Followers

Wednesday, 14 March 2012

Kerajaan Tunaikan Janji - BR1M Di Jangka Di Teruskan


Semenjak ianya di umumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam belanjawan yang lalu pelbagai persoalan mula  ditanya oleh rakyat bagaimana ianya akan dilaksanakan dan siapakah sebenarnya yang layak dan lain-lain persoalan yang timbul dalam hati setiap rakyat di Malaysia.

MMI juga tidak ketinggalan di tanya oleh para sahabat dan masyarakat dan ketika itu BR1M menjadi topik paling panas disemua tempat termasuklah dikalangan juak-juak Pakatan Haprak.Namun hari ini semua sudah jelas berkenaan pemberian ini dan ramai yang sudah pun menerimanya.

Sebanyak RM1.92 bilion telah diagihkan kepada 3.8 juta isi rumah di seluruh negara melalui program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga 1 Mac lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada persidangan Dewan Rakyat Selasa.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata Selangor merupakan negeri penerima bantuan tertinggi iaitu hampir 13 peratus daripada keseluruhan wang yang diagihkan, manakala Kelantan pula mencatatkan peratusan isi rumah tertinggi yang menerima bantuan iaitu hampir 84 peratus.

"Sehingga 1 Mac, pendaftaran yang diterima adalah sebanyak 4.78 juta. Permohonan yang berjaya adalah 3.74 juta atau hampir 80 peratus, manakala permohonan yang tidak berjaya adalah sebanyak 972,000 atau hampir 20 peratus daripada jumlah keseluruhan permohonan.

"Daripada 200,000 rayuan yang diterima, hampir 92 peratus telah diluluskan setelah mereka mengemukakan permohonan yang lengkap," katanya menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) yang bertanya mengenai perkembangan pelaksanaan program BR1M.

Menerusi BR1M, setiap isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan diberi bantuan "one-off" sebanyak RM500.

Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya bersyukur kepada Allah SWT kerana semua yang berlaku adalah dengan izinnya dan kita juga dituntut untuk berterima kasih kepada kerajaan.Kepada yang masih jumud dengan pemikiran kolot membeza-bezakan parti politik tetapi dalam masa yang sama tetap memohon dan menerima bantuan BR1M ini setidak-tidaknya ucaplah terima kasih di dalam hati.

Dewat Rakyat yang baru memulakan sidangnya menyaksikan YAB Perdana Menteri turut menyatakan BR1M yang diberikan secara "one-off "dijangka diteruskan bergantung kepada kemampuan negara pada tahun-tahun akan datang.

Bagi MMI ianya amat baik sekali untuk diteruskan dan sebagai rakyat Malaysia kita perlu sama-sama berusaha untuk memastikan kestabilan negara dari sudut ekonomi,politik,sosial dan lain-lainnya dapat ditingkatkan kerana ianya merupakan penyumbang utama kepada kesinambungan BR1M.

Percaya atau tidak kerajaan telah mengotakan janjinya melalui BR1M ini kerana proses transformasi yang dilakukan oleh kerajaan telah mewujudkan satu mekanisma yang terbaik bilamana bantuan daripada kerajaan hari ini dapat benar-benar disalurkan terus ke tangan penerima golongan sasaran dan memerlukan.

Lihat saja bagaimana subsidi minyak yang kerajaan berikan ianya menguntungkan semua golongan namun sebagai rakyat biasa yang mungkin hanya mempunyai sebuah motorsikal berkapasiti 7 liter minyak berapakah subsidi yang diperolehi oleh mereka jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang mempunyai sebuah kereta besar berkapasiti 50 liter minyak?

Sudah tentu subsidi untuk 50 liter lebih dari 7 liter walaupun jumlah subsidi untuk setiap liter adalah sama.Tetapi kita harus faham bahawa subsidi ini untuk seluruh rakyat dan ianya akan terus kekal begitu.

Oleh kerana itu maka transformasi kerajaan telah berjaya membentuk satu mekanisma baru dengan lahirnya BR1M  kepada setiap rakyat yang berpendapatan RM3000 kebawah dan ini sudah tentu menyaksikan bantuan ini dapat terus disalurkan kepada mereka yang selayaknya.

Itulah antara pendekatan yang dihasilkan oleh pihak kerajaan melalui proses transformasi yang dilakukan bahkan BR1M diberikan kepada semua rakyat yang layak tanpa mengira fahaman politik malah mereka-mereka yang tidak mendaftar mengundi pun turut menerimanya kerana BR1M adalah satu bentuk bantuan kepada rakyat dan bukannya bantuan untuk memancing undi seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang.

Oleh kerana itu sedarlah kita sebagai rakyat buatlah pilihan yang terbaik kerana pilihan kita nanti menentukan sejauh mana negara dan kerajaan mampu membela nasib rakyat.

MMI.
  

No comments:

Post a Comment

Labels