Followers

Showing posts with label Lim Kit Siang. Show all posts
Showing posts with label Lim Kit Siang. Show all posts

Wednesday, 7 August 2013

HOT PENCACAI Panas Bila TPM BANTAI Kit Siang


Nampaknya puak-puak pencacai DAPigs tak senang duduk apabila video TPM balun Kit Siang ini di lihat menjadi liabiliti kepada mereka.Kenyataan Tan Sri Muhyiddin benar-benar menikam jantung puak-puak macai pembangkang sampaikan ada gerakan yang mahu melaporkan video tersebut.

Hahaha agak lawak apabila video tersebut di muat naik oleh MalasiaKini salah satu media ekstrem pro-pembangkang yang mungkin berniat jahat untuk memperlihatkan kepada dunia bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah seorang pemimpin RASIS namun penjelasan yang di berikan oleh beliau menyebabkan perkara sebaliknya berlaku.

Puak-puak macai pembangkang panas punggung dengan video dan rakaman dari media pro pembangkang sendiri.


Nak tahu kenapa puak ni ajak kawan-kawan depa untuk report ? Tengok apa Tan Sri Muhyiddin kata ...


Rasanya sekarang ni RBA dah pun di gerakkan untuk sama-sama jalankan kerja-kerja sabotaj video tersebut kerana setakat entri ini di tulis video yang di muatnaik oleh MalaysiaKini itu sudah mendapat 110 Dislike berbanding 13 Like.

Untuk itu apa kata kalau ampa semua pakat-pakat pi Like video tu kita kacau sikit..

Psst puak macai sakit hati bila TPM balun Kit Siang hehehehe baru ampa ada akai !!!

MMI

Sunday, 14 July 2013

Guan Eng Dimalukan Bapa Sendiri ?!


Semalam secara rasminya PRK DUN Kuala Besut memasuki fasa berkempen setelah selesai proses penamaan calon yang menyaksikan wakil BN iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman akan menerima tentangan dari PAS yang diwakili Azlan Yusof dalam pertembungan satu lawan satu.

Menariknya penyertaan PAS dalam PRK kali ini berlaku tatkala PAS dan sekutunya dalam PR masih sibuk mencanang propaganda bahawa SPR tidak memiliki kewibawaan kononnya kerana terlibat dalam penipuan serta tidak telus dalam PRU-13.

Bila mana ia berlaku sedemikian, makna kata pucuk pimpinan PAS secara sedar atau sebaliknya masih mengiktiraf kewibawan SPR serta tetap menaruh kepercayaan terhadap kredibiliti dan keberkesanan badan itu dalam mengendalikan proses pilihan raya di negara ini.

Syabas kita ucapkan kepada pemimpin PAS di atas pengiktirafan tersebut dan SPR juga wajar berterima kasih kepada pemimpin PAS kerana membantu membersihkan namanya dari propaganda jahat yang pernah dan sedang dilakukan oleh PR.

Namun begitu kita jangan sesekali lupa, selain dari PAS ada lagi individu lain yang turut berhak menerima penghargaan sedemikian. Orang yang penulis maksudkan ialah Penasihat DAP Pusat, Lim Kit Siang merangkap bapa kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Kehadiran Kit Siang semalam semasa proses penamaan calon semalam sesungguhnya satu manifestasi keyakinan pemimpin veteran DAP itu terhadap ketelusan proses pilihan raya Malaysia dan ia nyata bercanggah dengan saranan boikot oleh anaknya pada 1 Julai 2013.

Guan Eng menyebut tindakan boikot itu perlu sebagai satu tindakan protes membantah SPR yang didakwa tidak telus dalam menjalankan tanggungjawabnya. Tapi dalam sibuk-sibuk si anak memburukkan SPR boleh bapa kandungnya tampil memberi sokongan untuk PAS untuk menjayakan PRK DUN Kuala Besut yang dikendalikan oleh SPR.

Penjelasan logik untuk meleraikan percanggahan si anak dan bapa ini amat jelas, yakni segala dakwa-dakwi pertikaian terhadap kredibiliti SPR dan persoalan mengenai keputusan PRU-13 hanyalah satu propaganda murahan semata-mata. Jika itu bukan jawapannya, maka sah sudah Guan Eng sengaja dimalukan oleh bapa sendiri.sumber 

Paling tak boleh blah gambar kat bawah ni ...

Poyo ja mamat ni , apa yang di tenungnya tu semacam tak puas ati ja ?? Hahaha ....

MMI

Thursday, 27 June 2013

Guan Eng & Kit Siang CEKAU Harta DAP ???


Kecoh sebelum ini, pakatan haprak kata mereka sedia untuk clearkan aset (harta) yang mereka ada untuk rakyat tahu dan menilai. Persoalannya beranikah mereka nak jelaskan aset pemilikan harta yang ada?

Selama 5 tahun sebelum ini mereka menjadi pentadbir kerajaan di beberapa negeri, adakah mereka telus dan tidak ada sebarang proses SAKAU SANA SINI dalam pengambilan projek-projek di negeri tersebut.

Terbaru, dikhabarkan pemimpin DAP yang dah SAKAU duit kerajaan negeri begitu banyak, harta mereka harus dipindah milik pada 'Boss Besar' mereka. Aik betul ka macam tu? Senangnya 'Boss Besar' tu main amik duit orang dengan suka hati? Anak buah tak marah ker? Kalau tak marah, macam pelik pun ada kan..???

DAP didakwa sedang dalam proses memindahkan pemilikan aset parti yang bernilai jutaan ringgit kepada beberapa individu paling dipercayai dan lama dalam parti itu.

Aktivis MIC, Datuk R. Ramanan mendakwa, rancangan itu dipercayai berkait rapat dengan tekanan yang sedang dihadapi oleh DAP supaya diadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

Beliau turut mendakwa, hanya dengan pembatalan pendaftaran parti oleh ROS, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkemungkinan besar akan dapat menyingkirkan sejumlah besar kumpulan yang tidak menyokongnya khususnya yang berketurunan India.

Menurutnya, Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang bimbang sekiranya pendaftaran parti itu dibatalkan, aset yang dimiliki oleh parti itu seperti bangunan mereka (Wisma DAP di Pulau Pinang dan Perak), pejabat, saham, wang serta aset lain akan dibekukan sekiranya terdapat bukti ada unsur manipulasi dalam pemilihan CEC Disember lepas.

"Saya mendapat maklumat daripada seorang pemimpin dalam DAP sendiri tentang rancangan ini. Beberapa individu veteran parti yang selama ini setia bersama parti dan beberapa ahli yang hanya taat setia dengan 'dinasti' telah dipilih sebagai orang kepercayaan bagi 'menjaga' harta-harta itu.

"Saya tidak menuduh tetapi saya mohon penjelasan daripada Guan Eng.

"Adakah khabar angin ini benar? Jika tidak, nafikan sahaja, tidak perlu bercerita banyak. Sekurang-kurangnya penjelasan ini akan memberi sedikit kelegaan buat ahli yang lain selain penyokong DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isu pemilihan CEC parti menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh ahlinya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberi notis kepada 753 perwakilan untuk mengundi pada pemilihan tahun lalu selain timbul kemusykilan insiden memalukan salah kira undi.

Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu juga menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih, tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC.

Dakwa Ramanan, untuk mengaburi mata ahli DAP yang mendesak mahu pemilihan semula, Guan Eng kini begitu agresif bercakap tentang jerebu dan juga kejadian ribut melanda di Pulau Pinang baru-baru ini yang mengorbankan dua nyawa selain rod penebat kilat yang terletak di atas Menara UMNO patah dipukul angin kuat, seterusnya menghempap lapan kenderaan.

"Pemindahan aset telah dirancang sejak Pendaftar Pertubuhan (ROS) mula menyiasat unsur manipulasi undi dan penafian 753 ahli yang tidak dibenarkan mengundi pada pemilihan lepas. Namun pemindahan hanya awal bulan ini.

"Untuk mengalihkan perhatian umum, maka Guan Eng begitu agresif bercakap tentang jerebu dan isu ribut di Jalan Macalister baru-baru ini. Beliau begitu agresif menyerang kerajaan, sebenarnya beliau berniat untuk mengalihkan perhatian daripada menghidu perbuatan ini," dakwanya.

Namun demikian, menurut Ramanan, anak beranak dinasti Lim itu juga sebenarnya lebih rela andai pendaftaran parti itu dibatalkan supaya mereka berdua boleh menubuhkan DAP baru dengan hanya merekrut kroni-kroninya sahaja.

"Sebenarnya Dinasti Lim berhasrat 'menguburkan' legasi pengasas sebenar DAP, bekas Presiden Singapura, C. V. Devan Nair yang berketurunan India. Mereka berdua mahu mengasaskan parti mereka sendiri. Kedua, sekiranya pemilihan semula diadakan semula dengan kehadiran 753 ahli yang dinafikan hak mereka, maka keputusan tidak akan sesekali berpihak kepada mereka.

"Saya cabar Guan Eng supaya segera tampil nafikan semua tuduhan ini," tegasnya.sumber

Ampa semua rasa Guan Eng nak mengaku ker ??

MMI

Friday, 24 May 2013

Kit Siang Kata Demontrasi Bukan Cara DAP , TOYA !!!


Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyelar tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa parti itu berniat mengguling kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menolak tuduhan itu yang disifatkan demonstrasi bukan cara DAP. 

“Kami (DAP) tidak akan melakukan perkara yang membuang masa seperti ini. DAP sudah 47 tahun ditubuhkan dan telah melalui 10 pilihan raya umum negara. 

“Sepanjang tempoh berkenaan, DAP hanya menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap sistem pilihan raya negara sahaja. Kami tidak takut menerima keputusan. Saya sendiri pernah kalah pilihan raya,” katanya yang mengadakan lawatan ke Segamat, semalam. 

Tegasnya, tuduhan yang mengatakan DAP menggunakan kekerasan juga tidak berasas dan  parti itu nekad mengemukakan petisyen di mahkamah terhadap keputusan PRU13. 

Mengulas mengenai lawatannya ke Segamat, Kit Siang berkata ia adalah  bertujuan meninjau perkembangan Adun Jementah, Tan Chen Choon dan seterusnya ke Muar, Bentayan dan Bakri. 

“Saya akan berbincang dengan mereka (wakil rakyat DAP) mengenai persediaan yang harus dibuat untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka kepada rakyat,” katanya.



MMI kata TOYA !!! Kit Siang dok pembohong apa ni ?? Ingat rakyat bodoh ka ?? Kalau setakat juak macai pembangkang tu boleh lah ampa dok ranjau !! Itu belum masuk bab himpunan BERSIH dan lain-lain lagi , memang dasar HAPRAK !! 

MMI.

Labels