Followers

Wednesday 12 December 2012

Pakatan Haprak PERBODOHKAN Kaum INDIA Kerana POLITIK


MMI yakin ramai dikalangan kaum India di luar sana yang malu melihat segelintir warga India yang hadir ke Putrajaya pagi tadi dalam satu perhimpunan yang kononnya mahu menuntut keadilan terhadap kaum India yang ditindas khususnya dalam isu dokumen pengenalan diri sebagai rakyat Malaysia.

Pelik dan ganjil dengan apa yang berlaku hari ini , melalui pengamatan MMI melalui blog sahabat-sahabat jelas sekali tindakan yang dinaungi sepenuhnya oleh juak Pakatan Haprak ini hanyalah tindakan berbaur politik yang cukup menjengkelkan.Klik Sini , Sini dan Sini 

Malah timbul pula isu dalam blog pro pembangkang mempertikaikan kenapa baru kini pihak kerajaan mahu menyegerakan proses memberikan dokumen pengenalan diri kepada mereka yang masih belum mempunyai dokumen tersebut.

Inilah bukti pembangkang sebenarnya cukup suka melacurkan diri sendiri demi menagih simpati politik khususnya dalam masa pilihan raya yang semakin hampir.

Bukankah selama ini kerajaan sentiasa membuka ruang kepada mereka yang tidak mempunyai pengenalan diri untuk tampil ke JPN bagi urusan pemprosesan.Malah boleh dikatakan hampir saban bulan ada saja program yang di susun atur bagi menyerahkan dokumen pengenalan diri kepada mereka-mereka yang layak melalui kementerian terlibat.

Baru-baru ini dalam Perhimpunan MIC , YAB Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu merasmikan perhimpunan tersebut turut menyentuh berkenaan isu ini dan beliau memberikan jaminan kepada mereka yang masih belum mempunyai dokumen pengenalan diri untuk berbuat demikian bagi tujuan pemprosesan.

Soalnya mengapa warga India yang hadir di Putrajaya hari ini memilih untuk berhimpun daripada memilih ke kaunter JPN untuk urusan tersebut ? Malah diberitakan MIC juga turut membuka kaunter bagi memudahkan urusan permohonan tersebut.

Jadi dimana silapnya kerajaan sehinggakan warga India ini memilih untuk berhimpun ? Apakah kerajaan langsung menafikan hak mereka ?

Kepada warga India yang hari ini hadir ke Putrajaya berhimpun bersama juak-juak Pakatan Haprak apa sebenarnya yang dimahukan oleh anda ? Dokumen pengenalan diri ataupun wang saku yang dibekalkan oleh juak-juak pembangkang apabila hadir dan berhimpun ? 

MMI di maklumkan mereka yang hadir hari ini diberikan wang saku oleh pihak-pihak tertentu sama ada ianya benar atau pun tidak terpulanglah tetapi sekiranya soal dokumen pengenalan diri yang menjadi sebabnya MMI rasa warga India ini tersilap saluran kerana pimpinan dan juak-juak Pembangkang sedang merogol dan meliwat anda demi ketagihnya mereka untuk berkuasa.

Kepada sahabat-sahabat warga India di luar sana nasihatilah mereka jangan sampai maruah diri tergadai hanya kerana tersilap memilih saluran untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri.

Berdasarkan gambar mereka yang berhimpun di Putrajaya hari ini dianggarkan mungkin hanya 10 orang sahaja yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri kerana selebihnya mempunyai kad penggenalan sejak lama dulu.

Pandai puak-puak Pakatan Haprak ni buat lawak..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels