Bahang pilihan raya semakin dirasai,semua pihak sudah mula merancang strategi dan mula mengatur perancangan masing-masing.Begitu juga di Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP dan sekali lagi pada tahun ini DAP pimpinan Lim Guan Eng akan membuat janji.Yang pastinya rakyat Pulau Pinang pastinya akan dibohongi lagi.
Mereka (pakatan pembangkang) ini saudagar janji kosong.Ketika pilihanraya umum lalu, mereka janji, selepas tujuh hari mereka memerintah, semua rumah pangsa milik kerajaan negeri akan di cat tetapi sehingga kini, semuanya tidak terlaksana.
Bukan itu sahaja,ramai yang masih ingat dengan kisah Kampung Buah Pala.Kini kampung tersebut hanya tinggal nama.Kampung itu tidak wujud lagi.Nasib penduduk kampung tersebut langsung tidak terbela.
Lupakah kita kepada janji mereka untuk mansuhkan kutipan tol di Kampung Sungai Nyior juga tidak menjadi kenyataan, sehingga kini tol tersebut masih beroperasi.
Mereka sibuk jual cerita kononnya sejak mereka perintah Pulau Pinang, pelaburan di negeri itu meningkat. Mereka harus sedar. Kerajaan Barisan Nasional yang telah menyediakan semuanya termasuk infrastruktur. Sebab itu pelabur masuk di Pulau Pinang. Bukan sebab usaha mereka.
Selain itu DAP turut berjanji untuk memberi bantuan penuh kepada sekolah-sekolah tetapi sehingga kini mereka hanya memberi bantuan sebanyak RM2 juta sedangkan kerajaan pusat memberi bantuan berpuluh juta.
Tiada apa yang boleh dibanggakan oleh rakyat Pulau Pinang sejak DAP mentadbir. Semuanya amat sulit dan rakyat menjadi mangsa.
Persoalannya sekarang mahukah kita dijadikan sebagai mangsa sekali lagi pada PRU Ke-13 nanti ?
MMI.
No comments:
Post a Comment