Followers

Tuesday 21 May 2013

SYABAS Malaysia Airlines Rakyat Malaysia Terharu Dengan Komitmen Anda Semua !!!

Gambar Hiasan
Sebelum ini MMI ada mencatatkan satu kisah bagaimana seorang ibu dan anaknya yang terkandas di Vietnam akibat sikap tidak berperikemanusiaan kakitangan Air Asia hingga mengakibatkan kedua-dua beranak tersebut di halang dari menaiki pesawat untuk pulang ke tanahair.Baca Sini 

Namun segala kepayahan dan kesulitan yang dialami oleh kedua-dua beranak tersebut telah mendapat perhatian dan kerjasama yang amat baik dari kakitangan MAS dan membuktikan betapa Air Asia bukanlah syarikat penerbangan yang harus dijadikan sebagai pilihan oleh rakyat Malaysia untuk menuju kemana-mana destinasi.

MMI amat terharu dengan usaha yang dilakukan oleh pihak MAS dan kakitangannya memberikan segala bantuan kepada dua beranak tersebut walaupun usaha itu seharusnya dilakukan oleh pihak Air Asia.Malah sehingga tindakan yang dilakukan oleh pihak MAS sekalipun pihak Air Asia masih lagi berdiam diri malah lebih berbangga dengan tindakan seorang pegawai besarnya yang lupa daratan.

Berikut merupakan kronologi usaha yang dilakukan oleh pihak MAS bagi membantu ibu dan anaknya yang telah dinafikan haknya sebagai seorang pemegang tiket Air Asia yang berbayar.

1. SUBANG: Malaysia Airlines telah menerima pelbagai pertanyaan mengenai kesukaran yang dihadapi Izan Suhaila Mohd Ali bersama bayinya, Maryam Sofea yang telah dinafikan untuk terbang pulang melalui sebuah syarikat penerbangan semalam.

2. Kenyataan ini adalah merekodkan kronologi kejadian di pejabat Malaysia Airlines di bandar Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam yang menjurus kepada keputusan untuk menerbangkan keduanya pulang ke Malaysia.

3. Malaysia Airlines mengetahui mengenai kejadian malang melibatkan Izan bersama bayi berusia 14 bulannya, Maryam dari pihak Tourism Malaysia. Berikutan ia adalah prosedur lazim bagi setiap penumpang yang mempunyai simptom penyakit berjangkit mendapatkan sijil 'sihat untuk terbang' daripada seorang doktor, Malaysia Airlines membuat keputusan membawa Maryam Sofea menemui doktor. Ini bagi memastikan tiada mana-mana penumpang yang bakal menaiki penerbangan MAS memberi risiko kesihatan terhadap penumpang lain.


4. Berikutan itu, kakitangan Malaysia Airlines mengambil Izan bersama bayinya dari hotel penginapan untuk ke sebuah klinik. Doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan yang bayi itu tidak menyebar penyakit. Doktor juga mengesahkan bayi itu keluar dari tempoh pengasingan dan tanda hitam adalah kuping kering.

5. Sejurus kemudian, kakitangan Malaysia Airlines terus menyediakan dokumen perjalanan untuik Izan, Maryam dan dua orang saudaranya. Mereka telah ditempatkan untuk terbang melalui penerbangan MH759 berlepas dari Ho Chin Minh semalam agar mereka tidak perlu lagi bermalam di Saigon yang menanggung pelbagai kos lagi.

6. Kakitangan Malaysia Airlines sendiri yang memandu keluarga ini ke lapangan terbang daripada hotel penginapan mereka. Sebaik tiba di lapangan terbang pada jam 1550 (3.50 petang), kakitangan Khidmat Lapangan Terbang sudahpun menyediakan kesemua dokumen bagi memastikan kemasukan segera. Seorang kakitangan lapangan turut dikhususkan bagi membantu keluarga ini melepasi pemeriksaan Imigresen dan Kastam.

7. Ini adalah penting kerana terdapat pertanyaan terhadap chop imigresen pada pasport mereka berikutan insiden sehari sebelum. Izan, bayinya Maryam dan keluarga menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH759 dan meninggalkan Saigon pada jam 1640 (4.40 petang).

8. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari berkata, "Kami merasa bangga kerana pasukan di Saigon memaparkan 100 peratus Malaysian Hospitality dalam situasi ini. Kemampuan pasukan ini bertindak melebihi tugas lazim mereka sangat dipuji."

9. "Ia juga sangat dipuji kerana pasukan yang sama tidak melanggar sebarang peraturan mengikut prosedur standard yang dipatuhi namun mampu melaksanakan tanggungjawab berlandaskan belas kasihan dan empati. Saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat mengendalikan kes ini," tambah Ahmad Jauhari.

10. Keselamatan semua penumpang adalah keutamaan Malaysia Airlines dan semua langkah-langkah diambil bagi membantu penumpang yang terkandas sambil memastikan kesihatan penumpang lain tidak berisiko.

SYABAS dan tahniah buat semua kakitangan MAS kerana anda sudah membuktikan semangat kenegaraan dan perikemanusiaan itu menjadi amalan dan tanggungjawab anda dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.

Malaysia Airlines terbang tiga kali sehari ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam jadi kepada mana-mana pihak yang mahu ke sana gunakan Malaysia Airlines.sumber 

Air Asia SUCKS !!!

MMI.

2 comments:

  1. Tahniah MAS.....!
    Mantapkan service MAS - firefly
    MAS BOLEH !

    ReplyDelete
  2. Saya memang yakin dgn servis MAS. MAS mengutamakan nilai perkhidmatannya dahulu, kemudian baru keuntungan. Keuntungan akan lupus jika perkhidmatan tidak baik. Selama saya menaiki MAS baik penerbangan domestik atau ke luar negara, saya tidak pernah menghadapi sebarang masalah. Dahulu saya pernah mengalami masalah dgn salah satu syarikat airline yg membuatkan saya bertukar kpd MAS. Syabas dan terima kasih kpd MAS yg telah membawa pulang Puan Izan Suhaila dan anaknya dgn selamat. Saya terharu dgn inisiatif, kesungguhan dan kerjasama yg MAS berikan kpd mereka. U are the Best!! Keep Up The Good Work!!

    ReplyDelete

Labels