Followers

Sunday 11 March 2012

Jom Layan SeeFood The Movie


MMI sekali lagi tumpang gembira dengan perkembangan terbaru dunia perfileman negara dengan bermulanya tayangan SeeFood The Movie ni.Sebuah filem animasi yang memerlukan ketekunan dan keupayaan yang cukup mencabar bukan saja dari segi teknologinya malah serba serbi termasuklah kos pembikinannya.

Namun apa yang MMI nak utarakan ini adalah langkah terbaik dalam transformasi filem-filem di Malaysia apabila pengeluar,penerbit dan pengarah filem negara sudah mula berani dan membuka dimensi baru untuk sama-sama melangkah dan sama taraf dengan filem-filem Hollywood dan lain-lain.

Jika diikutkan SeeFood The Movie sama tarafnya dengan filem Finding Nemo satu ketika dulu.Walaupun Finding Nemo atau filem-filem animasi sepertinya sudah lama mengisi tempat dalam dunia perfileman tetapi tidak menjadi sebarang masalah untuk dunia perfileman negara muncul dengan filem-filem sebegini yang sama tarafnya dengan industri perfileman dari luar.


Rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana SeeFood The Movie bukan saja ditayangkan di Malaysia malah ditayangkan juga dibeberapa negara luar.Inilah yang MMI nantikan sekian lama dulu supaya industri perfileman negara menembusi pasaran luar dan dalam masa yang sama ianya akan memperkukuhkan ekonomi negara secara tak langsung.
                 
    




SeeFood The Movie dipersembahkan oleh Silver Ants Sdn Bhd dengan kerjasama Al-Jazeera Children Channel.SeeFood akan dieedarkan oleh Grand Brilliance dan sudah pun ditayangkan di Malaysia bermula pada 8 March 2012.

SeeFood The Movie menceritakan tentang seekor anak jerung bernama Pup yang mempunyai misi untuk mencari sekumpulan pemburu haram yang telah mencuri sebilangan telur-telur dari kawasan perairannya. Pengembaraannya penuh dengan aksi-aksi lucu dan misteri bukan sahaja di dalam air, malahan di darat. Pup berusaha untuk menyelamatkan saudaranya tanpa memikirkan keselamatan nyawa sendiri. Di daratan Pup tidak menyangka ada bahaya juga menanti dia di sana. Khuatir akan keselamatan Pup, Julius, berusaha sendiri untuk menyelamatkan dan membawa pulang kawan karibnya. Pup dan Julius memakai sut khas supaya mereka berupaya mengembara di darat.

Bagaimana keseluruhan cerita ini maka anda semua perlulah ke pawagam berdekatan dan bawalah anak-anak sekali kerana ianya pasti membuatkan anda seisi keluarga tersenyum dan ketawa sepanjang tontonan anda.

MMI bawakan beberapa scene daripada SeeFood The Movie yang cukup cantik grafiknya.Jom tengok..









Jadi tunggu apa lagi jom ke pawagam yang berdekatan.Kita sama-sama sokong industri perfileman yang bermutu seperti ini.MMI kata pi jangan tak pi..

Psssttt lebih baik layan SeeFood The Movie dari layan Anwarinas The Movie hehehe

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels