Followers

Friday, 30 December 2011

MPAJ Tak Sedar Wujud Tarian Tiang - Apakah Wujud Amalan Rasuah ?


Tu dia jawapan standard dah keluar dari pihak-pihak berwajib.Biasalah apabila pendedahan demi pendedahan dibuat barulah nak kelam kabut.Tapi yang peliknya jika dilihat daripada peta di atas apakah kegiatan ini tidak boleh dihidu oleh pihak-pihak berwajib ataupun telah berlaku amalan suap-menyuap ni.

Jom kita ikuti pendedahan oleh Kosmo.

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mendakwa pihaknya tidak tahu-menahu atau menerima aduan berhubung mana-mana pusat hiburan di kawasan Pandan Perdana yang menyediakan penari tiang bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, laporan muka depan Kosmo! semalam bertajuk Tarian tiang berleluasa adalah kes pertama yang melibatkan aktiviti tidak bermoral berlaku di pusat hiburan di Pandan Perdana yang diterima oleh MPAJ pada tahun ini.

“Daripada pemeriksaan yang dijalankan oleh bahagian penguat kuasa MPAJ sebelum ini, kami tidak pernah menyerbu mana-mana premis pusat hiburan yang menjalankan kegiatan tarian tiang.

“Pihak kami juga tidak pernah menerima sebarang aduan daripada orang ramai berhubung isu terbabit,” katanya.

Oleh itu, menurut Norhayati, pihaknya memberi amaran akan menarik semula lesen mana-mana pusat hiburan yang menyalahgunakan lesen premis bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Pengusaha premis terbabit berhadapan dengan risiko penarikan lesen dan pembatalan akan dilakukan serta- merta jika ia terbukti membenarkan aktiviti tidak bermoral seperti itu,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Malah tegas beliau, MPAJ juga akan menyita pusat hiburan itu jika premis tersebut beroperasi secara tidak sah.

Norhayati berkata demikian ketika mengulas laporan Kosmo! semalam yang mendedahkan mengenai sebuah kelab malam di Pandan Perdana yang didapati menyediakan khidmat tarian tiang berunsur seks oleh wanita tempatan dan wanita warga asing.

Mengikut laporan itu, dengan hanya mengenakan coli serta seluar dalam, penari-penari tiang itu tanpa segan silu mempamerkan aksi ghairah kepada para pengunjung yang rata-rata adalah lelaki tempatan.Lagi Berita.

Kepada pihak yang membuat tangkapan dan pendedahan SYABAS MMI ucapkan.Jom kita sama-sama basmi perkara ini.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels