Followers

Saturday 26 January 2013

Benarkah Rafizi Kini Alami Sindrom SPSSMTK ??!


Semalam sewaktu berbual dengan beberapa rakan di sebuah restoran mamak , MMI di maklumkan yang Rafizi anak buah kesayangan Anwar Ibrahim kini sedang mengalami sindrom SPSSMTK yang agak kronik.Pertama kali mendengar MMI cukup tertarik untuk mengetahui selanjutnya apakah sindrom yang dimaksudkan ? Agak mustahil dengan keadaan Rafizi yang kelihatannya sihat tiba-tiba boleh terkena penyakit yang bagi MMI serius ni !!

Setelah diberikan penjelasan rupa-rupanya yang dimaksudkan oleh kawan MMI itu adalah Rafizi kini di serang sindrom Senak Perut , Seram Sejuk & Menggigil Tahap Kronik yang kesemuanya di kaitkan dengan isu SAMAN oleh Zahid Hamidi terhadap beliau.

Haha MMI kena pekena rupanya !!

Bagi MMI tindakan saman yang diambil oleh Zahid Hamidi terhadap Rafizi amatlah kena dengan masanya.Malah jika dilihat kembali Rafizi sebenarnya sudah diberikan terlalu banyak ruang menghentam malah memfitnah kerajaan dan tindakan ini seharusnya dilakukan lebih awal.

Walaubagaimanapun ianya kini sudah pun berlaku dan pastinya apa yang diceritakan oleh kawan MMI ada benarnya.Jika selama ini beliau begitu lantang memfitnah maka kini beliau bertemu ruasnya.
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog.
Dr Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Mengikut pernyataan tuntutan, Dr Ahmad Zahid mendakwa Mohd Rafizi (defendan) menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.
Dr Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.
Katanya Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman Internet.
Dr Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawab, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah.
Beliau mendakwa tujuan sebenar Rafizi berbuat demikian adalah untuk melupuskan keyakinan orang awam dan gabungan Barisan Nasional terhadapnya terutama dalam pilihan raya umum akan datang.
Dr Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.
Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.
Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain.Bernama
Kepada Rafizi jika selama ini kamu begitu bersungguh-sungguh memfitnah kerajaan maka ruang dan peluang ini seharusnya digunakan sepenuhnya bagi membuktikan segala dakwaan kamu itu adalah benar.Kemukakan segala dokumen dan bukti-bukti lain untuk menyokong dakwaan tersebut.

Dan kita biarkan pihak mahkamah tentukan keputusannya nanti.Jangan pula selepas ini main "settle" kat luar mahkamah kerana jika itu berlaku maka sudah pasti kamu adalah manusia paling keji dan jijik dalam dunia politik Pakatan Haprak kerana BACUL mempertahankan dakwaan kamu sendiri.

Akhir kata MMI harap Rafizi ni ada teloq !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels