Followers

Friday 26 June 2015

DIVIDE & RULE Perangkap Licik DAP Mengena !

Beginilah suasana dan keadaannya apabila 3 pihak yang mewakili ideologi politik peribadi atau parti mengaku bersama dan sependapat.

Kehadiran mereka yang mengaku daripada PKR , DAP dan G18 itu sebenarnya merupakan platform awal kononnya untuk membentuk pakatan pembangkang yang baru selepas pemimpin PAS pro DAP ditolak dalam muktamar PAS baru-baru ini.

Malahan Teresa Kok turut melahirkan rasa gembiranya dengan pertemuan terbabit walaupun rasa gembiranya itu agak pelik kerana disusuli dengan rasa hairan.Hairan kerana beliau berpendapat begitu ramai sekali pemimpin progresif dalam PAS bersatu padu !

Maka bertempik soraklah para pimpinan progresif PAS tadi walaupun hakikatnya mereka sekali lagi sedang diperangkap oleh DAP.Realitinya apa yang sedang berlaku adalah kumpulan pro DAP dari PAS ini sedang berdepan dengan situasi terburuk dalam sejarah politik mereka.

Ideologi yang selama ini cuba dipupuk dikalangan ahli PAS tidak lagi diterima apabila kumpulan pro ulama bangkit dan mempertahankan parti itu daripada terus-terusan diliwat oleh sebahagian besar pemimpin PAS yang sudah mula berubah kiblat politiknya.

Malahan jolokan PROGRESIF terhadap kumpulan yang mengaku G18 ini sebenarnya hanyalah sebagai perencah penyedap ramuan politik kerana hakikat sebenar mereka adalah mangsa kepada ketaksuban ideologi politik DAP yang lebih mementingkan kedudukan dan kuasa daripada prinsip dan nilai perjuangan sebelum ini.

Dalam pada itu seluruh pemimpin PAS seharusnya sedar bahawa parti itu sebenarnya telah melakukan satu kesilapan paling besar dalam sejarah politiknya di tanahair.Bersetuju untuk bersama Pakatan Rakyat merupakan satu keputusan yang telah membawa musibah besar bukan sahaja kepada lanskap politik orang Melayu tetapi juga kepada parti PAS itu sendiri.

Kesannya cukup memalukan sehingga PAS sudah sampai ke tahap menjadi PENCACAI kepada PKR dan DAP ! Lihat sahaja apa yang berlaku dengan saf kepimpinan PAS di Pulau Pinang ianya begitu jelas memperlihatkan kepada kita berlakunya jurang tahap kasta politik antara DAP , PKR dan PAS sehingga PAS dan PKR hanya mampu menjadi pak angguk.

Siapa yang berkuasa ?


Antara yang terawal bersiap sedia atau di sediakan adalah PASMA dan kini muncul pula G18 malah belum pun apa-apa dimaklumkan pula kedua-dua kumpulan ini sudah pun berbalah ! 
PETALING JAYA: Belumpun tubuh parti baru bagi menggantikan Pas dalam Pakatan 2.0, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dan kumpulan G18 (liberal Pas) sudah tidak sefahaman. “Pergaduhan’ mula tercetus apabila Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin mendakwa PasMa tidak mempunyai daya tarikan yang cukup dengan akar umbi untuk memimpin sebuah parti baru. Berang dengan kenyataan itu, Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, sikap G18 yang memandang remeh terhadap orang lain menjadi punca kumpulan itu kalah dalam Pemilihan Pas baru-baru ini. Baca Seterusnya 
Tidak cukup dengan itu , kesan daripada apa yang berlaku dalam muktamar PAS baru-baru ini maka kita dapat melihat bagaimana PAS kini sedang berdepan dengan perpecahan yang secara jelas telah dirancang oleh mereka-mereka yang gagal dan tewas dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.

Namun realitinya kelompok Melayu dalam PAS itu telah TEWAS di tangan permainan politik DAP yang jauh lebbih bijak dan telah berjaya merobohkan benteng kekuatan Melayu sama ada dari kalangan PKR mahupun PAS sendiri. 

Perangkap DAP !

Blogger MiM menulis ... Sebelum ini MiM mengutarakan grand plan DAP apabila parti itu mengutuk dan menghina Presiden PAS tanpa belas kesihan. Malah, DAP bernafsu besar meneruskan tindakan mereka tatkala PAS bakal mengadakan Muktamar PAS yang akan menentukan kepimpinan baru parti tersebut.  

Kita tentu hairan kerana tindakan DAP itu sudah tentu memberi impak dan menjejaskan peluang pemimpin-pemimpin PAS yang tidak sebulu dengan Abdul Hadi Awang tetapi mesra-DAP.

Abdul Hadi Awang diserang bertali arus hingga wujud sentimen benci DAP dan sekutunya dalam PAS hingga berlaku tsunami politik yang menjatuhkan pemimpin-pemimpin PAS yang mesra-DAP itu.

Ironinya, dengan segala bukti didepan mata, mereka tidak marahkan DAP apabila kalah dan ditendang keluar dari kepimpinan PAS Pusat. Sebaliknya mereka menggunakan teknik lumrah murahan Pembangkang iaitu menyalahkan UMNO padahal mereka sendiri tahu bahawa UMNO tiada kena mengena dengan kekalahan mereka. 

Maka berpecahlah parti PAS kepada 3 puak yang nyata iaitu PAS ulama, PasMa dan G18. Inikah intipati grand plan DAP yang sebenarnya iaitu divide and rule atau pecah dan perintah? 

Dan DAP telah berjaya tanpa PAS tahu mereka telah diperangkap dalam percaturan politik licik rakan politik mereka sendiri. 

MiM telah memberi amaran awal tentang kemungkinan yang bakal berlaku ini. Dan sekarang, pengaruh PAS semakin mengecil manakala PasMa dan G18 tentu akan berebut untuk mendapat perhatian DAP, satu terminologi mudah politik bahawa DAP now is in control.

Dan apabila serpihan PAS ini berada di dalam genggaman DAP, maka mudahlah parti chauvinis ini meluaskan pengaruh politiknya. Terutamanya di kalangan kaum Melayu, satu kaum yang sebelum ini sangat sukar (dan diharapkan tetap sukar) untuk ditembusi DAP kerana sejarah hitam DAP yang bersikap subversif dan sangat kurang ajar menghina teruk Melayu dan hak-haknya.

Sekarang DAP mempunyai 2 puak yang dalamnya terdiri daripada golongan 'islamik' ala-PAS. Bukan 1 tetapi 2! How convenient is that!

Akhirnya, pihak yang mempunyai bargaining power yang kuat sudah tentu parti DAP dan bukan PasMa atau pun G18!

Dan sehingga ke saat ini, 2 puak ini dan PAS masih tidak tahu bahawa mereka sebenarnya hasil percaturan politik DAP? Another….how convenient is that!

Persoalannya, takkan PAS, PKR, PasMa dan G18 tidak dapat menelaah percaturan politik parti DAP ini? Apakah mereka sanggup terjebak dan diperkudakan hanya kerana jawatan dan pangkat?

Dan jika PAS, PKR, PasMa dan G18 dapat mempertimbangkan perkara ini dan berfikir rasional, fokus, logik dan terang, pihak yang sepatutnya menjadi musuh politik mereka sekarang ialah parti DAP. Full stop. -Dr MiM   

Secara tersuratnya pasti ramai akan melihat inilah kesan yang harus diterima oleh PAS dan pimpinannya kerana silap percaturan politik.Sikap ego dan dendam yang selama ini menyelubungi sifat pimpinan PAS akhirnya membawa parti itu kepada rebah sehingga terpaksa berdepan dengan perpecahan.

Namun yang tersiratnya DAP berjaya memecah-belahkan umat Melayu kerana mereka tahu Melayu tidak akan punya kekuatan sekiranya mereka tidak bersatu !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels