Followers

Tuesday 3 October 2017

Masa Suka JILAT Bila Kena Batang Hidung MONYET



Resam puak-puak macai di Malaysia ni kita dah boleh baca , kalau ada perkara yang dilihat boleh menguntungkan diri dan parti maka berbondong-bondonglah pujian dan segala macam punya "UP" sanggup dilakukan.

Selagi mana perlakuan itu boleh mendatangkan pulangan serta mendapat perhatian dari rakyat maka tanpa segan silulah mereka akan turun menyatakan sokongan bagai hingga sanggup menawarkan diri jadi barisan pertahanan.

Kononnya tanggungjawab mereka untuk pertahankan institusi sedang hakikat sebenar mereka lebih banyak berpura-pura dan bermuka-muka.

Pasti ramai yang masih ingat bagaimana satu ketika dulu berkobar-kobarnya puak-puak pembangkang nak pertahankan SPRM tapi selepas kena batang hidung sendiri lain pula jadinya.

Bukan setakat tak mengotakan janji mereka , di hina pula SPRM sebagai MONYET !

Apa hal ???

Dan kalau kita perhatikan puak-puak pembangkang khususnya DAP ni dah banyak kali menghina pihak-pihak yang dilihat tidak menyebelahi mereka.

Termasuklah nak mengurangkan penjawat awam dan Guan Eng pun pernah menghina orang Melayu sebagai penyebab kepada ketidakupayaan para penjawat awam memenuhi kpi tugas-tugas mereka.

Bangsa lain tu bagus sangat ker beb ?

Rasanya kalau kita tengok adab pemimpin DAP sendiri pun kita dah boleh dapat gambaran macam mana punya biadap dan kurang ajar puak-puak ni.

Lim Guan Eng sendiri pun sebenarnya bukanlah baik mana pun , Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP ni bukan sahaja terlibat dengan pertuduhan rasuah tetapi juga gagal mentadbir Pulau Pinang dengan baik.

Dengan projek-projek yang tidak punya perancangan teliti sehingga mengakibatkan pelbagai kesan terhadap penduduk dan alam sekitar sehinggalah kepada permasalahan banjir kilat yang kini membelenggu para penduduk pada setiap kali berlakunya banjir , kita juga boleh menyatakan bahawa punca kepada segala macam yang berlaku di Pulau Pinang ini adalah disebabkan oleh orang Cina yang tak reti dan punya kebolehan mentadbir !

Boleh macam tu ? Orang cina boleh terima ka ?

Itu MMI belum sentuh bab menipu lagi ! Projek terowong misalnya apa yang Guan Eng buat ? Kementerian pun tak dimaklumkan malah tak ada sebarang tindakan profesional yang dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang , yang ada tuding jari dan SPIN SPIN SPIN !

Sebab itulah MMI bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Setiawangsa , Datuk Ahmad Fauzi Zahari apabila beliau berkata , sudah sampai masanya penjawat awam ‘mengajar’ Dap bahawa kuasa rakyat adalah jauh lebih besar daripada wakil rakyat.

Jelas beliau, tindakan Dap yang sering menghina penjawat awam sudah pasti mencalar maruah mereka dan pilihan raya adalah medan terbaik untuk mengajar Dap agar jangan terlalu biadap dan mendongak ke langit.

“Ini bukan pertama kali pemimpin Dap menghina penjawat awam. Maruah penjawat awam diinjak-injak seakan mereka langsung tidak memberi sebarang makna sedangkan sudah pasti ada penjawat awam yang mengundi mereka pada setiap pilihan raya.

“Oleh itu, saya berharap dengan kejadian demi kejadian penghinaan ini akan membuka mata mereka untuk menilai siapakah sebenarnya yang sering menghargai penjawat awam.

Terang Fauzi, sikap pembangkang ini juga sebenarnya mencerminkan keperibadian pembangkang yang angkuh dan lupa daratan.

Ini jelas jauh berbeza dengan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa menghargai penjawat awam dan ianya terbukti dengan pelbagai insentif yang diberikan kepada penjawat awam.

“Kita dapat lihat, setiap kali pembentangan bajet pasti ada insentif untuk penjawat awam malah bekas penjawat awam juga tidak dilupakan.

“Segala kebajikan penjawat awam dijaga dengan baik. Oleh itu saya menyeru agar penjawat awam membuka mata dan menilai dengan matang pihak manakah sebenarnya hanya bermain drama… mencari penjawat awam bila perlu sahaja.

“Bagi saya Dap sebenarnya adalah anti penjawat awam,” ulasnya lagi.

Baru-baru ini, Lim Kit Siang dilapor menggelar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebagai ‘monyet’

Lim membidas ketua pesuruhjaya itu dengan mengatakan semua mata turut memerhatikan suruhanjaya tersebut dan sama ada Dzulkifli dapat memimpin badan antirasuah yang bersih.

Lim dipetik sebagai berkata Dzulkifli harus menyedari bahawa jika beliau (Dzulkifli) bertindak seperti “monyet yang mempunyai mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar dan ada mulut tetapi tidak berbicara” mengenai skandal 1MDB, beliau akan menjadikan SPRM sebagai agensi anti-rasuah kleptokratik pertama di dunia.

Untuk rekod, sebelum ini salah seorang pemimpin pembangkang pernah membuat kenyataan menyifatkan penjawat awam sebagai kucing kurap dan mahu mengurangkan penjawat awam sekiranya Dap memerintah negara.

MMI yakin ramai yang nampak semua ni cuma ada lagi dikalangan kita yang sebenarnya sedang berperang dengan kecelaruan emosi , menolak dasar pembangkang tetapi marah dan berdendam dengan kerajaan BN atas sebab-sebab yang samar .. 

Akhirnya membuat pilihan sumbang dengan menyokong DAP serta konco-konconya walaupun hakikat sebenar mereka percaya Pakatan Haprak bukanlah pasukan terbaik untuk memastikan survival generasi selepas mereka terbela.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels