Nampaknya puak-puak Pembangkang makin agresif mencari apa saja yang boleh dilihat sebagai satu kesalahan melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional untuk dijadikan sebagai isu bertujuan mendapatkan sokongan rakyat dalam waktu dan ketika PRU semakin hampir.
Namun perlu diingat dalam keadaan hari ini suasana yang semakin panas dengan senario politik serang-menyerang setiap kesalahan yang dilakukan oleh semua pimpinan pastinya bakal mengundang malapetaka kepada parti yang diwakili mereka.
Ini jelas dapat dilihat dengan beberapa kes sebelum ini yang memaksa pemimpin yang dituduh untuk tampil memperbetulkan setiap tuduhan yang kadang kalanya merupakan tuduhan liar yang hanya bermotifkan politik.
Tetapi puak-puak pembangkang ini tidak pula melakukan tindakan yang sama terhadap Anwar Ibrahim berkenaan kes liwatnya kerana mereka tetap beranggapan bahawa Anwar hanyalah mangsa konspirasi politik UMNO dan Barisan Nasional.
Inilah sikap double standard yang ditunjukkan oleh juak-juak pembangkang yang kononnya berdiri dan memperjuangkan keadilan.
Terbaru berkenaan Jamil Khir Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang dituduh telah menyalahkan penggunaan wang zakat bagi tujuan kepentingan peribadi dan individu.Hebat tuduhan ni,apa pun jom kita ikuti laporan berita yang dipaparkan oleh Sinar Harian.
SHAH ALAM - PKR berharap agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom segera tampil dan tidak menyorok di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu penyalahgunaan wang zakat.
Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam, Jamil perlu memberi penjelasan.
Nazmi berkata, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Muhamad Yamin berkata semalam, kos pembiayaan guaman Jamil dan dua pegawai kanan MAIWP di ambil dari geran kerajaan.
"Dalam kenyataannya, dia (Yamin) turut menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pihak tertentu yang menyalahgunakan proses mahkamah terhadap penjawat awam yang menyebabkan dana dan wang rakyat terpaksa digunakan bagi melayan proses mahkamah," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut memberi peringatan kepada Yamin bahawa apabila seseorang dizalimi, mereka mempunyai hak yang diiktiraf dalam syarak dan sistem perlembagaan untuk mempertahankan diri.
Pada Jun lalu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya telah menegaskan sebarang salahguna wang zakat yang disalurkan selain daripada lapan asnaf adalah kesalahan dan dosa besar.
Nazmi berkata, "sekurang-kurangnya apabila isu ini mula-mula timbul, Peguam Zainul Rijal Talha dan Amir terbuka dalam bertanya tentang pandangan Mufti Wilayah Persekutuan," katanya.
Sementara itu, Nik Nazmi turut mempersoalkan tentang wujudnya 'dwi-standard' membabitkan kes amil zakat di Johor, Redzuan Mohd Said yang menyalahgunakan wang zakat sebanyak RM19,510 dan memulangkannya kembali. Bagaimanapun, Redzuan dipenjarakan empat tahun dan dihukum tiga kali sebatan.
"Umat Islam yang menyumbang berbilion ringgit wang zakat setiap tahun di seluruh negara tidak mahu timbul sebarang keraguan terhadap pengurusan wang zakat," katanya.
Banyak pihak memberikan pandangan dan pendapat berkenaan hal ini namun yang perlu dilakukan sekarang adalah Jamil Khir selaku orang yang dituduh perlu tampil membuat kenyataan supaya isu ini tidak terus berlarutan.
MMI sebagai seorang blogger (Kecil-kecilan) yang berjuang untuk melihat UMNO dan Barisan Nasional terus menjadi wadah terbaik kepada rakyat Malaysia merasakan tindakan pantas perlu diambil oleh Jamil Khir bagi meredakan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan dengan menjawab tuduhan tersebut.
Bahkan sekiranya dapat dibuktikan tuduhan tersebut sebagai kesalahan maka Jamil Khir perlu dikenakan tindakan malah kalau tindakan itu menjadi barah kepada perjuangan UMNO dan Barisan Nasional pecat sahaja,masih ramai di luar sana yang mampu memikul tanggungjawab tersebut.
Mengapa perlu kita menanggung liabiliti ini yang mampu merosakkan perancangan kerajaan membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.
MMI bukan anti Jamil Khir tetapi UMNO perlu berani untuk tampil menjelaskan kepada rakyat setiap isu yang diutarakan oleh puak-puak pembangkang hari ini.Jangan gentar untuk mempertahankan yang hak dan jangan takut untuk mengambil tindakan terhadap yang batil kerana rakyat Malaysia menilai sejauh mana keikhlasan pemerintah mahupun pembangkang dalam mentadbir negara.
Setuju ?
Inilah sikap keterbukaan kita dalam perjuangan membela UMNO dan pastinya perjuangan tanpa sempadan ini memerlukan satu pengorbanan yang benar-benar ikhlas yang datangnya dari hati untuk melihat UMNO dan negara Malaysia terus makmur dan sejahtera.
MMI.
No comments:
Post a Comment