Followers

Sunday 8 January 2012

Akhirnya Hasan Ali Di Pecat - Bukti Nik Aziz & Pas Menolak Perpaduan

 

Tepat sekali apa yang telah MMI jangkakan Pas bakal memecat Hasan Ali kerana tindakan beliau jelas tidak disenangi oleh parti sayap kanan DAP ini.

Hari ini seluruh negara telah melihat sendiri bagaimana sebuah parti yang kononnya meletakkan Islam sebagai perjuangan utama mereka jelas telah lari daripada asas dan prinsip mereka sendiri.

Pas telah membuat keputusan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali hari ini dipecat keahliannya sebagai ahli Pas.

Keputusan itu difahamkan telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini.

Dalam kenyataan akhbar yang disiarkan Harakahdaily, keputusan tersebut dibuat setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli jawatankuasa Pas Pusat dan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian Hasan sebagai ahli parti berkuatkuasa serta merta.

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Hasan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas. 


Jika diamati kenyataan diatas jelas menunjukkan itulah alasan yang diberikan dan MMI nak mengajak semua untuk sama-sama kita renungi adakah seorang pemimpin yang telah berjuang dan melaksanakan gerak kerjanya sepertimana tuntutan dalam Islam itu dianggap sebagai seorang ahli yang telah menyalahi dan merugikan parti ?

Apakah kerana beliau dilihat merupakan seorang pemimpin yang cuba menjadikan kerajaan perpaduan diantara UMNO dan Pas berlaku atas nama kekuatan umat Islam sebagai menyalahi undang-undang sebuah parti yang memperjuangkan Islam ?

Atau adakah seorang pemimpin yang begitu berani merampas penjualan arak di kedai-kedai serbaneka dan lantang memperjuangkan isu murtad di Selangor dilihat sebagai seorang pemimpin yang merugikan parti ?

Apakah kerana Hasan Ali mengkritik Pas sebagai lari dari landasan perjuangannya kerana menyokong perhimpunan 901 Bebaskan Anwar itu sebagai satu tindakan salah dan perlu dikenakan tindakan ? sedangkan menurut beliau sepatutnya Pas sebelum ini lebih perlu menyokong perhimpunan HIMPUN kerana ianya memperjuang serta mempertahankan akidah orang Islam ?

Apakah perjuangan Pas kini ?

Psssstt MMI rasakan bagi puak-puak Pas ni,Tindakan Mat Sabu mengangkat Komunis sebagai hero lebih Islamik agaknya daripada perjuangan seorang pemimpin seperti Hasan Ali.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels