Followers

Saturday 10 March 2012

Adam Adli Tinggal Kenangan - BUKTI Mahasiswa Makin Bijak


Pasti masih ramai yang mengingati budak Adam anak orang Penaga Kepala Batas ni,beliau bukan saja pernah menempatkan dirinya sebaris dengan artis-artis popular tanahair malah pernah hampir-hampir di tampar oleh seorang lelaki kerana sikap biadap dan bodohnya bersama-sama rakan sewaktu berdemo di PWTC beberapa bulan yang lalu.

Popularnya Adam ni kerana sikap angkuh yang kononnya membawa suara mahasiswa di tanahair tetapi malangnya melihat perkembangan beliau dan konco-konconya hari ini ibarat syok sendiri saja kerana para mahasiswa dan rakyat Malaysia sebenarnya lebih bijak daripada mereka dalam menilai tindak tanduk yang telah dilakukan oleh mahasiswa juak-juak Anwarinas ni.

Terbaru pula diadakan satu Pidato Mahasiswa Bangkit yang jelas tidak mendapat sambutan dan bolehlah dikategorikan sebagai program syok sendiri.Mungkin mereka masih merasakan kononnya kehebatan mereka dalam menganjurkan demontrasi beberapa bulan yang lalu akan dilihat sebagai daya penarik kepada mahasiswa dan rakyat Malaysia untuk hadir beramai-ramai mendengar barisan anak muda yang hilang arah ini berucap.

Paling nyata rakyat dan para mahasiswa sebenarnya lebih bijak daripada mereka yang dilabelkan sebagai anak ikan kepada perjuangan Anwar dan Pakatan Haprak dalam angan-angan menuju Putrajaya.




Inilah barisan anak-anak ikan Anwar yang telah terpesong jauh dalam perjuangan mereka.Yang pasti mereka dipergunakan oleh Pakatan Haprak demi survival Anwar dalam dunia politik.Apapun MMI tak nak komen lebih-lebih sangat kerana semestinya semua sependapat dengan MMI mereka hanya mencari populariti bukannya perjuangan seperti yang diwar-warkan.Klik Sini

Cumanya lihat gambar dibawah ianya lebih jelas dan nyata bahawa mereka bukannya memperjuangkan nasib mahasiswa tetapi lebih kepada menjadi balaci kepada parti-parti politik.


Bagi MMI lah sekiranya bercakap soal memperjuangkan hak para mahasiswa malah semua golongan pelajar adalah lebih baik kita merujuk kepada perjuangan GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) di bawah kepimpinan Sdr Jais Abdul Karim selaku Presiden GPMS Kebangsaan hari ini.GPMS sebagai sebuah NGO yang sejak 1948 lagi sentiasa konsisten dalam memperjuangakan nasib para pelajar dan mereka memperjuangkan melalui saluran yang terbaik dan sebagai buktinya GPMS sudah melahirkan ramai pemimpin diperingkat negeri mahupun negara kita Malaysia.Klik Sini.

Jika berbicara soal gerakan dan tindakan daripada Adam dan konco-konconya dalam mencari apa yang kononnya  soal hak kebebasan sebagai mahasiswa,GPMS dilihat lebih profesional dan bijak dalam menangani  permasalahan ini Klik Sini.

Apa pun sekalung tahniah kepada semua mahasiswa yang dilihat semakin bijak dalam melihat perkara mahupun gerakan-gerakan seperti Mahasiswa Bangkit ini sebagai sesuatu yang tidak menguntungkan.Syabas kerana anda semua melihat bahawa ilmu dan pendidikan itu lebih penting daripada bersama anak-anak ikan Anwar dalam mencari kredit politik.

Psssttt Lebih baik hadir dan mendengar ceramah Ustaz Kazim..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels