Followers

Friday 23 December 2011

Kemelut PAS - DAP Mula Bersuara


DAP Selangor berpendirian, tidak akan campur tangan dalam isu melibatkan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang mengeluarkan kenyataan mempertikai perjuangan Pas.


Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Ronnie Liu berkata, walaupun DAP merupakan rakan komponen Pas dalam Pakatan Rakyat, beliau berpendapat, kontroversi itu harus ditangani oleh Pas sendiri dan yakin parti itu dapat menyelesaikannya dalam tempoh terdekat.

“Terpulang kepada Pas bagaimana untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti mereka dan sebagai rakan parti, kita akan tetap menyokong mereka.

“Setakat ini, belum ada lagi perbincangan antara Pas dan DAP berhubung isu tersebut, tetapi kami harap masalah dalaman yang melanda Pas dapat ditangani sewajarnya,” katanya selepas menghadiri Program Pemberian Hadiah Krismas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di sini,hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak itu sehingga menimbulkan kontroversi dalam pemimpin Pas.Sumber Sinar Harian.

Hahaha tu dia kenyataan pertama yang MMI dengar dari sahabat karib PAS berkenaan isu Hasan Ali.Baik sungguh hati mereka,Di serahkan kepada PAS untuk menyelesaikan permasalahan dalaman yang berlaku ini kepada PAS sendiri untuk selesaikan.Tahniah,Jadi puak-puak PAS selesailah elok-elok.

DAP memang tak mahu campur dasar dan perjuangan PAS ni sebab mereka dah terang-terang memang menolak perjuangan PAS cumanya juak-juak PAS saja yang terkinja-kinja nak bersama mereka.Hehehe malang sungguh PAS ni,sanggup menjadi balaci kepada DAP.

Yang pasti PAS terlupa sahabat karib mereka ni sedang mentertawakan mereka.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels