Followers

Thursday 26 January 2017

Kenapa DAP Tangguh Pula Projek Dengan Nilai Berbilion Ringgit ????

 

Hebat ! Memang hebat sekali perancangan puak-puak cauvinis ni , boleh dikatakan semua perancangan kerajaan DAP Pulau Pinang adalah terdiri daripada projek-projek mega.Dan kalau diikutkan kepada ke semua projek-projek itu maka Pulau Pinang bukan sahaja bakal menjadi sebuah kota metropolitan tetapi berubah wajah dengan pelbagai perubahan yang boleh menjadikan negeri di utara tanahair ini sama taraf dengan Kuala Lumpur dan Selangor.

Namun dari pengamatan MMI , perubahan yang diimpikan itu langsung tidak berlaku sebaliknya projek-projek itu dilihat lebih kepada menampakkan kelemahan atau ketidakseimbangan perancangan kerajaan negeri khususnya dalam menangani permintaan rakyat.

Kerajaan DAP Pulau Pinang lebih terarah untuk melaksanakan projek mewah dan mega daripada menyediakan projek-projek berjiwa rakyat !

Bayangkan hampir 2 penggal DAP mentadbir Pulau Pinang , pembinaan rumah-rumah kediaman mampu milik bukanlah keutamaan mereka walaupun ianya adalah tuntutan daripada rakyat Pulau Pinang sendiri.

Siapa jua yang pernah menjejakkan kaki ke Pulau Pinang pasti akan dapat melihat bagaimana ketidakseimbangan itu berlaku.Bagi mereka yang menggunakan jambatan Pulau Pinang , pastinya pernah melihat apa yang berada di pintu masuk ke pulau terbabit.

Sebuah apartment mewah di pinggir jambatan hasil daripada tambakan tanah dengan nilai mencecah jutaan ringgit !

Agak-agak siapa yang menghuni apartment terbabit ?

Warga Pulau Pinang yang bergaji sekitar RM3000 ke RM5000 ? Kalau bukan mereka , siapa ?

Percayalah DAP hanya menjadikan bumi Pulau Pinang sebagai lubuk untuk menuai hasil bukan menjadikan negeri tersebut sebagai ladang yang boleh menjamin keuntungan yang boleh dibahagi-bahagikan sesama rakyatnya.

Jika tidak kerana sokongan daripada kerajaan persekutuan , Pulau Pinang rasanya sudah pasti menjadi padang jarak padang terkukur tanpa apa-apa kemudahan yang boleh menjamin kehadiran pelabur.

Sebab itulah MMI katakan kelemahan DAP mentadbir Pulau Pinang jelas dan kini mereka semakin tertekan dengan ego mereka sendiri.

Kegagalan demi kegagalan sudah pun dipertontonkan kepada rakyat ...

Terowong halimunan , dusta jambatan ketiga , tambakan laut dan pembangunannya yang turut sama ditangguhkan , pembangunan Pulau Jerejak yang menjadi pertikaian , penantian janji politik tentang pembinaan pusat kesihatan di tanah Taman Manggis dan banyak lagi perkara-perkara lain rasanya cukup untuk menyedarkan umum betapa penggerak , penyokong dan pendokong puak-puak cauvinis ini hanyalah berdusta selain melacurkan hak penduduk Pulau Pinang !

MMI yakin ramai yang dah sedar tentang satu lagi projek besar di Pulau Pinang yang baru sahaja ditangguhkan oleh kerajaan negeri di bawah DAP.

Projek Penang International Technology Park (PITP) dan Business Processing Outsourcing Prime (BPO Prime) mencecah RM11.3 bilion itu sebelum ini diwar-warkan sebagai projek berimpak tinggi kononnya bakal memberikan pulangan yang terbaik bukan sahaja kepada negeri Pulau Pinang tetapi juga seluruh warganya.

Kenapa tangguh ?????

Berita penangguhan ini telah mendapat maklum balas daripada Datuk Seri Zainal Abidin Osman selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.

Kenyataan yang berdasarkan kepada laporan daripada TheEdgeMarkets (http://www.theedgemarkets.com/my/article/penang-property-projects-worth-rm113b-hold) itu menyebut ;

2. Menurut laporan artikel berkenaan projek ini ditangguhkan untuk satu tempoh yang tidak dapat dinyatakan dengan alasan kekurangan permintaan untuk "high quality condominium'.

3. Pertama, alasan yang diberikan agak menghairankan kerana projek BPO dan PITP ini sepatutnya dibangunkan dengan tujuan utama sebagai hub perniagaan untuk “business outsourcing” dan bukannya satu projek pembinaan perumahan atau condominium mewah.

4. Kedua, cadangan pembangunan BPO Prime dan PITP mensasarkan pelabur-pelabur dari luar negara untuk melabur di Pulau Pinang dan BPO Prime dan PITP dirancang untuk memberi kemudahan kepada mereka untuk “work, live and play” di situ. Permintaan tempatan untuk “kondo mewah” seharusnya tidak memberi kesan kepada projek ini kerana sasaran kelompok pembeli-pembeli yang berbeza.

5. Pada 2014, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Temasek Holding Pvt Ltd menandatangani Perjanjian Persefahaman untuk membangunkan BPO dan PITP ini di mana Economic Development Innovations Singapore Pte Ltd (EDIS) akan bertindak sebagai pengurusa utama projek. Semasa majlis menandatangani perjanjian persefahaman tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang telah dilaporkan berkata BPO Prime adalah projek kepentingan tinggi dan adalah sebahagian pelan Kerajaan Negeri untuk merubah Pulau Pinang kepada hub “outsourcing” antarabangsa; dan Kerajaan Pulau Pinang berharap untuk menarik lebih banyak pelabur-pelabur antarabangsa ke Pulau pinang.

6. Penangguhan perlaksanaan projek tersebut untuk satu tempoh masa yang tidak ditentukan atau “postponed indefinitely” boleh juga dianggap sebagai membatalkan hasrat untuk meneruskan projek. Pengunduran atau penarikan diri Temasek Holdings, sebuah syarikat pelaburan dari Singapura dari meneruskan pelaburan di Pulau Pinang merupakan tamparan hebat kepada Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agong DAP.

7. Justeru itu, saya meminta pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjelaskan samada penangguhan ini berlaku kerana terdapatnya bekalan berlebihan (over-supply) unit-unit perumahan mewah di Pulau Pinang ataupun kerana pelabur-pelabur sudah hilang keyakinan untuk meneruskan pelaburan mereka di Pulau Pinang ataupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah gagal untuk menarik pelabur-pelabur antarabangsa untuk membuat pelaburan di Pulau Pinang?

Lim Guan Eng perlu menjawab dan mengakui kelemahan pentadbirannya di Pulau Pinang !

Apa yang berlaku ini adalah bukti betapa kerakusan dan sikap pentingkan diri menjadi amalan kerajaan negeri yang mengaku mengamalkan prinsip Cekap , Akauntibiliti dan Telus.

Prinsip CAT itu hanyalah gula-gula untuk mencuri sokongan rakyat sedang realitinya DAP langsung tidak bersikap sedemikian.

Mana mungkin sebuah kerajaan negeri yang mengaku hebat melebihi kerajaan persekutuan boleh menangguhkan projek sebegitu penting ?

Alasan kekurangan permintaan selain menyimpang ( tujuan utama sebagai hub perniagaan untuk “business outsourcing” dan bukannya satu projek pembinaan perumahan atau condominium mewah ) daripada sasaran projek itu sendiri sebenarnya menjadi petanda aras betapa perancangan yang dibuat oleh seluruh pasukan DAP cauvinis ini tidak berpandukan kepada kepakaran dan penelitian secara profesional.

Mereka langsung tidak bertanggungjawab !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels