Followers

Thursday 31 January 2013

Fuiyoo Ada Menteri Besar Yang Dah Tak TAHAN !!

Gambar Hiasan
Sebelum apa-apa MMI nak pesan entri ni bukan menyentuh tentang perkara yang menghampiri perlakuan seks dan seangkatan dengannya.Ianya berkisar kepada isu yang heboh semalam khususnya di blog-blog tentang Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Haprak mahu membubarkan DUN pada Februari depan.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas sambutan Cap Goh Meh bulan depan.

Katanya cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum pihaknya memutuskan perkara berkenaan.

"Kalau selepas Cap Goh Meh ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak membuat sebarang pengumuman atau memberi apa-apa indicator berhubung tarikh pilihan raya, kita bercadang untuk melakukan perkara ini (bubarkan DUN). 

"Kita merasakan rakyat yang memilih kita sudah bersedia (untuk pilihan raya) dan mereka tidak patut menunggu lama lebih daripada tempoh yang sepatutnya (untuk membubarkan Dun)," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.Baca Seterusnya 

Memang terbaiklah Khalid ! MMI sendiri pun tak sabar-sabar nak tunggu kehadiran bulan Februari nanti kerana disinilah kita akan dapat melihat sama ada Khalid benar-benar boleh di percayai.

Kononnya nak gempar la kot tapi agak-agak lah..Soal bubar DUN ni semua pihak sedia maklum ianya terletak ditangan kerajaan negeri jadi tak perlulah sampai ke tahap kata rakyat tunggu lama.Sebab dulunya puak-puak Pakatan Haprak juga yang pukoi canang tak mau bubar DUN sekiranya kerajaan bubar Parlimen awal.

Alih-alih hari ni bunyi lain pula kononnya rakyat dah tak sabar..Hehe rakyat ka Khalid sendiri ??

Lagi satu kalau nak bubar tu bubar ja lah apa yang nak takutnya ? Cakap saja buat apa Khalid ?

Kalau nak lebih menarik lagi Khalid perlu pujuk pula Pulau Pinang,Kedah dan Kelantan supaya sama-sama membubarkan DUN masing-masing seperti mana yang Khalid mahu lakukan , tak ada masalah apa pun sebenarnya !

MMI nak bagitahu setelah pembubaran dilakukan pihak SPR mempunyai masa selama 60 hari bagi menjalankan pilihan raya jadi cuba guna otak tengok !

Kalau Khalid bubar sekarang pun SPR masih ada masa selama 60 hari untuk mengadakan pilihan raya.Jadi dalam bahasa mudahnya tak ada masalah untuk SPR samakan proses pilihan raya dengan negeri-negeri lain.

Bab SPR pula tak payah dok pertikai kerja buat depa , sebab semuanya mengikut undang-undang malah kalau SPR nak istihar awal pun rasanya rakyat Selangor tak ada masalah sekarang.'

Jadi tunggu apa lagi ? cakap saja bubar senang sikit ...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels