Followers

Sunday 6 January 2013

Mengapa Ezam Tak Masuk PAS !!


Senator Ezam Mohd Nor mendedahkan beliau membatalkan hasrat menyertai PAS setelah meninggalkan PKR lima tahun lalu, kerana mendapati parti itu tidak bersedia membuat pendirian berprinsip terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ezam berkata, beliau melahirkan keinginan menyertai PAS kepada pimpinan tertinggi PAS kerana mempunyai hubungan yang cukup baik dengan mereka selaku Ketua Pemuda PKR selama tujuh tahun.

Dalam wawancara eksklusif dengan Antarapos, Ezam menjelaskan bahawa beliau menegaskan keperluan PAS menimbang semula hubungannya dengan Anwar berdasarkan bukti-bukti yang dikumpulkan oleh beliau.

"Saya berjumpa mereka, saya kata ok, saya sudah tinggalkan Anwar dan saya nak masuk balik politik, saya tengah fikir saya nak masuk PAS atau Umno.

"Sudah tentu pilihan pertama saya adalah PAS. Tetapi saya tidak boleh masuk PAS dalam keadaaan PAS masih mendakap Anwar Ibrahim, sebab Anwar Ibrahim ialah seorang peliwat (dan) saya sebutkan semua bukti yang meyakinkan saya,” kata Ezam.

“Satu pun pemimpin PAS tidak boleh menangkis hujah saya, malah ada dikalangan mereka yang bersetuju pun dengan saya.

"Saya masih ingat lagi, satu dua orang yang mengatakan 'kita tahulah dia macam itu, tapi kita nak kudakan dia saja. Saya cakap kat dia orang, “you” nak kudakan dia? “You” ingat ini kuda apa? Ini bukan sebarang kuda, ini kuda liar. “You” kuda dia, dia kudakan “you” balik," kata Ezam.

Ezam berkata, akhirnya beliau terpaksa mengaku bahawa "saya tak boleh dapatkan komitmen daripada PAS, untuk berjuang (dan) berdiri di atas dasar prinsip,” untuk mengambil keputusan terhadap Anwar.

“Prinsip asas PAS sebagai parti itu betul tetapi bila dihadapkan dengan Anwar Ibrahim ini mereka tidak boleh buat keputusan," jelas beliau.

Ezam berkata, susulan pengalaman dengan PAS itu, beliau mengambil keputusan untuk menyertai Umno yang secara konsisten menolak Anwar berikutan pemecatannya daripada kerajaan dan parti pada tahun 1988.

Beliau kesal terhadap sokongan membuta tuli PAS kepada Anwar sehingga parti itu dilihat merestui tindakan dan kenyataan Ketua Pembangkang yang bercanggah dengan Islam termasuk mengenai isu pluralisme.

"Itu tahun 2004, sekarang 2012 lagi macam-macam. Anda tengok apa yang Anwar buat yang bercanggah dengan Islam, pluralisme.

"PAS tidak boleh buat keputusan. Baru-baru ini anak dia (Anwar) Nurul Izzah pula buat kenyataan, jelas bertentangan dengan Islam (tetapi) PAS tidak boleh buat keputusan," katanya.

Ezam berkata setelah keluar dari PKR, beliau serik dengan politik kerana menghabiskan jangka hayat kerjanya untuk berjuang demi Anwar sebelum mendapati orang yang disanjungnya itu tidak bermoral.

"Jadi saya tinggalkan Anwar, saya dah kecewa, untuk politik bagi saya seluruh kehidupan politik saya ialah memperjuangkan seorang manusia ini," kata beliau.

Ezam berkata beliau hanya terpanggil untuk kembali ke medan politik selepas melihat Anwar semakin “kuat” susulan keputusan pilihan raya umum ke 12 yang banyak memihak kepada Pakatan Rakyat.

Justeru beliau mengambil keputusan untuk menyertai Umno selepas PRU itu, setelah membatalkan hasrat awal untuk menyertai PAS.

"Saya berasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk selamatkan negara saya. Sebab saya tahu siapa Anwar selama ini. Sebelum ini saya tinggalkan (politik) sebab saya rasa dia akan kubur mati begitulah.

"Tetapi apabila 2008 mengembalikan balik harapan beliau untuk menjadi pemimpin negara ini dan beliau bekerja keras untuk itu, dan macam-macam permainan yang berlaku, saya merasa terpanggil untuk berjuang kembali dalam politik," ujar Ezam.

Ezam berkata, atas kesedaran bahawa PAS tidak mampu membuat keputusan berprinsip mengenai Anwar, beliau mengambil keputusan kembali ke Umno berasaskan ketegasan parti itu mengenai isu-isu moral Anwar.

"Sebab itu saya pergi ke Umno, Umno tentunya boleh buat keputusan tegas. Mereka kata memang kita berpegang dari dulu, Dr Mahathir buang Anwar bukan pasal Anwar ini ancaman, Dr Mahathir buang Anwar kerana Anwar ini peliwat," kata Ezam.

"Anwar melakukan suatu perkara yang tidak boleh kita terima sebagai seorang Islam, ini dinyatakan oleh mereka. Sebab itu akhirnya saya buat keputusan untuk kembali bersama Umno dan alhamdulillah saya rasa hari ini saya membuat keputusan yang betul," tambahnya.

Ezam berkata, walaupun Umno tidak sempurna malah lemah dalam beberapa perkara, namun parti itu tidak pernah leka dalam mempertahankan Islam.

“Secara keseluruhan Umno sampai hari ini dapat mempertahankan sikap membela agama, tanpa kompromi. Manakala PAS semakin hari jelas semakin lemah dalam mempertahankan asas-asas penting agama dari sudut politik," kata Ezam.

sumber antarapos

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels