Followers

Saturday 21 January 2012

CUEPACS dakwa 1.3 juta penjawat awam tak puas hati SBPA


JOHOR BAHRU 20 Jan. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendakwa lebih 1.3 juta penjawat awam Gred 54 ke bawah tidak berpuas hati dengan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang didakwa tidak adil terhadap mereka.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada golongan tersebut yang melahirkan kekecewaan mengenai skim berkenaan sepanjang lima jelajah taklimat SBPA yang dijalankannya di beberapa negeri baru-baru ini.

“CUEPACS turut menerima empat memorandum mengenai semakan SBPA dan antara isu utama yang dibangkitkan adalah kenaikan gaji yang tidak menyeluruh termasuk skim gaji yang dikatakan tidak adil antara pegawai atasan dan bawahan.

“Selain itu, isu lain yang turut akan diketengahkan adalah penukaran nama jawatan sehingga memberi kesan kepada skop tugas dan faedah yang dinikmati,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Taklimat dan Dialog mengenai SBPA di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu mengarahkan SBPA disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan pihak tertentu.

Berikutan itu, satu pasukan petugas yang ditubuhkan bagi mencari penyelesaian mengenai isu berkenaan diberi tempoh selama dua bulan sehingga 16 April depan untuk mengkaji isu-isu tersebut dan seterusnya mengemukakan cadangan kepada kerajaan.

Omar berkata, pihaknya yang turut terlibat dalam pasukan petugas bagi mengkaji semula pelaksanaan skim berkenaan berharap hasil perbincangan dan kajian yang diputuskan kelak dapat memuaskan hati semula penjawat awam di negara ini.

Baguslah kalau saluran perbincangan dipilih sebagai alternatif untuk menyelesaikan masalah.

Cumanya MMI nak ingatkan kepada semua penjawat awam,buatlah kerja elok-elok jangan tahu CEKAU saja tapi servis macam haram.Bukan apa kesannya kepada kerajaan sendiri.

Psssst Meluat dengan penjawat awam yang tak sedar diri dengan menyokong pembangkang.MMI nak cabar sikitlah juak-juak bangang ni kalau dah kerajaan pun tak suka yang masih tunggu dan perabih beras UMNO dan BN tu apa kejadahnya ?

Jangan hipokrit lah !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels