Followers

Wednesday 7 December 2011

Fitnah Pembangkang Terhadap Rosmah


Datin Seri Rosmah Mansor merupakan isteri kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia.Dalam suasana politik negara yang dilihat cukup sinonim dengan politik fitnah oleh pihak pembangkang nama Datin Seri Rosmah Mansor juga tidak lekang dan ketinggalan daripada menjadi mangsa serangan-serangan fitnah khususnya blog-blog dan media massa pihak pembangkang.

Kali ini MMI bawakan cerita dan tuduhan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor beserta jawapannya sekali.Maka kepada semua diluar sana gunalah akal dan fikiran anugerah tuhan untuk membuat penilaian sebaik mungkin.


1.Pembangkang pernah berkata Datin Seri Rosmah adalah tangan ghaib dibelakang pentadbiran Perdana Menteri.

MMI.Sesungguhnya keaktifan Datin Seri Rosmah sememangnya mencemaskan pembangkang kerana gerak kerja beliau selama ini sudah tentu menaikkan imej suaminya.


2.Pembangkang menuduh Datin Seri Rosmah membazirkan wang rakyat kerana membina dan mempunyai pejabat di Jabatan Perdana Menteri.

MMI.Pejabat untuk isteri Perdana Menteri sememangnya telah sedia ada d JPM.Sekiranya pembangkang jadi Perdana Menteri pun pejabat untuk isterinya tetap telah tersedia.Yang membezakannya adalah Datin Seri Rosmah tidak pernah menggunakan pejabat tersebut melainkan kakitangan JPM.


3.Pembangkang marah kepada Datin Seri Rosmah kerana berucap mengenai pendidikan dalam lawatannya ke negara-negara arab.

MMI.Datin Seri Rosmah sebenarnya DIMINTA untuk memberikan ucaptama dalam "1st International Conference Of Total Quality In K-12 Education" ulangan DIMINTA.


4.Pembangkang mendakwa Datin Seri Rosmah membazirkan wang negara dalam kunjungan ke beberapa negara seperti Oman,Bangladesh,Arab Saudi dan lain-lain.

MMI.Datin Seri Rosmah ke negara-negara tersebut atas jemputan dan diberikan taraf sebagai tetamu kerajaan.Sebagai tetamu beliau menerima keistimewaan tanpa perlu menggunakan duit rakyat Malaysia dan lagi beliau ke luar negara untuk memperkenalkan negara Malaysia ke mata dunia.Bezanya Anwar Ibrahim dan lain-lain pemimpin pembangkang pergi ke luar negara untuk memburukkan nama negara.


5.Pembangkang mempersoalkan Datin Seri rosmah menaiki helikopter untuk berkempen di DUN Kerdau.

MMI.Apakah menjadi satu kesalahan kepada beliau apabila diminta untuk menaiki helikopter ? Adakah menjadi kesalahan kepada beliau sekiranya YAB Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang suami dan Perdana Menteri meminta beliau untuk menaiki helikopter atas alasan beliau merupakan wanita pertama negara dan juga faktor keselamatan ? Kepada pembangkang adakah isteri Nik Aziz,Lim Guan Eng,Ustaz Azizan,Azmin dan lain-lainnya tidak boleh sesekali menaiki kenderaan rasmi kerajaan negeri ? Kalau ada sekalipun semuanya atas faktor politik retorik pembangkang.


6.Datin Seri Rosmah dikecam kerana menganjurkan sidang kemuncak wanita pertama.

MMI.Apakah ianya menjadi kesalahan sedangkan persidangan itu dianjurkan dengan niat untuk mencari kaedah bagaimana keluarga,komuniti dan kerajaan boleh menggilap potensi kanak-kanak disamping membincangkan berbagai masalah-masalah lain.Yang pastinya persidangan tersebut berjaya.Ia juga turut membantu meningkatkan imej Malaysia di arena antarabangsa.Pembangkang ternyata dengki dengan hasil sidang kemuncak tersebut.


7.Datin Seri Rosmah dikritik dengan begitu dasyat sekali oleh pembangkang hanya kerana beliau melancarkan projek Permata Negara.

MMI.Projek Permata Negara merupakan satu projek yang lahir daripada keprihatinan Datin Seri Rosmah terhadap bidang pendidikan kanak-kanak.Beliau sedar bahawa banyak masalah sosial berpunca daripada kesilapan mendidik di peringkat awal.Beliau ternyata mahu melihat kanak-kanak mendapat pendidikan awal dengan lebih sempurna.Permata memberikan tumpuan untuk menggilap potensi kanak-kanak yang berumur lima tahun ke bawh dengan kaedah asuhan dan didikan yang betul.Kini terdapat hampir 600 pusat permata di seluruh nagara dan memanfaatkan puluhan ribu kanak-kanak termasuk anak cucu pembangkang sendiri.


8.Datin Seri Rosmah juga turut dikecam kerana program permata pintar padahal matlamat program itu baik.Banyak kanak-kanak yang pintar dan kreatif menjadi rosak kerana tidak mendapat ruang bimbingan yang betul.

MMI.Permata Pintar sebenarnya telah berjaya menghasilkan peserta-peserta yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan jangan terkejut sekiranya suatu masa program ini mampu melahirkan pemenang hadiah nobel.
9.Datin Seri rosmah difitnah kononnya membeli cincin berharga lebih daripada USD24 juta dari Firma Jacob & Co.

MMI.Semuanya dakyah dan terbukti dakwaan tersebut palsu.Cincin itu dibawa masuk pada tarikh 16 April 2011 untuk satu pameran.Pada 20 April 2011.Cincin tersebut juga telah disahkan dan telah dibawa keluar untuk dihantar ke Jacob & Co.


10.Munculnya klip video memfitnah Datin Seri Rosmah.

MMI.Semuanya dakwaan palsu.Datin Seri Rosmah turut menyangkal dakwaan yang kononnya beliau dibesarkan di Seri Menanti sedangkan ianya di REMBAU dan paling menarik salah seorang tukang buat cerita rupa-rupanya adik angkat Datin Seri Rosmah yang marah sebab ditegur kerana sering menggunakan nama PM dan ISTERI untuk kepentingan peribadinya.


11.Datin Seri Rosmah didakwa oleh pembangkang sebagai suka menonjolkan diri.

MMI.Hakikatnya beliau kelihatan menonjol sebab aktif melakukan banyak perkara.PBB turut mengiktiraf peranan Datin Seri Rosmah Mansur dalam mengetengahkan isu serta masalah melibatkan kanak-kanak,remaja dan wanita seluruh dunia dan Datin Seri Rosmah dijemput menjadi salah seorang penaung Universiti Wanita Asia.


12.Pembangkang melalak apabila Datin Seri Rosmah mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Pusat Bersepadu ( sekolah harapan)bagi menangani masalah remaja.

MMI.Matlamatnya adalah untuk menyelamatkan mereka daripada terus rosak dengan memberikan mereka peluang kedua dan dengan itu mereka kembali menjadi insan yang berjaya.


13.Pembangkang menuduh Datin Seri Rosmah sebagai dalang disebalik dakwaan Saiful Bukhari yang diliwat oleh Anwar Ibrahim.

MMI.Tuduhan kononnya Saiful Bukhari ada berjumpa Datin Seri Rosmah sebelum membuat laporan polis adalah tidak benar sama sekali.Datin Seri Rosmah tidak pernah berjumpa Saiful dan ini bermakna beliau tidak relevan pun dengan kes liwat Anwar.


14.Apabila YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah berbesan dengan anak bangsawan Kazakhstan,Timbul fitnah dengan mengatakan keluarga besannya mempunyai kaitan dengan mafia.

MMI.Terbukti berita tersebut palsu.Akhbar Indonesia KOMPAS telah pun meminta maaf kepada YAB Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah serta keluarga atas penyiaran berita tersebut.


15.Datin Seri Rosmah juga turut difitnah mendalangi pembunuhan Altantuya Sharibuu.Setiap jentera pembangkang termasuk Tok Haji dan Tok Lebai PAS digerakkan untuk meyampaikan fitnah tersebut keserata pelusuk negara.

MMI.Pendedahan yang dibuat oleh RPK telah menjawab segala persoalan berkenaan kes Altantuya.RPK yang mula membuat dakwaan itu melalui kenyataan bersumpahnya menafikan dia pernah memfitnah Datin Seri Rosmah.

MMI serahkan kepada semua yang bijaksana fikirlah dengan akal yang waras pertimbangkanlah dengan hati yang telus dan buatlah keputusan yang terbaik.Kerana fitnah sentiasa bermain di sekitar kita hari ini.Pembangkang sentiasa berusaha untuk memecahkan kekuatan yang kita ada pada hari.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels