Followers

Tuesday 19 December 2017

Kit Siang PM ? Pakatan Haprak Mesti Di Tolak !


Desas desus yang mengatakan Kit Siang bakal dipilih sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haprak menang pada PRU14 telah mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai lapisan masyarakat.

Ada pihak yang terima tanpa banyak soal, ada pihak yang langsung tak ambil tahu, ada pihak yang was-was dengan pemimpin dan parti ini dan ada pihak yang jelas menolak sama sekali keputusan sedemikian kerana sejarah dan dasar parti DAP itu sendiri.

MMI seperti yang semua sedia maklum pastinya menolak sama sekali bukan sahaja Kit Siang tetapi juga seluruh gerombolan pembangkang untuk mengisi jawatan utama negara itu kerana kehadiran pembangkang sejak 2008 yang lalu bukan atas tiket politik matang sebaliknya mereka telah membuktikan pendekatan primitif menjadi amalan seharian.

Tindakan mereka yang suka bercakap besar dan menyerang pemimpin negara sehingga membawa ancaman kepada kedudukan negara adalah sesautu yang diluar amalan seorang ahli politik.

Rata-rata dalam mana-mana negara didunia ini, pendekatan sedemikian sebenarnya tidak diterima oleh masyarakat apatah lagi bagi masyarakat yang punya nilai serta hidup dalam tamadun moden.

Tindakan pembangkang bolehlah MMI samakan dengan amalan primitif kerana mereka secara membuta-tuli akan bersekongkol dan menyokong apa jua tindakan politik yang dilihat boleh memberikan keuntungan kepada mereka waima tindakan itu menyimpang sama sekali daripda amalan seorang ahli politik.

Menyerang karektor pemimpin, membuat tuduhan dan dakwaan bersifat fitnah serta berdiam diri tatkala satu-satu isu melampau diketengahkan adalah bukti betapa sikap primitif ini menjadi amalan kalangan mereka yang lebih terarah untuk melihat kerajaan dijatuhkan dengan apa jua cara sekalipun.

DAP dan kuncu-kuncu dalam Pakatan Haprak tidak pernah teragak-agak untuk menyokong gerakan jalanan melampau walaupun mereka tahu tindakan seumpama itu secara tidak langsung telah menidakkan proses demokrasi dalam negara.

Atas apa jua alasan sekalipun, MMI percaya DAP dan kuncu-kuncunya sanggup melakukan apa sahaja asalkan impian mereka tercapai dan tindakan sebegini amat berbahaya kepada mana-mana institusi sekalipun termasuklah dalam soal bangsa dan agama.

Kita bukan berbicara soal agama Islam dan bangsa Melayu semata-mata kerana satu kesilapan sahaja akan mengundang musibah kepada seluruh rakyat tanpa mengira kedudukan agama dan bangsa lain sekalipun.

Malah Lim Guan Eng sudah pun membidas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai hanya kerana pemimpin itu menyatakan Kit Siang bakal menghancurkan negara sekiranya dilantik sebagai PM !

Percaya atau tidak kenyataan itu dibuat oleh Presiden MCA berdasarkan kepada pemerhatiannya serta sikap pemimpin DAP yang lebih terarah kepada mengutamakan agenda peribadi dan mengejar kuasa.Baca SINI

Ini soal prinsip beb bukan soal bangsa semata-mata seperti mana yang dibebelkan oleh Lim Guan Eng !

Guan Eng dalam kenyataan menuduh Presiden MCA memalukan kaum Cina apabila turut bersama-sama UMNO dan PAS memperbesarkan isu DAP bakal menjadi Perdana Menteri (PM) sekiranya Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya pada PRU 14.

Guan Eng mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Tiong Lai menyerupai kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disifatkannya sebagai kenyataan perkauman yang akan memecahbelahkan rakyat di negara ini.

“Saya mengecam Tiong Lai kerana bersama-sama Abdul Hadi yang menuduh bahawa Lim Kit Siang (Penasihat DAP) akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Harapan menang PRU14 nanti.

Jelas sekali kalau kita amati kenyataan Guan Eng, ia secara terus telah membangkitkan isu perkauman sedangkan Presiden MCA membuat kenyataan berdasarkan kepada realiti politik yag berlaku dalam parti DAP dan pembangkang.

Malah Presiden MCA telah membuktikan bahawa tidak ada sebarang unsur perkauman yang diamalkan dalam Barisan Nasional apabila menolak rangkaian pembangkang dan secara tidak langsung mempertahankan konsep perpaduan yang diamalkan dalam Barisan Nasional yang sudah pasti kerusi Perdana Menteri kekal menjadi milik UMNO.

Inilah perbezaan paling ketara diantara kedua-dua parti dan kita sebagai rakyat seharusnya melihat perkara ini sebagai 'track record' yang harus dijadikan sebagai pedoman dalam memilih kerajaan bila tiba masanya nanti.

Selain daripada itu Pakatan Haprak langsung tidak konsisten dalam isu-isu utama khususnya melibatkan kedudukan Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang pada PRU14.

Sehingga saat ini tidak ada sebarang pengumuman yang dibuat sedangkan kalau kita melihat kepada soal kempen dan gerak kerja yang dilakukan oleh pembangkang, mereka sudah pasti bersedia dalam semua perkara tetapi hakikatnya mereka caca marba.

Konflik sudah pun tercetus dalam Pakatan Haprak apabila masing-masing cuba mengangkat pemimpin sendiri, Anwar Ibrahim dikatakan menjadi pemain simpanan sehingga selesai hukuman untuk menggantikan perdana menteri boneka yang akan dilantik manakala Tun Mahathir pula mengaku beliau adalah pemimpin tertinggi dalam gabungan parti-parti pembangkang.

Soalnya siapa yang pembangkang mahukan ?

Lebih teruk lagi rakyat dapat melihat sendiri bagaimana kepincangan yang berlaku dalam kem pembangkang waima pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor pun diselubungi dengan pelbagai skandal demi skandal sehingga Guan Eng sendiri pun kini kecut berdepan tindakan mahkamah.

Kerana itu sama ada Kit Siang atau siapa jua dari kalangan pembangkang pun harus kita tentang dan tolak kerana mereka-mereka ini bukan pemimpin yang komited untuk melihat Malaysia terus berjaya dan rakyat terus dimakmurkan.

Sebaliknya mereka masing-masing punya agenda peribadi tersendiri yang telah mencetuskan konflik sesama mereka.

So MMI kata warga Malaysia harus tolak Pakatan Haprak dalam apa jua keadaan sekalipun !

MMI

1 comment:

  1. Kalau bukan Lim Kit Siang jadi PM sekali pun, tak lama lagi Cina jugalah yang akan memerintah kita. Segala2nya sudah ada pada mereka. Apa gunanya Melayu pimpin negara, kalau segala harta negara tergadai. Contoh, MARA, FELDA, TABUNG HAJI, KWSP, KWAP dan banyak lagi.

    ReplyDelete

Labels