Followers

Tuesday 3 October 2017

Selepas Sampah , Penentang Pesta Arak Di Label Otak Udang , LABEL Apa Lagi Lepas Ni ?


Kalau benar DAP dan suku-sakatnya hormat kepada Perlembagaan Persekutuan maka sudah tentu isu membabitkan pesta arak tidak akan berpanjangan.

MMI percaya ramai dari warga Malaysia sedar bahawa warga Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.Oleh kerana itu maka sudah tentulah kepelbagaian budaya dan cara hidup setiap kaum berbeza di antara satu sama lain.

Termasuklah dalam bab minum arak ni ! Tak ada sesiapa pun yang menafikan bahawa arak ada di Malaysia termasuklah di bumi Kelantan sendiri sejak lama dahulu.Bergaduhlah macam mana pun arak tetap ada dan ianya tidak pernah dihalang kerana menghormati kaum lain.

Namun atas dasar perpaduan maka ada undang-undang yang membolehkan arak di jual dan ianya mestilah di premis yang jelas menyatakan ada penjualan arak disitu.

Tak ada hal pun beb .. cumanya orang Islam tak boleh mendekati arak dan ia jelas adalah hukum yang termaktub dan perlu dipatuhi oleh penganut agama Islam.Agama lain MMI tak nak sentuh sebab itu agama mereka dan buatlah cara mereka tetapi biarlah kebebasan yang sebegitu diterima dengan satu rasa hormat terhadap orang-orang Islam apatah lagi Islam merupakan agama RASMI negara.

Susah sangat ker ????

Yang menjadi isunya adalah apabila ada pihak-pihak tertentu yang mula melebih-lebih dan langsung tak memikirkan SENSITIVITI masyarakat Islam sedangkan orang Islam sudah cukup bertoleransi dengan bukan Islam selama ini.

Bercambah pusat hiburan yang menyediakan arak dan tak perlu MMI senaraikan satu-satu tetapi apabila sampai ke tahap mahu menganjurkan PESTA ARAK secara besar-besaran dengan promosi terbuka sebegitu ianya sudah sampai ke tahap MELAMPAU sebenarnya.

Dan pihak-pihak yang terlibat pun sewajarnya memahami hal ini apatah lagi DAP yang mengangguk malu sewaktu Tun Mahathir puji parti cauvinis itu sebagai begitu menghormati Islam.

Yang berlaku kemudiannya adalah sebaliknya , puak DAP pula yang mula melalak siap menyindir bahkan menjadikan kebebasan serta hak kaum lain sebagai senjata untuk menghalalkan cara.

Tak cukup dengan itu dilabelkan pula mereka-mereka yang menentang penganjuran pesta arak itu sebagai OTAK UDANG dan OTAK KURANG UPAYA.

Pendedahan yang dibuat oleh seorang Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) dari parti PAS , Mohd. Prasad Hanif berkata lima Ahli Majlis PAS yang menentang penganjuran pesta arak dituduh sebagai “otak udang” dan “otak kurang upaya.

Namun, kata Mohd. Prasad apabila majoriti rakyat mengetahui Ahli Majlis DAP dan PKR menyokong pesta arak itu, dan menimbulkan bantahan umum, kesemua Ahli Majlis daripada kedua-dua parti telah melakukan ‘pusingan u’.

“Dalam mesyuarat MPK, bukan main Ahli Majlis DAP kata mereka yang bantah “otak udang” dan “otak kurang upaya”.

“Bila rakyat tahu mereka menyokong, nak u-turn pula. Politik longkang,”kata Mohd Prasad dalam Facebook


Beginilah keadaannya apabila parti-parti yang bersekongkol dalam Pakatan Haprak dijinakkan oleh DAP sehingga terpaksa mengikut apa jua keputusan yang dibuat oleh parti cauvinis tersebut.

Sesuatu yang pasti apakah motif usaha DAP dan konco-konco mereka yang begitu bersungguh-sungguh untuk menjayakan pesta arak ini sedangkan pihak PDRM melalui Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mazelan Paijan sudah pun mengesahkan bahawa mereka menerima arahan supaya menyekat sebarang penganjuran pesta arak.

“Pihak saya tidak membenarkan seperti arahan yang dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini supaya polis memastikan tiada sebarang pesta arak dianjurkan,” katanya.

Dan sehingga kini, polis belum menerima sebarang surat permohonan daripada pihak penganjur.

MMI turut mengambil kira pandangan wakil bukan Islam dari pihak kerajaan BN , dalam hal ini walaupun mereka juga terdiri dari kumpulan yang tidak punya masalah dengan arak tetapi memilih untuk menerima keputusan menolak penganjuran pesta arak sebegini setelah meneliti kesannya.


MCA menerima dan menghormati keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menolak permohonan penganjuran 'Better Beer Festival 2017’ atas faktor keselamatan.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pada mulanya agak sukar baginya menerima keputusan terbabit, dan membangkitkan isu berkenaan dalam mesyuarat Kabinet hari ini untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

"Saya dimaklumkan keputusan itu dibuat atas faktor keselamatan seperti yang dinasihatkan oleh pihak polis, jadi kita menerima pandangan daripada polis untuk memastikan apa sahaja program perlu mengambil kira faktor keselamatan.

"Saya berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan berpendapat pandangan itu perlu dihormati kerana pihak polis dan berkuasa yang perlu memastikan keselamatan semua orang," katanya. Baca SINI

Walaupun penganjuran itu telah diubah ke Selangor dengan penerimaan Menteri Besar yang beragama Islam selain syarat-syarat termasuk melarang kemasukan umat Islam ke kawasan pesta arak , mendapat permit atau kelulusan dari pihak lain seperti pejabat tanah, Jabatan Kastam dan polis , hakikatnya tindak-tanduk puak-puak DAP yang begitu angkuh mempertahankan penganjuran itu boleh kita rumuskan sebagai beragenda jahat.

Mereka secara sedar telah pun menghina orang Islam dengan melabel pihak yang menentang sebagai OTAK UDANG dan OTAK KURANG UPAYA !

Bukankah ianya merupakan satu penghinaan terhadap ke semua masyarakat Islam yang sudah tentu menolak dan menentang penganjuran pesta sebegini ?

MMI sarankan supaya seluruh masyarakat Islam di seluruh negara supaya segera bangkit dan mendesak puak-puak DAP ini supaya menarik balik kenyataan mereka terhadap orang Islam dan pihak berkuasa perlu segera mengambil tindakan terhadap tindakan mereka kerana ianya sudah sampai ke tahap menghina orang-orang Islam !!!!

Jika sebelum ini Melayu yang telah di DAPkan sudah melabel Melayu yang lain sebagai SAMPAH , kini puak-puak cina cauvinis DAP pula melabel orang Melayu dan Islam sebagai OTAK UDANG dan OTAK KURANG UPAYA !

MMI kata jika kita membiarkan perlakuan yang sebegini , apakah kita sudah bersedia untuk menerima gelaran-gelaran hina yang lain selepas ini ????

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels