Followers

Friday 15 February 2013

Konsert PSY , Siti BIKIN PANAS


Tidak mahu dianggap komen berbaur politik, pada mulanya lagi Dato’ Siti Nurhaliza telah menegaskan bahawa kehadiran PSY ke Malaysia adalah sesi perkenalan yang amat bagus namun begitu sebagai artis, penyanyi nombor satu negara ini memandang serius perkara tersebut.

“Saya amat prihatin dengan situasi yang terjadi terhadap industri muzik tanah air sekarang, masih ramai artis yang mempunyai bakat luar biasa namun dipandang biasa oleh segelintir pihak”

Tidak menyalahkan mana-mana pihak, Siti Nurhaliza memberitahu perkara ini boleh diatasi jika pihak penganjur lebih terbuka untuk menaja artis Malaysia seperti konsert ataupun di showcase kecil.

Bukan seorang yang mengeluh mengenai perkara ini malahan hampir kesemua artis Malaysia meluahkan ketidakpuasaan mereka terhadap momen yang dianggap berat sebelah telah diberikan kepada artis Malaysia.

Menurut Siti, yang mengagumi kejayaan Shila Amzah dan juga Yuna memberitahu bahawa dia percaya artis di Malaysia mampu buat lebih baik asalkan diberikan peluang.

“Saya sendiri pernah menyanyi dan rasa susah sangat untuk mendapatkan penaja, perkara ini kadang-kadang membantutkan kreativiti seseorang untuk memberikan yang terbaik untuk peminat sekaligus membuka mata penonton luar apabila melihat kehebatan persembahan konsert kita”

Walauapapun yang berlaku, kita sebagai rakyat Malaysia harus mendahului artis tempatan dan berikan peluang yang sepatutnya kepada mereka.

MMI tak nak menyebelahi mana-mana pihak cumanya dalam dunia hiburan ni mana-mana pihak yang mempunyai bakat dan kesungguhan pasti mampu pergi lebih jauh.

Kalau dalam hal PSy ni ada ke mana-mana artis di Malaysia hari ini yang mampu menandingi populariti beliau ?

Jadi dalam hal ni jangan buat cerita bukan-bukanlah..Pakat-pakat buat kerja kita bukan kejam sampaikan nak membelakangkan artis tempatan.

MMI.

3 comments:

  1. dah lah CTI kau ni dah jadi suam2 x payah nak comment apa2 lah...

    ReplyDelete
  2. TOK CT LAKI KO YANG DAH TUA DAN PATAH PATAH TU YANG PATUT KO JAGA. TAK CUKUP DUIT KER LAKI KO NAK BAGI KO MAKAN? KER TAK CUKUP KAYA RAYA LAGI?

    ReplyDelete
  3. yg ko org marah sgt kt ct pasai apa..dia komen bkn utk diri dia jaa..mewakili semua artis2 ky malaysia ni..betui apa yg dia ckp tu..mmg hakikat nya pn...

    ReplyDelete

Labels