Followers

Thursday 24 May 2012

Sharif Omar Tawar Diri Jadi Calon PRU13


Bertempat di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas dalam satu program yang dianjurkan oleh PERKASA Tasek Gelugor semalam , Datuk Seri Sharif Omar bekas Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor telah menyatakan kesediaan beliau untuk menawarkan diri sebagai calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Ke13 nanti.

Kenyataan itu diucapkan di depan hampir 200 tetamu yang hadir bagi sama-sama menjayakan Program Menghargai Pejuang-Pejuang Melayu dalam Parlimen Tasek Gelugor anjuran PERKASA.

Memetik kenyataan beliau sewaktu sidang media diadakan , Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar berkata beliau sanggup menawarkan dirinya sebagai calon pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sekiranya diberi peluang.

Sebagai seorang ahli parti Barisan Nasional yang setia, Mohd Shariff berkata, beliau pernah menghantar surat kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengenai kesanggupannya melepaskan kerusi Parlimen Tasek Gelugor kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada pilihan raya 2008.

"Saya bersedia untuk bertanding semula kerana Tasek Gelugor adalah kubu kuat saya yang dibangunkan selama 20 tahun," katanya kepada pemberita sebelum menghadiri majlis makan tengah hari bersama Perkasa Tasek Gelugor di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas.

Malah kenyataan tersebut sebenarnya merungkaikan segala cakap-cakap atau sumber-sumber sebelum ini yang menyatakan beliau akan bertanding di atas tiket parti pembangkang iaitu Pas.


Manakala Ahli Parlimen Tasik Gelugor Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan siapa yang layak bertanding di kerusi itu.

Katanya beliau menghormati hasrat bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Mohd Shariff Omar untuk kembali bertanding di kerusi berkenaan, namun keputusan akhir adalah hak Perdana Menteri.

"Biarlah Perdana Menteri yang pilih 'winnable candidate'...Mohd  Shariff ada hak untuk sampaikan perasaannya...saya tak rasa apa-apa, saya fikir dia (Mohd Shariff) ada hak untuk sampaikan rasa hatinya,". 

Nor Mohamed yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Mohd Shariff bahawa beliau mahu bertanding semula di kerusi tersebut, selepas memberi laluan kepada Nor Mohamed pada pilihan raya lepas.

Ditanya mengenai kesediaannya mempertahankan kerusi itu, Nor Mohamed berkata: "Saya tidak ada apa-apa komen." 

Melihat kepada senario yang berlaku MMI simpulkan ianya sebagai satu penanda bahawa UMNO dan Barisan Nasional semakin mendapat tempat dikalangan rakyat.Rasa bertanggungjawab untuk memimpin rakyat dilihat menjadi intipati kepada apa yang di suarakan oleh Datuk Seri Sharif Omar selaku bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor.Malah beliau juga merupakan antara pemimpin yang sama-sama berkempen untuk memenangkan YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada Pilihan Raya 2008.Beliau juga dilihat cukup profesional apabila turut menyatakan kesediaan bertanding sekiranya diberikan peluang oleh pucuk pimpinan.

YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai Ahli Parlimen Tasek Gelugor ketika ini turut menyatakan bahawa segalanya diserahkan kepada keputusan YAB Datuk Seri Najib selaku pucuk pimpinan dalam soal menentukan calon.Beliau juga bertindak bijak apabila menjawab "no komen" ketika diajukan soalan samada akan mempertahankan kerusi yang beliau sandang ketika ini.Ini menunjukkan beliau tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi yang mampu merosakkan persiapan jentera UMNO dan Barisan Nasional Tasek Gelugor dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke13 nanti.

Apa yang MMI boleh rumuskan di sini adalah UMNO dan Barisan Nasional Tasek Gelugor mempunyai calon yang cukup berwibawa dan semestinya keputusan daripada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak nanti bakal meletakkan mereka yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Semoga seluruh ahli UMNO dan jentera Barisan Nasional khususnya di Tasek Gelugor dapat memberikan komitmen yang terbaik kepada parti dan yakinlah siapa saja yang bakal dipilih nanti adalah pemimpin kita semua.

Hidup UMNO ! Hidup Barisan !

Pssttt semalam salah seorang daripada anak MMI bertanya "Abah ! Abah ! Apa maksudnya Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh ? errmmmmm...

Selamat Berjuang Semua !!

MMI.

1 comment:

  1. cukuplah sharip dol ooi saya ank jati permatang berangan dah tak teringin nak tengok muka kamu jadi wakil kami
    bagi orang lain lah kalau kamu bertanding gerenti kalah, shariph dol samseng kampung

    ReplyDelete

Labels