Tahniah dan Syabas ! Itulah ungkapan yang MMI rasakan tepat dapat diberikan kepada kepimpinan GPMS ( Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ) sebuah NGO yang memperjuangkan nasib anak bangsa semenjak tahun 1948.GPMS dilihat layak untuk bersuara dan suara ini perlu didengari oleh seluruh mahasiswa dan mahasiswi kerana GPMS merupakan sebuah NGO yang telah berjuang mengangkat martabat orang-orang Melayu melalui bidang pendidikan.
GPMS ditubuhkan semenjak tahun 1948 , MMI yakin bahawa suara ini sebenarnya penuh dengan kematangannya dan sudah semestinya pengalaman demi pengalaman yang telah dilalui oleh GPMS dalam perjuangannya sedikit sebanyak memberikan gambaran bahawa mereka tahu rusuhan,demonstrasi jalanan sebenarnya hanya membawa keburukan bukan sahaja kepada negara malahan kepada anak-anak muda dan generasi bangsa selepas ini.
Percaya bahawa ilmu dan pendidikan itu merupakan senjata terbaik kepada orang Melayu untuk terus maju,GPMS dilihat menolak sebarang usaha dan perbuatan membawa mahasiswa ke jalanan seperti mana yang berlaku baru-baru ini.
Sdr Jais Abdul Karim selaku Presiden GPMS Kebangsaan telah menyatakan pandangannya mewakili ahli GPMS di seluruh negara bahawa GPMS menolak sebarang usaha kearah menjadikan negara sebagai medan tempur yang tidak menguntungkan mana-mana pihak malahan mampu membinasakan negara dan rakyatnya dalam suasana rakyat dapat menikmati kehidupan dengan aman dan tenteram.
Kenyataan GPMS oleh Sdr Jais Abdul Karim Presiden GPMS Kebangsaan :
Pimpinan GPMS dinasihati untuk berpegang kepada pendirian ini,
1.Adam Adli WAJIB memohon maaf kepada YAB Perdana Menteri atau dihukum oleh UPSI kerana menghina pemimpin negara.
2.Cadangan YAB Perdana Menteri untuk meminda akta AUKU amat disokong dan pandangan siswa perlu diberi perhatian.
3.GPMS mengecam parti-parti politik yang menggunakan siswa bagi mencetuskan huru-hara dalam negara.
4.Berdasarkan pengalaman , GPMS percaya sebarang isu boleh diselesaikan menerusi kaedah perbincangan kerana ianya jelas memberikan ruang untuk dilaksanakan berdasarkan objektif GPMS iaitu menjaga hak-hak,mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu di segenap lapisan.
Jais Abdul Karim
Presiden GPMS Kebangsaan.
Inilah suara keramat sebagai anak Melayu yang tahu jerit-perih perjuangan mengangkat martabat bangsa ke tahap hari ini.Sdr Jais Abdul Karim dilihat sebagai seorang pemimpin yang mampu diangkat untuk bersama-sama dalam seketariat atau panel pemikir dalam proses membuat pindaan akta AUKU.
MMI bukannya mengangkat atau mengampu Sdr Jais namun hakikatnya sebagai sebuah NGO yang dilihat begitu dekat dan rapat dengan golongan pelajar terutamanya mahasiswa dan mahasiswi GPMS sepatutnya diberikan peranan ini kerana mereka tahu dan merasai denyut nadi anak-anak muda bangsa melayu bernama mahasiswa dan mahasiswi ini.
Harapan MMI semoga suara ini didengari dan diberi perhatian oleh pihak berwajib dalam usaha kita mencari kaedah terbaik selain daripada membawa negara menghadapi Wawasan 2020.
Kepada GPMS teruskan perjuangan ini kerana anda merupakan elemen terpenting mengangkat anak bangsa Melayu ke tahap paling tinggi dalam hiraki pendidikan.
Syabas GPMS!
MMI.
No comments:
Post a Comment