Followers

Thursday, 8 December 2011

Putrajaya Tetap Pemuda Pertahankan - KJ Iktiraf Pejuang Maya BN


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah berikrar untuk mempertahankan Putrajaya selagi mana darah masih mengalir ke dalam tubuh setiap anggotanya maka UMNO dan Barisan Nasional pastinya akan terus dibela.Inilah antara ungkapan yang dilaungkan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2011 baru-baru ini.Sesungguhnya seluruh barisan Pemuda,Puteri dan Wanita UMNO siap siaga dalam menghadapi satu pertarungan yang diibaratkan sebagai pertarungan paling sengit dalam sejarah negara Malaysia.

YB Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam ucapannya telah pun berikrar untuk terus memberikan sokongan kepada pucuk pimpinan dalam memastikan UMNO dan Barisan Nasional terus menjadi pilihan rakyat khususnya pilihan orang muda.

Ikuti ucapan YB Khairy Jamaluddin dalam Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang lalu.


Sesungguhnya perjuangan dan suara pemuda yang di ketuai oleh YB Khairy Jamaluddin telah mendapat perhatian daripada pucuk pimpinan.Ini terbukti apabila melalui Program Transformasi Kerajaan banyak perkara yang menimbulkan kerisauan anak muda telah diberikan perhatian oleh UMNO dan Barisan Nasional.Begitu juga dengan pindaan AUKU,Akta Perhimpunan dan pemansuhan ISA yang dilihat sebagai satu sikap keterbukaan UMNO dan Barisan Nasional dalam memberikan peluang kepada suara anak muda untuk bersama-sama membantu kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang dapat dinikmati hasilnya oleh semua masyarakat dan rakyat Malaysia.

Pemuda juga melalui YB Khairy Jamaluddin turut memberikan jaminan akan terus bekerja dan berusaha untuk memastikan BN menjadi pilihan anak muda khsusunya dalam usaha kita menghadapi PRU ke-13 nanti.

MMI turut berterima kasih kepada YB Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang turut berterima kasih dan menghargai usaha dan sumbangan para pengamal media baru pro BN yang sentiasa berusaha untuk memastikan UMNO dan BN terus menjadi pilihan rakyat.Paling penting adalah menangkis dakyah dan tohmahan pembangkang yang saban hari memfitnah UMNO dan kerajaan.
     


Apa pun sekarang bukan masanya untuk kita mendabik dada.Sekarang adalah masa untuk bekerja.Kepada semua di luar sana,Ayuh! kita teruskan perjuangan ini kerana pembangkang perlu kita hapuskan.Kita perlu memastikan segala gerak kerja dihalakan kepada PRU ke-13.Jangan kita bersikap sambil lewa kerana sikap tersebut pastinya bakal mengundang peristiwa 2008.

Ayuh kita cegah sebelum parah.Kita atasi segala kelemahan kerana ianya masih belum terlambat.Kita pastikan UMNO dan Barisan Nasional menjadi pilihan rakyat.

Hidup UMNO ! Hidup Pemuda ! Hidup BN !

Sekadar Renungan

MMI.


No comments:

Post a Comment

Labels