.Pinang GAGAL dan tidak efisein dalam soal pentadbiran yang mengkhususkan kepada soal rakyat dan keperluan.

Baca artikel berkaitan ;

https://mahamissa.blogspot.my/2017/11/banjir-10-perkara-kenapa-guan-eng-perlu.html

https://mahamissa.blogspot.my/2017/11/mudahnya-kerja-puak-dap-banjir-ja.html

https://mahamissa.blogspot.my/2017/11/banjir-di-pulau-pinang-mana-lim-kit.html

https://mahamissa.blogspot.my/2017/11/bantuan-banjir-dap-style-nasi-bungkus.html

https://mahamissa.blogspot.my/2017/11/banjir-mana-ahli-parlimen-permatang-pauh.html

https://mahamissa.blogspot.my/2017/11/penduduk-tandatangani-petisyen-bantah.html

https://mahamissa.blogspot.my/2017/11/penang-failed-state.html

https://mahamissa.blogspot.my/2017/11/penang-has-fallen.html

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels