Followers

Monday 3 December 2012

NAJIB Antara Pemimpin Terbaik Pernah UMNO Miliki


Tidak keterlaluan jika MMI katakan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah diantara pemimpin terbaik yang pernah parti UMNO miliki.Jika melihat kepada reputasi beliau setakat ini rasanya keupayaannya sudah semakin hampir menyamai keupayaan Tun Mahathir walaupun masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini khususnya dalam persidangan agung UMNO 2012 jelas membuktikan beliau merupakan seorang pemimpin yang berjiwa besar dan merendah diri yang sebenarnya disenangi oleh rakyat dan ahli UMNO khususnya.

Tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang turut mengambil kesempatan menghargai jasa dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi amat mengharukan.

Presiden UMNO itu berkata, Dr. Mahathir secara sukarela sanggup berjumpa dengan semua pemimpin-pemimpin UMNO di seluruh negara untuk memberitahu kenapa mereka perlu sokong UMNO bukan individu demi memastikan parti terus berkuasa dan perjuangan diteruskan.

''Beliau bagi contoh cukup menarik, saya dapat feedback dalam perjumpaan-perjumpaan beliau secara tertutup, Tun kata, walaupun si polan-si polan ini beliau tidak suka tetapi kalau Presiden parti pilih beliau tetap akan menyokong, terima kasih Tun,'' katanya.

Selain itu, kata Najib, beliau terhutang budi kepada Abdullah atas sokongan yang diberikan secara berterusan.

''Teristimewa sekali atas dua perkara, yang pertama beliau sanggup melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden mengikut tradisi parti dengan cara begitu baik dan kedua, masa beliau serah jawatan pada saya, beliau (berpesan) mahu saya melakukan lebih baik daripada beliau,'' kata Perdana Menteri.

Dr. Mahathir dan Abdullah turut hadir ketika Najib menyampaikan ucapan penggulungan tersebut.

Sebagai pemimpin yang kenal erti berterima kasih dan bersyukur membuatkan Datuk Seri Najib Tun Razak disenangi oleh banyak pihak.Malah MMI percaya kesan daripada populariti yang dimilikinya Datuk Seri Najib Tun Razak mampu dan bakal terus cemerlang dalam memimpin parti dan negara.

Tahniah buat Datuk Seri Najib Tun Razak semoga Malaysia terus sukses di bawah pimpinannya.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels