Followers

Showing posts with label Utusan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Utusan Malaysia. Show all posts

Friday, 28 June 2013

The Star vs Utusan


Nampaknya kedua-dua akhbar ini sudah tidak lagi mampu menyembunyikan apa yang sedang berlaku kini.Apa yang boleh MMI jelaskan adalah sejauh mana The Star yang semua tahu di miliki oleh MCA itu benar-benar merupakan sebuah akhbar yang tidak menyebelahi mana-mana pihak ?

Bukan nak menuduh namun sejak kebelakangan ini ianya seolah-olah sudah menjadi saluran menyokong gerakan pembangkang di Malaysia.

Dan ianya semakin jelas apabila Utusan kini sudah di tuduh sebagai ke KAMPUNGAN !

“Star is urban not kampung lah…Let’s tackle urban voters differently!” 

Utusan has been alluded to as “racist” by The Star.

Utusan is also commonly vilified as Umno’s mouthpiece.

If that is what many opposition supporters believe Utusan‘s relationship is to Umno, then what is The Star‘s to the DAP, pray tell us?

Why is the MCA mouthpreach delivering DAP sermons? Baca Selanjutnya 

Psstt I think what people complaining is that you (The Star) claim to support BN but at the same time you work against BN with sneaky-sneaky articles, the placing of pictures etc.

Kepada MCA rasanya elok bubar sahaja parti yang hidup segan mati tak mau ni atau buat pengumuman untuk bersama-sama dengan pembangkang..SENANGKAN ??

MMI.

Saturday, 24 November 2012

HEBATNYA MalaysiaKini ??!!


Entah apa yang ada pada MalaysiaKini yang membuatkan anak kepada Papa  langsung tak sentuh .Barangkali kerana hubungan dan ikatan yang terjalin selama ini membuatkan hati berasa gundah gulana apatah lagi dalam soal nak saman menyaman ni.

Nurul Izzah Anwar semalam memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak berhubung dengan satu artikel tentang ucapan Naib Presiden PKR di gereja Gospel Tabenacle, Subang Jaya, 3 November lalu.

Nurul Izzah memfailkan tuntutan saman melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau selaku plaintif, menamakan syarikat Utusan Melayu (M) Berhad dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing defendan pertama dan kedua.

Sebelum ini, Nurul Izzah pernah menyebut akan menyaman Berita Harian dan beberapa media lain, namun berdasarkan perkembangan setakat ini kemungkinan besar hanya Utusan Malaysia sahaja yang menjadi pilihan Naib Presiden PKR.

Pada 5 November lalu, Utusan Malaysia yang memetik sumber portal MalaysiaKini menyiarkan laporan muka depannya bertajuk: “Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu – Nurul Izzah.”

Namun Malaysiakini, antara portal pro-pembangkang yang mula-mula menyiarkan laporan ucapan Nurul Izzah di gereja itu tidak pula disaman.

Ucapan Nurul Izzah di gereja itu turut mendapat liputan meluas oleh media perdana, TV3, Berita Harian dan beberapa media portal lain, antaranya, Free Malaysia Today dan Antarapos. 

Jika sebelum ini Nurul bukan main lantang sekali nak saman itu nak saman ini kenapa saman Utusan saja ? Kepada anda diluar sana jangan silap , tindakan saman ini hanyalah satu lagi helah dari Pakatan Haprak demi menyelematkan survival politik mereka.

Malah MMI yakin juak-juak Pakatan Haprak sudah pun "kowteam" dengan mereka-mereka yang terlibat dan sudah semestinya apabila kes ini berjalan barisan saksi yang bakal di panggil akan memainkan peranan.

It's just a game dude !! Kenal sangat dah....

MMI.

Friday, 9 November 2012

UTUSAN Di SAMAN ??!!


Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru menyatakan kesediaan untuk menyediakan khidmat guaman kepada akhbar Utusan Malaysia, sekiranya Nurul Izzah Anwar mengemukakan saman terhadap akhbar milik Umno itu kerana mensensasikan isu yang mendakwa naib presiden PKR itu "menyokong" kebebasan beragama untuk Melayu-Islam di negara ini.

Datuk Zulkifli Noordin , ketika dalam Forum 'Kebebasan Bertukar Agama' dari sudut Islam dan Perlembagaan Persekutuan di Kg Baru malam tadi menegaskan, pihaknya juga akan memberikan "kejutan" kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya mereka mengumumkan barisan peguam kanan yang telah pun menyatakan kesediaan untuk membela Utusan Malaysia di mahkamah.

"Saya baru berbincang dengan peguam kanan untuk mempertahankan Utusan Malaysia jika disaman.

"Saya bersedia jadi peguam untuk Utusan Malaysia tanpa bayaran ... dan saya nak beritahu Anwar, Nurul Izzah, kamu akan terkejut beruk siapa yang akan pertahankan Utusan Malaysia," katanya dalam forum anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu.

Jelasnya lagi, tindakan yang dibuatnya itu bukan hanya semata-mata mempertahankan media tersebut, sebaliknya bertujuan menyelamatkan dan mempertahankan masyarakat Melayu dan Islam kerana akhbar itu tegasnya menjadi lidah rasmi perjuangan mempertahankan Islam.


"Kami bukan mempertahankan Utusan Malaysia, kami mempertahankan Melayu, Islam," katanya.

MMI berterima kasih kepada YB Zulkifli Nordin kerana bangun dan sudah pun mengesahkan akan mempertahankan Utusan Malaysia sekiranya di saman oleh Nurul Izzah.

Kepada Nurul mahupun Anwar rakyat kini mahu melihat sejauh mana keberanian kamu mahu menyaman Utusan Malaysia khususnya dalam soal kenyataan hak persamaan agama.

Satu perkara yang harus Nurul ingat Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan antara ciri-ciri Melayu adalah boleh bertutur bahasa Melayu, mengamalkan adat resam Melayu, dan juga beragama Islam.

MMI.

Labels