Followers

Wednesday 27 February 2013

Tunku Aziz BALUN Guan Eng Lagi..Bila Nak SAMAN ??


Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kononnya parti itu berperanan memperjuangkan agama Islam di negara ini adalah retorik murahan demi memancing undi masyarakat Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Beliau menegaskan, DAP tidak akan sesekali memperjuangkan Islam dan kebajikan orang Melayu sebaliknya parti itu lebih bersifat cauvinis dan perkauman.

"Mana mungkin DAP memperjuangkan nasib Islam? Selama ini mereka juga yang bermati-matian menentang pelaksanaan hukum hudud. Baru-baru ini, Guan Eng sengaja mengeluarkan kenyataan berkaitan penggunaan kalimah Allah yang akhirnya menyebabkan pemimpin Islam di negara ini bercakaran antara satu sama lain.

"Jangan percaya retorik murahan seperti ini, mereka hanya pandai bercakap. Apa bukti mereka memperjuangkan Islam? Yang saya tahu, mereka lebih banyak melukakan perasaan kami," tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas ucapan Guan Eng semalam pada konvensyen pakatan pembangkang di Shah Alam yang menegaskan bahawa DAP juga berperanan menegakkan Islam di negara ini.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut menyangkal dakwaan pihak-pihak tertentu yang menyatakan DAP menghina atau anti-Islam sedangkan parti itu menegakkan agama Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. - UTUSAN

Kalau dikira kenyataan Tunku Aziz setakat ni dah berlambak rasanya tapi sampai hari ni Guan Eng tak buka mulut pun nak saman Tunku Aziz ?? Senang kira Tunku Aziz cakap benda betul la bro !!

Lagi satu ampa nak tau pasai apa Guan Eng kata macam tu  ? Sebab konvensyen tu yang ramai orang Melayu juak-juak pencacai kuda tunggangan Anwar !!!

Janji pun tak tunai boleh pula cakap nak perjuangkan Islam ? 

Haha budak tadika pun reti laaa....

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels