Followers

Friday 25 May 2012

PAS Yang Berjiwa Besar - Melayu Wajib Baca


Putrajaya seperti semua sedia maklum merupakan pusat pentadbiran kerajaan Barisan Nasional malah sewaktu artikel ini di tulis pun Putrajaya sebenarnya di penuhi oleh puluhan ribu para belia yang berkampung di sana bagi sama-sama meraikan dan menyambut Himpunan Berjuta Belia sempena hari belia negara.

Malah sepanjang minggu ini yang bakal berakhir pada 27 Mei 2012 nanti Putrajaya menjadi milik generasi X dan Y dan mereka juga bakal mendapat pelbagai input serta dapat menjalankan aktiviti yang menjadi kegemaran ataupun pilihan masing-masing.

Begitulah ceritanya berkenaan Putrajaya pada ketika ini namun apa yang MMI akan paparkan kali ini adalah mengenai satu artikel yang dimuatkan dalam Harakah Daily yang menceritakan bagaimana mereka (Pas) yang di lihat begitu bercita-cita besar mahu melangkah kaki ke Putrajaya yang dulunya mahu di lelong kerana beranggapan pembinaan Putrajaya merugikan negara.

Ketaksuban mereka melalui artikel tersebut jelas menunjukkan Pas hari ini hanya mementingkan kuasa semata-mata hatta sanggup melepaskan Kelantan dalam perjuangan dan cita-cita mereka untuk mendapatkan Putrajaya.

Lebih malangnya mereka sanggup pula untuk memberikan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai pemimpin terbaik dalam menerajui negara.Mungkin mereka lupa agaknya siapa manusia bernama Anwar Ibrahim ini selain daripada angan-angan Pas untuk menjadi sebahagian daripada balaci kepada kerajaan Pakatan Haprak dalam impian menerajui Malaysia.

Semuanya bermula dengan satu penulisan penuh harapan daripada Subki Latif bertarikh 24 Mei 2012 yang bertajuk "Ambillah Kelantan bagi Putrajaya" dan untuk mengetahui sejauh mana angan-angan ini jom kita semua ikuti satu penulisan berjiwa besar yang bakal berlaku kepada Pas apabila mereka berjaya menguasai Putrajaya.

KETIKA Pakatan Rakyat dengan penuh tenaga mara untuk merampas Putrajaya dari Barisan Nasional, maka Perdana Menteri Najib penuh yakin untuk bukan sekadar mengambil semula Kedah dan Selangor, malah ia sudah bersedia untuk menawan Kelantan buat kali kedua selepas merdeka.

BN sudah menyediakan Dato Mustapa Mohamad sebagai calon Menteri Besar Kelantan buat kali ketiga dan mungkin Dato  Mukhriz Mahathir sebagai ketua kerajaannya di Kedah.

Selangor Najib yakin menang semula cuma dia tidak ada calon Menteri Besar. Malah itu mungkin selesai jika Razali Ismail, pemegang konsesi Syabas bersedia turun padang.

Apapun Perdana Menteri baru di Putrajaya tidak lain dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kita tunggu saja bila Parlimen  dan DUN-DUN dibubar.

Mungkin Allah memperkenan hasrat  dan hajat semua pihak. Kelantan, Kedah dan Selangor diambil semula oleh Barisan Nasional tetapi Putrajaya diberi kepada Anwar dari Pakatan Rakyat. Mungkin diperkenankan Allah bertukar.

Jika ini berlaku, Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri selama-lamanya dan Tok Guru Nik Abdul Aziz pula mengakhiri kedudukannya sebagai Menteri Besar Kelantan selama 22 tahun.

Jika Najib tidak lagi jadi Perdana Menteri maka Presiden UMNO pun akan terlepas pula kepada orang lain. Ke mana dia? Tentunya Interpol dari Paris minta dia dibawa ke sana.

Tok Guru Nik Aziz macam mana?

Beliau tetap memberi kuliah dhuha setiap Jumaat di tengah Kota Bharu dan kerana Putrajaya sudah dibebaskan, maka Tok Guru pula mungkin dijadualkan mengadakan kuliyah dhuha setiap hari Sabtu atau Ahad di Masjid Al-Mizan di Putrajaya.

Kalau Selangor  ditadbir oleh BN tetapi Putrajaya di bawah Pakatan Rakyat boleh dirunding hujung minggu – Sabtu atau Ahad - yang Tok Guru tidak berkuliyah di Putrajaya, berkuliah pula di masjid negeri Shah Alam.

Bagaimana Ustaz Abdul Hadi Awang? Beliau mungkin jadi Anggota Parlimen lagi. Tentulah Perdana Menteri Anwar akan memberinya jawatan kabinet. Apapun beliau tetap memberi kuliyah dhuha setiap Jumaat di Rusila.

Dengan kerajaan pusat di bawah Pakatan Rakyat boleh dikira Ustaz Hadi bergilir berkhutbah Jumaat di Masjid Rusila dan Masjid Negara. Pada giliran beliau berkhutbah dan menjadi imam solat Jumaat  di Masjid Negara, boleh diatur jet rasmi kerajaan menerbangkannya dari Kuala Terengganu pukul 11.30 pagi ke Masjid Negara melalui lapangan terbang yang terdekat seperti lapangan terbang Sungai Besi misalnya.

Tan Sri Khalid Ibrahim macam mana? Dia mungkin MP lagi, maka dia boleh jadi menteri kewangan atau menteri ekonomi.

Bagaimana pula Dato Seri Azizan Razak? Sekalipun Kedah di bawah BN tetapi Ustaz Azizan masih ketua pembangkang di Kedah. Tentulah kerajaan pusat memberi satu kedudukan yang penting kepadanya. Tetapi dia boleh menghidupkan pagi Jumaat di markaz PAS Kota Sarang semut setiap minggu.

Sekali pun Kelantan, Kedah dan Selangor ditakdirkan diambil oleh UMNO tetapi kemenangannya tidak besar. Ia mungkin setakat memungkin BN membentuk kerajaan saja.

Berikut dengan kekalahan BN di peringkat pusat kedudukan kerajaan negeri itu tidaklah sekuat mana kerana iman orang UMNO kepada partinya tidak sekuat pegangan orang PAS kepada parti itu.

Mereka bermati-mati dengan UMNO kerana  UMNO melambakkan mereka dengan duit. Payahlah negeri itu hendak bermewah-mewah jika pusat mengawal peruntukan sewajarnya untuk negeri. ADUN BN itu boleh bila-bila masa  saja meninggalkan parti yang sudah hilang kuasa.

Tok Pa dan Mukhriz tak dapat bertahan seperti PAS bertahan semasa memerintah negeri. Kali ini PAS dan PKR tidak membeli ADUN BN. Mereka tidak ditawarkan seperti apa yang BN tawarkan orang-orang yang lemah pendirian. Tetapi PAS dan PKR memang bekerja menarik orang UMNO menyertainya.

Jika ada ADUN  dan MP UMNO bertukar parti, mereka bukan berpaling  tadah atau melompat, tetapi menerima kebenaran dari satu perjuangan yang memelihara rakyat dan  negara.

Masa depan  UMNO masa itu bergantung kepada Saifudin Abdullah dari Temerloh atau Khairy Jamaluddin.Tamat.

Amacam semua ? MMI simpulkan apa yang ditulis sebagai sebuah cerita hikayat yang hanya meletakkan Pas sebagai parti yang menang sorak tetapi kampung tergadai.

Jika diamati dari penulisan diatas jelas penulisnya hanya meletakkan Pas sebagai sebuah parti yang bekerja untuk memberikan kuliah sahaja malah menceritakan bagaimana perancangan mahu menggunakan jet rasmi negara untuk membawa Hadi Awang dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menjadi imam solat Jumaat di Putrajaya.

MMI bukan menentang sebarang kuliah apatah lagi kuliah keagamaan melibatkan Islam namun sekiranya itulah yang menjadi pegangan mahupun perjuangan Pas maka sudah tentu negara Malaysia bakal berdepan dengan mereka-mereka yang pernah mahu menghalau orang-orang Melayu dari tanahair sendiri.

Apakah dengan memberikan kuasa kepada DAPigs dan PKR menerajui negara , Pas sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam mampu untuk meyakinkan mereka supaya menerima segala pelaksanaan menyeluruh untuk menerima perjuangan Islam seperti yang diwar-warkan oleh Pas.

Sejauh mana Pas mampu untuk melaksanakannya bersama sahabat-sahabat mereka dalam Pakatan Haprak? Malah jika melihat daripada kenyataan para pimpinan Pas mereka akan hanya membincangkan soal pelaksanaan Islam ini apabila Pakatan Haprak berjaya menguasai kerajaan.Lupakah kita semua bagaimana Pas sanggup untuk menukar slogan mereka kepada Negara berkebajikan hanya kerana mahu seiring dan sekata dengan perjuangan para sahabat mereka dalam Pakatan Haprak ?

Paling penting yang kita semua perlu fikirkan apakah yang akan berlaku sekiranya benar Pakatan Haprak berjaya menguasai Putrajaya tetapi dalam masa yang sama Pas merupakan parti yang menyumbang jumlah kerusi paling tercorot? Ini diakui sendiri oleh penulis kerana jelas menyatakan negeri-negeri lain seperti Kelantan,Kedah malah Selangor dimiliki semula oleh Barisan Nasional yang sudah tentunya mengurangkan jumlah kerusi wakil-wakil Pas.Sekiranya ini berlaku apakah suara Pas akan didengar oleh sahabat-sahabat mereka khususnya DAPigs? Jangan lupa perkara ini berlaku sekarang di Pulau Pinang apabila Salleh Man satu-satunya calon Pas yang menyumbang jumlah kerusi kepada kerajaan negeri DAPigs ditolak dan disisihkan malah suara beliau langsung tidak dapat menandingi kerakusan Guan Eng dan konco-konconya.

Anwar Ibrahim sendiri pun sebenarnya gagal dalam soal ini apabila kes Kampung Buah Pala di robohkan oleh kerajaan negeri sedangkan sewaktu kempen pilihan raya Anwar sudah berjanji sekiranya Pakatan Haprak menang di Pulau Pinang wakil daripada kerajaan negeri akan datang dan selesaikan masalah penduduk kampung Buah Pala yang akhirnya mereka datang untuk proses perobohan.

Bayangkan sekiranya ini berlaku di kala Pakatan Haprak berjaya mengusai Putrajaya seterusnya kerajaan maka sudah pasti apa yang berlaku di Pulau Pinang akan sekali lagi berlaku di seluruh negara.

Sudah semestinya di ketika itu apabila Pas sudah semakin dianak tirikan dan orang-orang Melayu dari Pakatan Haprak semakin sedar maka mungkin satu ikatan mahupun gandingan akan di buat antara UMNO dan Pas yang mahukan supaya nasib orang-orang Melayu dan agama Islam di bela.

Maka di saat itu kita sebenarnya sudah pun menyerahkan negara ini kepada orang lain dan perjuangan kita pada ketika itu tidak lain dan tidak bukan perjuangan untuk mendapatkan kembali hak kita yang mengiakan kata-kata daripada YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sewaktu melancarkan program Gemilang Usahawan bahawa "Sekiranya Pembangkang menjadi kerajaan maka negara Malaysia akan kembali pada tahun 1511" sememangnya tepat kerana kita perlu sekali lagi berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan daripada mereka-mereka yang dulunya merupakan bangsa pendatang malah lebih perit lagi apabila kita berjuang menentang mereka-mereka yang kita berikan taraf kerakyatan satu ketika dulu.

Apakah jiwa besar Pas mampu meletakkan Islam dan umat Melayu di kedudukan yang tertinggi ?

Subhanallah..

MMI.


No comments:

Post a Comment

Labels