Followers

Friday 18 May 2012

PKR PAS Memang Tak Boleh Di Harap - Malik Kasim Perlu Letak Jawatan !!


Malik Kasim seharusnya manusia yang harus bertanggungjawab terhadap isu jenazah seorang mualaf berbangsa Cina yang telah kembali ke rahmatullah dan hanya di kebumikan mengikut Islam setelah 4 hari berada dalam tangan keluarga beliau yang berbangsa Cina.

Yang menimbulkan ketegangan dan kesangsian ialah Malik Kassim, Exco Agama Pulau Pinang merangkap YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang didakwa mengatakan bahawa jenazah itu adalah seorang Mualaf!

Tetapi yang hairannya ialah sebagai pemimpin yang diamanahkan menjaga hal ehwal agama Islam, Malik Kassim didakwa lepas tangan dan membiarkan sahaja jenazah mualaf itu menjalani upacara kematian kaum cina. 

Hari ini adalah hari ke-4 jenazah itu berada bersama keluarga bukan Islam beliau tetapi Malik Kassim seolah-olah tidak berbuat apa-apa untut menuntut jenazah tersebut dan dikebumikan dengan segera mengikut syarak Islam.

Ketidakefesienan Malik Kassim itu turut menimbulkan tandatanya kepada keluarga bukan Islam mualaf tersebut yang sebelum ini mahukan pengesahan sah seperti yang dikatakan oleh Malik Kassim.

satu sidang akhbar diberitakan telah diadakan sebentar tadi mempersoalkan tindakan Malik Kassim yang tidak efesien dalam menangani isu sensitif yang boleh menyebabkan ketegangan kaum di Pulau Pinang ini. Malah, wakil yang bercakap tadi turut menuntut agar Malik Kassim dan Salleh Man meletakkan jawatan dek isu sensitif dan melibatkan umat Islam keseluruhannya.

Dalam isu ini, Malik Kassim disarankan untuk menjawab dan menyelesaikan isu dengan kadar segera. Benarkah seperti yang didakwa oleh wakil tersebut?

Dalam masa yang sama, dimanakah wakil-wakil politik yang serumah dengan Malik Kassim? Di manakah Pemuda PAS Pulau Pinang yang begitu lantang mempertahankan Lim Guan Eng DAP dalam isu menyogok Tunku Aziz? Klik Sini untuk berita penuh dari Dr MiM.


Kepada seluruh rakyat Pulau Pinang khususnya yang berbangsa melayu sedarlah ! sedarlah ! ambillah pengajaran daripada peristiwa ini dan lihatlah bagaimana juak-juak Pakatan Haprak terutamanya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam sedikit pun tidak mengambil tahu berkenaan kejadian ini.Mereka sebaliknya saling tuduh menuduh sesama sendiri pula.

Fikirlah mungkin besok-besok boleh berlaku kepada diri kita..

MMI.


No comments:

Post a Comment

Labels