Followers

Saturday 31 August 2013

Ugutan Terhadap Pemilik Pawagam SAMAN Ja !!

Pertama sekali melihat kepada surat di atas jelas ianya di keluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang dengan tujuan mengarahkan pihak atau pemilik pawagam di Pulau Pinang supaya menghentikan tayangan filem Tanda Putera.

Apa yang MMI lihat apabila surat-surat ini mula di edarkan maka sudah pasti satu bentuk arahan telah pun di keluarkan.

Ini membawa maksud Azman Bin Sirun Pengarah Bahagian Pelesenan bagi pihak MPPP telah pun menggunakan kuasanya untuk mengarahkan supaya filem Tanda Putera di hentikan dengan sebab ianya mengandungi babak-babak tertentu yang sensitif dengan masyarakat.

Walaupun tidak di nyatakan dalam surat tersebut bahawa pihak MPPP akan mengambil tindakan sekiranya pihak pawagam engkar dengan arahan tersebut ianya tetap menjadi satu ugutan kepada pemilik pawagam bila mana perenggan pertama surat tersebut di mulakan dengan SEPERTI YANG TUAN/PUAN SEDIA MAKLUM , LESEN PREMIS PAWAGAM DAN TEMPAT HIBURAN DI KELUARKAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG bla bla rujuk surat di atas.

Seterusnya satu arahan telah di berikan di perenggan kedua seperti berikut OLEH ITU PIHAK TUAN/PUAN DIARAH SUPAYA TIDAK MENAYANGKAN FILEM TANDA PUTERA DI PREMIS PAWAGAM TUAN/PUAN YANG TELAH DI JADUALKAN UNTUK TAYANGAN MULAI 29 OGOS 2013 bla bla rujuk surat di atas.

Kesan daripada surat ini maka seluruh pemilik pawagam di Pulau Pinang menghentikan tayangan filem tersebut dan memungkinkan mereka turut akan menerima tindakan daripada FINAS kerana mereka juga tertakluk di bawah syarat WAJIB tayang.

Soalnya di sini bukankah pemilik pawagam sudah pun terdedah kepada tindakan daripada pihak FINAS ? 

Dalam masa yang sama bukankah mereka sendiri telah diugut oleh pihak MPPP berdasarkan surat arahan tersebut ?

Bagaimana dengan kos dan keuntungan yang sepatutnya di raih oleh pengusaha pawagam terbabit sekiranya tayangan filem Tanda Putera di teruskan ? 

Pada pandangan MMI ini merupakan satu UGUTAN daripada pihak MPPP terhadap pemilik pawagam dan ianya di sebabkan kepentingan politik sehingga menjadikan rakyat sebagai mangsa keadaan.

Rasanya pemilik pawagam berhak untuk mengemukakan saman terhadap MPPP dan pihak terbabit , ianya bukan sahaja di atas alasan menggugut tetapi juga tuntutan malu kerana tiket yang telah di jual perlu dikembalikan semula wangnya kepada pembeli.

Apa pun MMI sekadar memberikan pendapat kerana yang perlu bertindak adalah pemilik dan pengusaha pawagam , terpulang !!

Psst ada satu kes ni langsung tak ada surat Klik Sini 

MMI  

1 comment:

  1. Jika payah, RTM ke Astro ke buat tayangan pacak lps xleh masuk panggung. Buat macam zaman dulu-dulu, bawa van penerangan tayang kat mana2 padang awam d ppinang..

    ReplyDelete

Labels