Followers

Tuesday 6 March 2012

Rejim DAP Pulau Pinang Pasti Di Tentang Sengit - Komponen BN Mula Menyusun Rentak


Sudah sampai masanya rakyat Pulau Pinang membuat satu keputusan terbaik pada PRU Ke13 nanti dengan mengundi BN.Tidak salah kiranya sekarang adalah masa terbaik untuk menukar kerajaan negeri yang ternyata gagal membela nasib rakyat khsusnya orang-orang Melayu.

Walaupun tidak dapat dinafikan Pulau Pinang merupakan medan tempur yang paling mencabar bagi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, tetapi parti komponennya tidak pernah berputus asa untuk mengatur pelbagai langkah dan usaha untuk berkuasa semula di negeri itu.

Tanpa menghiraukan ramalan ramai penganalisis politik bahawa BN mempunyai harapan tipis untuk menawan kembali Pulau Mutiara berikutan sokongan bukan Melayu terhadap kerajaan negeri yang diterajui DAP ketika ini, para pekerja parti BN tetap bersemangat untuk memberi tentangan hebat pada pilihan raya umum akan datang.

"Pertarungan tidak pernah mudah, terutama apabila menentang penyandang. Menentang Lim Guan Eng juga bukan perkara mudah," kata Ketua Gerakan Pulau Pinang, yang juga pengerusi Jawatankuasa Kerja BN negeri Datuk Dr Teng Hock Nam.


Daripada 40 kerusi dewan undangan negeri Pulau Pinag yang ada sekarang, 27 menjadi milik pakatan DAP-PKR-PAS. Pada Pilihan Raya Umum lepas, DAP memenangi kesemua 19 kerusi yang ditandinginya, PKR sembilan daripada 16 kerusi, manakala PAS hanya memenangi satu daripada lima kerusi yang ditandinginya.

Pada pilihan raya umum yang menyaksikan pencapaian paling buruk bagi BN itu, parti gabungan berkenaan hanya memenangi dua daripada 13 kerusi parlimen dan 11 daripada 40 kerusi negeri.

Secara tradisi, peruntukan kerusi BN di negeri itu dibuat berdasarkan formula Umno (15), Gerakan (13), MCA (10) dan MIC (2).

Teng berkata Gerakan Pulau Pinang telah membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang sejak tahun lepas lagi setelah memuktamadkan "senarai calonnya" pada Januari 2010 dan melantik 17 penyelaras kawasan pilihan rayanya -- termasuk 13 untuk kawasan negeri dan empat kawasan parlimen.

"Kebanyakan penyelaras ini telah melaksanakan kerja asas selama dua tahun. Daripada segi pemilihan calon, mereka terletak di barisan hadapan, melainkan ada alasan kukuh mereka tidak boleh diketengahkan nanti (sebagai calon)," kata Teng.

Beliau berkata sejak terlantiknya penyelaras berkenaan, parti itu sentiasa bergerak bersama-sama anggota peringkat akar umbi, termasuk dalam urusan pemberian BR1M baru-baru ini, untuk membantu mereka yang layak dan memerlukan bantuan itu, mengemukakan permohonan.

"Kami juga melaksanakan pelbagai usaha untuk memberi penjelasan tentang isu berkaitan dasar dan mendedahkan kelemahan kerajaan negeri.

"Bagi Gerakan, kami juga mengunjungi kedai kopi untuk mengumpul maklum balas, mengedarkan risalah kepada penduduk di Pulau Pinang dan untuk menangkis tuduhan liar Lim Guan Eng," katanya.

Oleh itu, kata Dr Teng, BN Pulau Pinang mempunyai peluang lebih cerah untuk memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua MIC Pulau Pinang Datuk PK Subbaiyah pula berkata parti itu sudah membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum, termasuk mengenal pasti calon berpotensi bagi dua kerusi -- kawasan dewan undangan negeri Prai dan Bagan Dalam.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan nama mereka kerana katanya keputusan muktamad mengenainya akan dibuat kempimpinan BN.

Pada pilihan raya umum lepas, DAP menawan dua kerusi itu daripada MIC dan kini kerusi Prai disandang Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy, manakala kerusi Bagan Dalam disandang A. Thanasekaran, juga daripada DAP. Ramasamy mengalahkan timbalan ketua MIC negeri L. Krishnan dengan 5,176 undi, manakala Thanasekaran mengatasi Subbaiyah dengan 3,053 undi.

Setiausaha Umno Pulau Pinang Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya pula berkata BN negeri itu telah memperhebatkan pelaksanaan program bersama rakyat, sebagai sebahagian daripada strateginya untuk merapatkan lagi hubungan dengan rakyat dan menawan hati mereka.

Ini termasuk kegiatan kemasyarakatan seperti tinjauan mesra dan mengadakan lebih banyak taklimat untuk kumpulan sasaran bagi menangkis isu serta hujah yang dibangkitkan pihak lawan.

"Kami juga mengedarkan risalah dan menganjurkan ceramah, sambil mengoptimumkan penggunaan blog serta sistem perkhidmatan pesanan ringkas untuk sampai kepada khalayak lebih ramai," katanya kepada Bernama.

Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang berkata walaupun menghadapi kesulitan dan kekangan, kebanyakan pemimpin MCA, termasuk mereka yang kalah pada pilihan raya lepas, terus mengendalikan pusat khidmat masing-masing untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Macam pusat khidmat saya ni... (ia) dibuka enam hari seminggu dan semua petugasnya terdiri daripada sukarelawan, yang memberi khidmat dari tengah hari hingga malam. Semuanya kami gunakan wang sendiri kerana kami tidak mempunyai peruntukan untuk membayar gaji petugas tetap," katanya kepada Bernama.

"Kami terus memberi perkhidmatan kerana telah berbuat demikan sejak sekian lama. Oleh itu, kami harap, sekurang-kurangnya mereka mengambil kira perkara ini apabila tiba pilihan raya nanti. Saya tahu memang susah untuk menang banyak kerusi, tapi sekurang-kurngnya, mereka akan terus mempunyai MCA sebagai pembangkang dalam dewan undangn negeri. Kini, tak ada langsung kerana DAP menawan semuanya," kata beliau.

Beliau berkata sejak dua tahun lepas, orang ramai menyuarakan banyak isu melalui pusat khidmat MCA, tapi mereka hanya dapat membantu hingga ke tahap tertentu saja kerana sesetengah perkara terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

"Kami cuba membantu sebanyak yang mungkin, tapi bukan semuanya boleh diselesaikan kerana ia memerlukan kuasa lain," kata beliau.

Guan Eng pasti sesak nafas sekarang melihatkan kenyataan-kenyatan sebegini.yang jelas memperlihatkan BN tidak akan sesekali membiarkan Pakatan Haprak bertapak di negeri ini dengan mudah.Biar apa pun terjadi tentangan paling sengit bakal ditempuh oleh juak-juak Pakatan Haprak dalam PRU Ke13 nanti.




Seperti klip video diatas Komponen BN iaitu MCA,Gerakan,MIC,PPP diibaratkan sebagai pasukan payung terjun (Airborne) yang akan mendarat diseluruh negeri Pulau Pinang manakala Pakatan Haprak pasti akan menjadi musuh dalam pertarungan paling sengit ini dan UMNO semestinya akan hadir sebagai jentera (Cavalry) untuk menyelamatkan seluruh negeri Pulau Pinang dari Pakatan Haprak.  

MMI yakin dan percaya dengan gerak kerja jentera UMNO di semua peringkat dan ditambah dengan segala usaha oleh rakan-rakan komponen seperti MCA,MIC,Gerakan,PPP pastinya Pulau Pinang bakal kembali kepada Barisan Nasional.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels