Followers

Wednesday 12 December 2012

Bukan Menyanggah Tetapi Bermuhasabah

Gambar Hiasan
Kes tangkapan pasangan bukan Islam di Kelantan sudah pun menjadi isu besar dan sudah mendapat perhatian mereka-mereka yang berkepentingan khususnya pemimpin-pemimpin parti politik bukan Islam di Malaysia.

MMI sentiasa menyokong langkah dan tindakan membanteras gejala seperti ini namun dalam kes di Kelantan ini ianya dilihat lebih kepada tindakan yang sebahagian darinya kerana mahu menunjuk bahawa mereka MAMPU.

Bukan persoalan kita tidak menyokong namun hakikat yang harus kita terima apabila ianya melibatkan mereka yang bukan dari kalangan Islam , sudah tentu ianya bakal mengundang pelbagai persepsi.

MMI sebenarnya malas nak mengulas tentang isu ini kerana bagi MMI ini adalah kerana keangkuhan dan sikap menunjuk-nunjuk PAS sendiri kononnya merekalah yang lebih Islamik dalam Malaysia.

MMI masih ingat kata-kata Mujahid Yusof Rawa pada ketika Pakatan Haprak berjaya menguasai 5 buah negeri dalam PRU12 yang lalu.Mujahid dalam hujahnya menyatakan dengan tegas bahawa menjadi dasar parti PAS selepas ini untuk memastikan mereka dikalangan bukan Islam yang ada dalam DAPigs dan PKR supaya memahami apa itu Islam dan undang-undangnya.

Semua itu perlu digerakkan dan bakal digerakkan kerana PAS adalah sebuah parti yang kononnya meletakkan Islam sebagai keutamaan walaupun dalam banyak perkara mereka menjadikan Islam itu sebagai perisai dalam menghalalkan cara.

Sehingga kini hampir 4 tahun semenjak Mujahid Yusof Rawa menyatakan sedemikian kelihatannya juak-juak DAPigs dan PKR yang bukan dikalangan Islam tetap menolak dan langsung tidak menyokong sebarang undang-undang Islam yang turut mahu dikenakan terhadap mereka yang bukan Islam.

Persoalannya selama hampir 4 tahun ini , apakah PAS benar-benar melaksanakan apa yang diungkapkan oleh Mujahid Yusof Rawa pada 2008 yang lalu ?

Melihat kepada apa yang berlaku ianya jelas sekali PAS langsung tidak melaksanakan apa yang dijanjikan.

Malah tindakan pihak berkuasa Kelantan menjalankan undang-undang tangkapan ini menunjukkan PAS cuba untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia khususnya orang-orang Islam (yang mereka murtadkan) bahawa PAS di Kelantan mampu melaksanakan.

Dengan terlaksananya undang-undang ini maka ianya akan dijadikan pula sebagai senjata untuk menyerang UMNO dan matlamat utamanya adalah untuk menyentap rakyat supaya melihat UMNO tidak seislamik seperti mana PAS.

Namun kerana sikap mahu menunjuk-nunjuk dan pentingkan diri ini akhirnya memakan diri sendiri.

MMI yakin kemungkinan selepas ini akan keluar pula kenyataan bahawa undang-undang ini akan dibekukan buat sementara kerana PAS akan berusaha untuk menjelaskan serta memahamkan sahabat-sahabat bukan Islamnya terlebih dahulu.

Mengapa UMNO tidak bertindak seperti mana PAS bertindak dalam isu ini ? UMNO menggalas tugas yang amat berat apabila perlu memastikan negara terus stabil dan dalam masa yang sama gerak kerja untuk memastikan bukan Islam faham dan menerima pelaksanaan undang-undang Islam yang merangkumi semua bangsa adalah sesuatu yang memerlukan masa.

Oleh kerana itulah UMNO tidak tergesa-gesa dan mahu menunjuk-nunjuk dengan undang-undang sebegini kerana kita tahu bahawa sentimen kaum lain yang sama-sama menghormati kontrak sosial perlu diambil kira.

Dalam konteks ini tindakan UMNO adalah seperti mana yang diperkatakan oleh Mujahid Yusof Rawa sebelum ini iaitu kita akan berusaha untuk memahamkan mereka-mereka yang bukan Islam tentang kebesaran Islam.

Namun kerana tindakan PAS yang sering bermain dengan api khususnya dalam mereka bersahabat dengan DAPigs dan PKR nampaknya masa menjadi musuh utama kita.

Kerana ruang dan sikap PAS lah maka mereka-mereka yang bukan Islam hari ini berani tampil mempertikaikan Islam sama ada dari pihak Pakatan Haprak mahupun Barisan Nasional sendiri.Mengapa ini berlaku ? Kerana mereka yang bukan Islam ini bersatu jua dalam beberapa perkara yang boleh menggangu-gugat apa yang mereka percayai.

Cuba fikirkan apa guna kita melaksanakan sesuatu seperti mana yang berlaku kini sekiranya ianya mampu menyebabkan negara kacau bilau ? Perlu diingat UMNO tidak pernah menyatakan tidak mahu melaksanakan cuma kita memerlukan masa supaya pelaksanaannya nanti dipersetujui oleh semua bangsa dan sudah semestinya apabila ini berlaku maka negara Malaysia akan terus makmur dan maju.

Pada pandangan MMI , seharusnya PAS kini bersama dengan UMNO membincangkan kaedah-kaedah terbaik bagi merealisasikan apa yang diinginkan oleh kita semua sebagai umat Islam.Bayangkan sekiranya UMNO dan PAS bersama dalam satu pasukan sejauh mana kekuatan jenteranya ? 

MMI percaya dengan kekuatan jentera dan kesungguhan kita bersama apa yang diinginkan mampu dilaksanakan kerana kita mampu mengelak perpecahan sesama sendiri dan mempertahankan apa yang kita laksanakan.

Tetapi sayang dalam soal ini PAS menolak perbincangan apatah lagi untuk bersama dan kerana itu mereka cuba melakukan sesuatu dengan niat mahu menunjuk-nunjuk.Akhirnya mereka perlu pula akur dan memberi penjelasan berkenaan apa yang berlaku kepada puak-puak Kafir Harbi DAPigs.

Apakah PAS tidak nampak DAPigs sudah menjadi Tuan kepada Pakatan Haprak dengan PAS perlu pula memberikan penjelasan dengan apa yang berlaku ?

Bukankah sepatutnya DAPigs dan mereka yang bukan Islam dalam Pakatan Haprak sudah faham tentang Islam kerana kata-kata dari Mujahid di atas ?

Terimalah hakikat bahawa PAS tidak melaksanakan janjinya sendiri !

PAS barangkali lupa dalam sebuah negara seperti Malaysia , kekuatan itu amat perlu kerana kita berdepan dengan mereka yang bukan Islam yang turut mempunyai hak sebagai rakyat sebuah negara berdaulat.

Cara dan kaedahnya mesti kena..Bukan serbu kemudian ternganga !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels