Followers

Friday 12 June 2015

ADUN Teluk Bahang Persoal Status Bukit Laksamana ! @jaharahamid @dzainalabidin

Gondol dan mengundang musibah ! 

Itulah situasi terkini yang sedang berlaku di salah satu kawasan di Balik Pulau hasil daripada kecekapan pengurusan kerajaan DAP sejak mentadbir negeri Pulau Pinang.

Dalam masa yang sama pengondolan Bukit Laksamana itu turut mendedahkan bahawa terdapat usaha untuk membina chalet yang sudah tentu lebih terarah kepada soal pelancongan sedangkan banyak pihak sedia maklum kerajaan DAP di Pulau Pinang masih lagi GAGAL untuk menyediakan rumah-rumah mampu milik kepada warganya.

Apakah yang sedang berlaku di Bukit Laksamana ?

Adakah kerajaan DAP benar-benar sedar dengan situasi yang berlaku atau dengan sengaja memekakkan telinga dan membutakan mata kerana ada agenda lain yang lebih penting ? 

Kerja mengondolkan tanah di Bukit Laksamana yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Empangan Teluk Bahang di sini, masih berjalan biarpun telah dibangkitkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah berkata, perkara itu bercanggah dengan kenyataan kerajaan negeri sebelum ini yang mendakwa sudah memberikan notis pemberhentian kerja tanah di kawasan terbabit kepada pemaju.

Lebih mengecewakan, tambah beliau, kawasan yang terjejas dengan aktiviti penggondolan itu juga semakin besar sehingga melibatkan tanah berkeluasan hampir 3.24 hektar.

“Kita tidak faham bagaimana kejadian ini boleh terus berlaku sedangkan kerajaan negeri memaklumkan tindakan telah diambil supaya kerja-kerja tanah di kawasan berkenaan dihentikan semasa sidang DUN lalu.

“Di mana (slogan) Cekap, Telus dan Akauntabilitinya (CAT) kerajaan negeri sehingga perkara serius membabitkan penggondolan tanah di kawasan tadahan air untuk rak­yat negeri ini boleh terus berlaku tanpa sebarang tindakan tegas?” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Shah Headan Ayoob membawa kira-kira 20 petugas media melawat kawasan di Bukit Laksamana yang kini giat digondolkan bagi tujuan yang dipercayai untuk membina 36 buah chalet oleh pihak yang tidak diketahui.

Dalam lawatan itu, sebahagian besar kawasan di Bukit Laksamana melalui jalan masuk di Kampung Bukit Kecil, Sungai Pinang di sini, terjejas teruk selepas berlaku aktiviti penarahan dan penggodolan yang dipercayai berjalan sejak hampir dua tahun lalu.

Malah, kawasan yang terjejas itu juga difahamkan berada di dalam kawasan tadahan air dan terletak tidak jauh dari Empangan Teluk Bahang di sini.

Sebelum ini, Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow memaklumkan notis pemberhentian kerja tanah di kawasan bukit terbabit telah dikeluarkan kerajaan negeri pada 9 April tahun lalu dan 12 Januari lalu.

Tambah Shah Headan Ayoob, pembangunan di kawasan tadahan air tidak sepatutnya dipandang remeh oleh kerajaan negeri dan tindakan segera perlu diambil bagi memastikan sumber air untuk masa depan rakyat negeri ini tidak terjejas.


Katanya, aktiviti penggondolan bukit itu turut menjejaskan kawasan tadahan air sehingga meng­akibatkan air berlumpur menyusuri Sungai Endoi yang merupakan sungai utama yang membekalkan air ke Empangan Teluk Bahang.

“Kita tidak mahu menuduh apa-apa dan perkara ini juga tidak bermotifkan politik sebaliknya demi masa depan rakyat. Kerajaan negeri harus memperjelaskan mengenai apa yang berlaku di Bukit Laksamana ini,” tegasnya.

Selain itu, Shah Headan Ayoob juga mempersoalkan tindakan berdiam diri Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berhubung isu tersebut sedangkan kawasan yang dibangunkan termasuk dalam kawasan tadahan air untuk Empangan Teluk Bahang.

“Sepatutnya kawasan di sekitar Bukit Laksamana ini digazetkan PBAPP sebagai kawasan tadahan air dan kesedaran perlu diberi kepada para pemilik tanah dan penduduk setempat bagi menjamin sumber air di negeri ini,” tegasnya. - UM 

Seperkara yang menjadi persoalan MMI adalah bagaimana perkara ini boleh berlaku dan kenapa ada semacam sikap lepas tangan ? Lebih penting sekali apabila ia melibatkan kawasan tadahan air yang kita tahu menjadi keperluan asas kepada semua penduduk ?

Bukit boleh di botakkan untuk pembinaan chalet tapi tanah tak pernah cukup untuk bina rumah mampu milik ? Tahap kebersihan kawasan tadahan air semacam tak diambil kisah tapi surcaj air kepada pengguna dah naik !

Sendiri fikir !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels