Followers

Friday 29 November 2013

NGO Islam SOKONG Muzakarah PAS & UMNO


Kepimpinan Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam (NGO) hari ini menyatakan sokongan usaha muzakarah dua parti politik yang mewakili orang Melayu-Islam iaitu Pas dan UMNO.

Pertemuan Khas Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di ibu negara yang melibatkan 32 pemimpin NGO Islam sebuat suara berpandangan bahawa tidak mustahil muzakarah Pas dan UMNO boleh berlaku.

Yang Dipertua Yadim, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang mempengerusikan pertemuam itu berkata, NGO Islam bersedia untuk.menjadi perantara bagi muzakarah tersebut.

"Ahli-ahli kedua-dua parti patut bersikap besar kita bukan mahu meleburkan identiti parti masing-masing. Suara NGO Islam adalah suara ahli akar umbi. Kita patut mengutamakan kepentingan Islam, Melayu dan negara," kata Dr. Asyraf Wajdi.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang turut hadir berkata, perkembagan postif muzakarah UMNO dan Pas telah diperlihatkan dalam pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob semalam.

"Perkara biasa jika ada yang tidak dapat menerima muzakarah UMNO dan Pas. Namun ini masalah ummah dan agama. Justeru perasaan peribadi dan retorik perlu ditolak.


Serentak itu, NGO Islam akan mengadakan seminar berkaitan muzakaran tersebut dalam masa terdekat dan Datuk Zaman Khan telah dilantik sebagai ketua pasukan bertindak untuk mengadakan seminar tersebut.

Sementara itu, NGO Islam turut melahirkan rasa curiga ke atas perlantikan 3 ahli Comango dalam Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).

"Kita menyokong penubuhan MPKN namun berasa gundah dan resah dengan perlantikan 3 ahli majlis yang terkilibat dengan Comango. 

"Sedangkan wakil NGO Islam hanya seorang iaitu Datuk Zainal Abidin Kadir," kata Dr. Asyraf Wajdi.

Menurut beliau, NGO Islam akan mengadakan satu seminar khas berkaitan MPKN dan resolusi akan dihantar kepada Najib.-UTUSAN ONLINE

Alhamdulillah inilah sebenarnya nadi kepada orang-orang Melayu dan Islam di Malaysia.Permuafakatan sesama NGO sebenarnya membuktikan kita punya kekuatan.Malah dengan kerajaan persekutuan di tangan kita MMI yakin kita mampu pertahankan apa yang menjadi hak kita.

Soal PAS mahu bersama UMNO atau tidak MMI serahkan kepada ahli-ahlinya untuk fikirkan sebab manusia sudah di kurniakan akal dan fikiran.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels