Followers

Sunday, 15 January 2012

Berita Dari Tasek Gelugor - Pekan Darat Bergegar!


Malam tadi bertempat di Pekan Darat Tasek Gelugor hampir 1500 orang ramai hadir ke dewan UMNO Pekan Darat bagi sama-sama mengikuti intipati Pentas Pemuda Anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Rata-rata orang ramai yang hadir adalah untuk menyaksikan penceramah utama yang dibawakan khas untuk Pentas Pemuda ini iaitu YB Datuk Hj Muhamad Bin Hj Aziz Ahli Parlimen Sri Gading Johor.Kehadiran beliau bagi menjawab dan menangkis tohmahan pembangkang dilihat cukup dinantikan oleh masyarakat Tasek Gelugor.





Rakyat dilihat semakin sedar akan keprihatinan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional menerajui negara dan kehadiran serta sokongan masyarakat dari pelbagai peringkat umur membuktikan bahawa mereka mahukan perubahan dan perubahan itu adalah memastikan Pulau Pinang kembali ke pangkuan Barisan Nasional.

Program ini telah membuatkan juak-juak pembangkang panas telinga dengan hujah-hujah yang disampaikan oleh barisan penceramah yang mengambil tempat.Sekalung tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor yang telah berjaya dengan jayanya menganjurkan satu program yang MMI lihat sebagai pemangkin kepada proses untuk kita tamatkan riwayat pembangkang dibumi Tasek Gelugor.

Pentas dimulakan dengan Pengerusi Majlis Sdr Nashrul Hisham yang turut merupakan Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor mengambil tempat.Gelanggang dibuka dengan begitu baik oleh beliau dan disusuli dengan ucapan oleh Sdr Hasbul Hazani Daud Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor sebagai pembuka bicara.





Seterusnya YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop selaku Ahli Parlimen Tasek Gelugor naik ke pentas untuk memberikan ucapan serta mengalu-alukan kedatangan sahabat beliau YB Hj Muhamad Bin Hj Aziz Ahli Parlimen Sri Gading ke Tasek Gelugor.Tidak ketinggalan juga YB Tan Sri turut menyentuh berkenaan senario politik negara semasa dan kesannya kepada ekonomi negara.


Ketika ini orang ramai dibawah khemah dilihat sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mengikuti ceramah seterusnya yang akan disampaikan oleh penceramah utama program yang akhirnya pentas utama diserahkan kepada YB Hj Mohamad Hj Aziz sebagai penceramah utama.



Sdr hasbul Hazani Daud Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor yang ditemui sejurus berakhirnya program semalam melahirkan rasa terima kasih beliau kepada semua yang terlibat menjayakan Pentas Pemuda dan ini bukan kali terakhir.Beliau turut berkata "malam ini membuktikan bahawa rakyat semakin muak dengan sikap pembangkang yang hanya berkiblatkan pembohongan dan fitnah.Percayalah kita barisan pemuda akan pastikan pembangkang tiada tempat di bumi Tasek Gelugor ini."

Hampir kesemua yang hadir berpuas hati dengan ceramah dan penjelasan yang diberikan oleh YB Hj Muhamad Bin Hj Aziz hinggakan ada yang meminta supaya program sebegini diteruskan oleh pemuda dari masa ke semasa.

Yang pastinya Pekan Darat semalam bergegar dengan laungan Hidup UMNO ! Hidup Melayu ! ...

"Pembangkang tiada tempat dibumi Tasek Gelugor"

Paling menarik MMI dimaklumkan banyak pihak yang turut bergegar malam tadi....He3...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels