Tahun Baru Cina atau Gong Xi Fa Cai merupakan salah satu perayaan kaum terbesar dalam masyarakat di Malaysia.Perayaan ini di sambut penuh meriah oleh masyarakat Cina dan turut tidak ketinggalan bersama-sama meraikannya adalah pelbagai bangsa yang telah menjadi sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia.Ianya merupakan salah satu keunikan yang terdapat di Malaysia apabila semua kaum menghormati kaum yang lain dalam setiap perayaan dengan saling kunjung mengunjung antara satu sama lain.Inilah yang menjadikan Malaysia cukup dicemburui oleh negara-negara luar dan juga juak-juak pembangkang.
Namun apa yang MMI nak bawa kali ini adalah berkaitan sambutan Gong Xi Fa Cai pada tahun 2012.Pernahkah kita terfikir bahawa setiap kali perayaan ini disambut maka seluruh rakyat Malaysia sebenarnya dihidangkan dengan satu pertunjukkan besar-besaran oleh masyarakat berbangsa Cina.
Pertunjukkan apa agaknya ? Pasti ramai yang tertanya-tanya..
Inilah pertunjukkannya,apabila tiba hari perayaan Tahun Baru Cina sudah pasti setiap pusat komersial atau komplek membeli belah akan lengang dan hampir kesemua kedai-kedai jualan akan ditutup.Terdapat sebahagiannya yang menampal notis makluman perniagaan akan ditutup selama 5 hari atau seminggu.
MMI yang mengambil peluang hari cuti tersebut telah membuat tinjauan sendiri di salah sebuah komplek perniagaan di Pulau Pinang dan kebetulan membawa keluarga sekali untuk keluar berjalan-jalan namun hampa kerana hampir semua kedai di tutup sempena cuti Gong Xi Fa Cai.Walaupun terdapat beberapa kedai yang membuka perniagaan mereka tetapi jelas dilihat kedai-kedai tersebut diselia oleh pekerja-pekerja berbangsa Melayu dan India.Berapa kerat sangat orang Cina yang MMI jumpa bekerja pada hari tersebut.
Inilah yang kadang-kadang orang kita terlepas pandang,Jika diamati senario ini ianya jelas memperlihatkan bahawa orang-orang Cina menguasai ekonomi yang kadang kalanya menyebabkan bangsa lain di Malaysia terpaksa akur dengan kehebatan ekonomi mereka.
Bayangkan untuk menempah atau membuat pesanan sesuatu barangan kadang kala terpaksa ditangguhkan semata-mata kerana perayaan Gong Xi Fa Cai.Itulah hakikatnya yang perlu kita terima sebagai sebahagian daripada masyarakat Malaysia yang menyumbang kepada kepesatan ekonomi negara.
MMI bukan menidakkan keupayaan bangsa lain khususnya orang Melayu dalam soal ekonomi tetapi kita harus melihat kedepan dan terus berusaha untuk menjadi bangsa penentu kekuatan ekonomi negara.Bagi MMI Melayu perlu terus berusaha dan kalau perlu terus dibantu untuk menjadikan bangsa kita sebagai bangsa penentu kepada ekonomi negara dengan mempunyai keupayaan dan kekuatan dari pelbagai sudut.
Persoalannya sedarkah kita bahawa bangsa Melayu masih ketinggalan dari sudut ekonomi jika dibandingkan dengan bangsa lain khususnya bangsa Cina dan tahukah kita betapa sikap bergantung sepenuhnya kepada pembekal-pembekal Cina akan menyebabkan bangsa kita terus-terusan menjadi mangsa kepada kerakusan penentuan harga barangan dan seterusnya menyebabkan harga barangan di pasaran meningkat naik.
Sikap kebergantungan ini perlu diubah dari masa ke semasa supaya akhirnya nanti bangsa Melayu mampu menjadi pesaing malah menjadi kuasa penentu kepada barangan dan harga.
MMI melihat telah wujud usaha ini daripada pihak kerajaan apabila YAB Perdana Menteri melancarkan Kedai Rakyat 1 Malaysia dimana ianya menawarkan harga yang rendah dengan produk yang berkualiti.Selain itu barangan-barangan di Kedai Rakyat 1 Malaysia turut dibekalkan oleh pembekal-pembekal dari kalangan usahawan bumiputera terdiri daripada mereka yang terlibat dalam Industri Kecil Sederhana (IKS).
Semoga usaha ini bakal memberikan impak yang baik kepada bangsa Melayu dalam kita menuju negara maju.
MMI bukan rasis dalam soal ini namun teruja untuk melihat semua bangsa baik Melayu,Cina dan India mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dalam semua perkara khususnya soal ekonomi.
Yakin dan percaya dengan kekuatan semua pihak dan gerak kerja kerajaan Barisan Nasional dalam usaha memberikan yang terbaik untuk semua,Malaysia dan rakyatnya pasti berjaya.Insyallah.
"Tokey limau satu kotak! Aiya kena tunggu lepas raya woo,sikalang sudah cuti maa..."
MMI.
No comments:
Post a Comment