Followers

Friday 30 May 2014

#PRKTELUKINTAN Kempen Saat Akhir Guan Eng Mula Buat SEDIH


Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum para pengundi di Teluk Intan turun menunaikan tanggungjawab mereka memilih seorang wakil rakyat bagi mewakili mereka di peringkat Parlimen.Seperti biasa juga parti-parti politik yang bertanding akan cuba untuk menyelesaikan segala perkara khususnya yang melibatkan pengundi sebelum jam 12 tengah malam nanti.

Dalam kesibukan itu MMI mula mengesan taktik desperado yang sudah pun di mainkan oleh kem pembangkang.Kalau tak silap ianya sudah bermula sejak siang tadi kerana DAP tahu PRK Teluk Intan yang pada awalnya di lihat mereka sebagai lubuk emas bukan seperti mana yang di sangkakan.Kini setelah proses kempen di jalankan ternyata ia bukan seperti mana yang mereka sangkakan.

Tentangan sengit yang di berikan oleh Barisan Nasional melalui gerak kerja tersusun jenteranya benar-benar di rasai oleh kem DAP dan kerana itu Lim Guan Eng sendiri mengakui bahawa terdapat pengundi kaum cina yang menolak pencalonan Dyana Sofya sebagai wakil DAP.

Apa pun MMI nak ingatkan khususnya kepada jentera Barisan Nasional jangan sesekali leka dan termakan dengan umpan murahan lakonan Guan Eng itu kerana di sebalik kebimbangan mereka terdapat strategi licik untuk menagih undi simpati.

Petang tadi MMI mendapat perkhabaran bahawa berlaku kejadian balingan molokov koktail terhadap salah satu rumah jentera UMNO yang bertugas di Teluk Intan.Namun sejauh mana kesahihan maklumat tersebut MMI sendiri belum pasti , insyaallah MMI akan cuba dapatkan pencerahan untuk di muatkan di artikel yang selanjutnya.

Jika kejadian itu benar maka ia membuktikan parti lawan DAP juga sebenarnya risau dengan keadaan semasa.

Kepada pengundi di Teluk Intan , MMI ingin berpesan pilihlah calon Barisan Nasional Mah Siew Kong .. walaupun beliau bukan berbangsa Melayu tetapi beliau adalah sebahagian daripada pasukan dalam Barisan Nasional di mana UMNO yang menjadi terasnya.Malahan saudara-saudara ini kekal menghormati kontrak sosial yang telah di meterai sejak dulu. 

Berbeza dengan calon DAP , Dyana Sofya walaupun berbangsa Melayu beliau perlu akur kepada perjuangan DAP bersama Pakatan Haprak yang secara terang-terangan sudah pun menolak beberapa perkara yang menjadi kontroversi sebelum ini.Rasanya semua pihak sedia maklum dan keduanya bukan Dyana yang menentukan dasar partinya kerana DAP di pimpin oleh taiko-taiko daripada dinasti LIM dan sahabat-sahabat dinasti yang lain.

Kena fikir sikit brothers & sisters ..

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels