Followers

Saturday 26 January 2013

KALIMAH ALLAH Apa Perlu Umat Islam Bersiap Untuk BERPERANG ??!!


Isu kalimah Allah yang semakin panas kini mula memasuki fasa kritikal apabila sudah mula kelihatan pihak-pihak daripada mereka yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam turut melakukan bantahan bukan saja terhadap Guan Eng tetapi juga kepada pimpinan PAS yang masih berdegil dan besar kepala mempertahankan keputusan membenarkan ianya digunakan oleh bukan Islam.

Malah seluruh rakyat khususnya mereka yang beragama Islam sudah pasti melihat perkara ini sebagai sesuatu yang amat memalukan apabila seorang pemimpin yang mengepalai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam boleh bersekongkol dengan mereka yang bukan Islam.

Sebagai seorang Presiden parti Hadi jelas telah pun membelakangkan suara akar umbi malah suara dan isi hati umat Islam di Malaysia.Lebih keji lagi beliau antara yang diangkat sebagai ulama dalam parti PAS ! Ulama apa bersikap sedemikian ?




Apakah umat Islam di Malaysia hari ini perlu bersiap sedia bagi mempertahankan kalimah Allah ini dengan melancarkan perang terhadap mereka yang begitu angkuh sekali menceroboh kesucian agama Islam ? Apakah Hadi Awang mahu melihat perkara ini terjadi ?

Merujuk kepada kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria ,

Tindakan pihak tertentu terus menghina Islam dengan mendesak kalimah Allah dibenarkan digunakan dalam Bible bahasa Melayu bukan saja mengundang perpecahan rakyat malah boleh menyebabkan pertumpahan darah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata beliau bimbang terjadi perkara itu kerana umat Islam perlu mempertahankan kalimah Allah yang hanya boleh digunakan umat Islam di negara ini. 

"Saya memberi ingatan, kalau ia (penggunaan kalimah Allah hanya untuk umat Islam) masih dicabar juga, saya bimbang akan berlaku perpecahan dalam Malaysia ini dan mungkin pertumpahan darah kerana kita (umat Islam) wajib dan perlu berjihad mempertahankan kalimah Allah," katanya kepada selepas merasmikan premis perniagaan Damara Care & Herbs Sdn Bhd di sini, hari ini. 

MMI bukan mahu mencetuskan kekacauan apa lagi mahu menimbulkan keresahan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.Namun kenyataan diatas tidak seharusnya dipandang ringan kerana ianya melibatkan maruah orang Islam di Malaysia.

Rasanya JIHAD ini bukan seperti JIHAD PAS menghancurkan sesama umat !!

Jalan terbaik MMI mendesak kerajaan dan seluruh Jabatan Islam dan mana-mana pihak yang bertanggungjawab memelihara kesucian agama Islam di Malaysia agar SEGERA BERTINDAK DENGAN MENANGKAP GUAN ENG kerana mencetuskan isu ini.


Begitu juga dengan HADI,MAT SABU,ANWAR dan KIT SIANG perlu ditangkap kerana mereka dengan sendirinya sudah pun melancarkan perang terhadap umat Islam di Malaysia apabila sama-sama mengumumkan kebenaran penggunaan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh bukan ISLAM.

Kerana mahu melihat Malaysia terus aman dan Islam terus dipertahankan maka tolong bertindak segera kerana MMI bimbang akan ada pejuang fisabilillah mengambil tindakan memerangi mereka dengan cara yang tersendiri.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels