Followers

Tuesday, 6 December 2011

UMNO Wajar Beri Peluang Kepada Calon Muda - Tun Dr. Mahathir Iktiraf KJ & Pemuda


Bahang pilihan raya yang semakin hampir membuatkan semua pihak sedang melakukan persiapan baik dari segi mental mahupun fizikal.Dalam saat-saat menantikan tarikh keramat pilihan raya yang dikategorikan sebagai paling sengit dalam sejarah negara pelbagai pandangan dan teguran telah dilemparkan oleh semua jentera parti masing-masing.

UMNO juga tidak terlepas dari segi persediaannya.Di tambah pula Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang baru saja melabuhkan tirainya cukup membuatkan semua jentera parti bersemangat untuk terus memastikan Putrajaya di pertahankan.

MMI tertarik dengan satu kenyataan terbaru daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bahawa UMNO wajar memberi peluang kepada calon muda.Kenyataan ini sebenarnya merupakan satu pengiktirafan yang jika kita amati ianya menjurus kepada barisan anak muda dalam UMNO.Jika kita lihat dalam sudut yang lebih luas maka ianya sebenar satu pengiktirafan oleh Tun Dr. Mahathir terhadap gerak kerja yang dilakukan oleh barisan anak muda dalam UMNO.

Bagi MMI ianya sebenarnya satu pengiktirafan Tun Dr. Mahathir terhadap Khairy Jamaluddin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang begitu komited dalam usaha mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional.Walaupun ada sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan MMI ini namun perlu diingat Khairy Jamaluddin lah yang mengetuai angkatan perang muda UMNO dan Barisan Nasional dalam sama-sama memastikan UMNO dan Barisan Nasional terus menjadi pilihan rakyat apatah lagi dengan slogan terbaru BN Pilihan Orang Muda.


Tahniah kepada Khairy Jamaluddin dan tahniah MMI ucapkan kepada semua angkatan perang pemuda tak lupa juga kepada bala tentera siber yang tak pernah sekalipun berundur dari medan perang maya.

MMI bawakan kenyataan Tun Dr. Mahathir untuk semua.

Ini pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mohamad bahawa UMNO perlu mencalonkan pelapis muda dalam pilihan raya umum akan datang bagi memberi peluang kepada mereka memegang jawatan dalam parti.
Menurutnya wakil rakyat yang sudah berumur perlu berundur secara sukarela bagi memberi ruang kepada golongan muda yang berkebolehan dan berbakat untuk menyandang jawatan dalam UMNO.
"Kita masuk UMNO bukan kita nak dapat jawatan, kita masuk UMNO adalah kerana bangsa, agama dan negara. Yang penting perjuangan perlu diteruskan dan parti menang," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri "Wacana Transformasi PBT Melangkah ke Hadapan: Apa kata Tun M" di Dewan Bandaran Ipoh pada Isnin.
Turut hadir isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah serta Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli.
Ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, yang menghina Zambry pada satu ceramah baru-baru ini, Dr Mahathir berkata parti itu tidak mempunyai idea selain mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
"Perkara itu menjadi kebiasaan kepada pemimpin-pemimpin DAP dengan memaki hamun serta menghina orang lain. Sepatutnya pemimpin tunjuk perkara yang baik dan apa boleh mereka lakukan kepada rakyat," katanya.
Ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjanji untuk menurunkan harga minyak sekiranya pakatan pembangkang mentadbir negara, Dr Mahathir berkata itu hanya janji kosong untuk meraih undi rakyat.
"Dia nak buat macam mana? Dia janji macam-macam dalam kempen. Bila dah jadi pemimpin baru kata tak boleh," katanya.
Mengenai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang diminta melepaskan jawatan ekoran isu Perbadanan Fidlot Nasional yang melibatkan suami beliau, Dr Mahathir berkata itu terpulang kepada Shahrizat.
"Kalau dia rasa dia patut berundur, dia patut berundur," katanya.
Dalam ucapannya pula, Dr Mahathir berkata negara tidak akan mencapai kemajuan sekiraya masih dibelenggu demonstrasi setiap masa.
"Sekiranya politik sering huru-hara dengan perselisihan faham, pergerakan untuk menjadikan negara maju akan terbantut (kerana) pentadbir terpaksa menumpukan perhatian untuk meredakan keadaan," katanya.
Terima kasih Tun di atas segala usaha selama ini membawa negara ke tahap yang lebih maju.MMI yakin dengan kesinambungan perjuangan yang diteruskan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dibantu oleh semua jentera Pemuda,Wanita dan Puteri kita yakin dan percaya UMNO dan Barisan Nasional akan berjaya dalam PRU ke-13 nanti.
Tahniah kepada semua jentera pemuda anda semua telah membuktikan bahawa dengan niat yang ikhlas dan perjuangan yang tersemat di hati kita mampu menyumbang kepada kekuatan Bangsa,Agama dan Negara.
MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels