Followers

Friday 15 July 2016

Dances With Wolves Alahai Tun M ...

MMI sendiri tidak menjangka Tun M akan bertindak sampai ke tahap ini !

Tidak terlintas di fikiran Tun M akan menjadi antara pelopor kepada pembentukan kumpulan pembangkang baru seterusnya menamatkan riwayat Pakatan Haprak yang baru sahaja dibentuk menggantikan Pakatan Rakyat.

Dalam masa yang sama tak perlu kita persoalkan tentang motif tindakan tersebut kerana semua pihak sedia maklum keputusan tersebut dibuat apabila momentum Deklarasi Rakyat dilihat GAGAL untuk mencipta gelombang politik yang membolehkan hasrat kumpulan ini menumbangkan Datuk Seri Najib tercapai.

Malahan cubaan terbaru ini akan mendapat "injection" khas bagi menarik perhatian ramai apabila Tun M turut sama akan menubuhkan parti baru yang kini sedang diviralkan.
PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan satu pakatan parti pembangkang yang melibatkan sebuah parti baharu, PKR, DAP dan Amanah akan ditubuhkan untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.
Antara individu yang dikatakan berminat berhubung pembentukan parti baharu itu termasuk bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas naib presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.Seterusnya 
Sesuatu yang pasti , secara tidak langsung Pakatan Haprak akan TERBUBAR dengan sendirinya dan semestinya kedudukan Wan Azizah sebagai Ketua Pakatan Haprak akan turut sama terjejas.

Berdasarkan kepada perbincangan sebelum itu dan permainan licik para bekas dan ahli politik yang terlibat , tidak mustahil apa yang bakal berlaku ini merupakan sebahagian daripada agenda DAP dengan kerjasama Tun M untuk tidak lagi menjadikan Wan Azizah sebagai Ketua Pakatan Pembangkang memandangkan kehadirannya sebelum ini hanyalah sekadar melengkapkan senarai Ahli Jawatankuasa sahaja.

Justeru itu terlintas difikiran MMI , apakah ada usaha tertentu untuk melenyapkan legasi Anwar Ibrahim dalam pakatan pembangkang hari ini ?

MMI akan mengulas di artikel yang lain , cumanya dalam mengikuti perkembangan ini MMI melihat betapa kedudukan dan peranan Tun M itu akan menyebabkan reputasinya akan jauh lebih terjejas.

Tahukah Tun M dengan siapa beliau bersama hari ini ?

Dances with Wolves alahai Tun M .....

MMI

5 comments:

  1. Tak perlulah dok buat2 tanya dengan siapa Tun bersama hari ini??....Tun lebih dari tahu....apabila keikhlasan tidak dihargai manusia akan bertindak diluar kawalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikhlas tang mana tu anon oiii... ikhlas utk YTL, Amanda dan lain-lain kroni ke?

      Delete
    2. Nnt Tun akan ckp dgn seikhlasnya, sy rela mkn babi dgn lim kit sial dr mkn nasi dgn najib

      Delete
  2. Mahathir cuma merancang tp Allah sebaik baik perancangan..

    ReplyDelete
  3. Ada hikmah.. tq mahathir
    1. Kita nampak siapa mahathir sebenarnya
    2. Pembangkang berpecah dgn sendiri

    ReplyDelete

Labels