UMNO Bahagian Tasek Gelugor telah bersiap-sedia bagi menghadapi PRU Ke13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa.Ini diakui sendiri oleh seluruh jentera UMNO Bahagian Tasek Gelugor disemua sayap dalam satu program yang turut di hadiri oleh YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hassan Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dalam lawatan kerjanya pada Isnin 5 Mac 2012 .
Bertempat di rumah UMNO Bahagian Tasek Gelugor YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hassan telah berjumpa dengan semua kepimpinan UMNO Bahagian Tasek Gelugor dalam mendengar taklimat tertutup berkenaan persediaan UMNO Tasek Gelugor dalam menghadapi PRU Ke13 nanti.
Turut bersama-sama dalam majlis tersebut adalah YB Shabudin Yahya Ketua UMNO Bahagian,YB Dato' Jasmin Mohamed Timbalan Ketua UMNO Bahagian,Sdr Zulkifli Yahya Naib Ketua UMNO Bahagian,Sdr Zambri Che Ros Setiausaha UMNO Bahagian,Barisan AJK UMNO Bahagian dan semua kepimpinan diperingkat sayap dan AJK terdiri daripada Sdr Hasbul Hazani Daud Ketua Pergerakan Pemuda,YB Dato' Hjh Jahara Hamid Ketua Wanita dan Sdri Hafizah Othman Ketua Puteri.
Kunjungan kali pertama oleh YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hassan ini cukup bermakna kerana dalam keadaan UMNO diseluruh negara sedang mempersiapkan jentera masing-masing ianya memberikan satu lonjakan semangat untuk terus bekerja bagi memantapkan parti.
Majlis berjalan dalam keadaan yang cukup mesra dan sarat dengan mesej-mesej yang dilihat cukup penting kepada seluruh jentera UMNO Tasek Gelugor kerana misi untuk terus mempertahankan Tasek Gelugor disamping usaha menawan semula Pulau Pinang memerlukan satu pasukan yang cukup bersedia dan mempunyai kekuatan tersendiri.
Bersama AJK UMNO Bahagian Tasek Gelugor |
Bersama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor |
Majlis taklimat dan dialog ini kemudiannya diteruskan dengan YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hassan diiringi oleh seluruh kepimpinan UMNO Bahagian Tasek Gelugor ke Pokok Tampang dalam satu majlis ramah mesra dan kenduri rakyat dalam PDM Pokok Tampang.Walaupun lawatan kerja ini dilakukan pada hari dan waktu bekerja namun sambutan yang diberikan kepada YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hassan tidak menghampakan kerana hampir 400 warga Tasek Gelugor turut hadir untuk bersama-sama dengan para pemimpin.
Dalam program bersama rakyat ini YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hassan turut berpesan kepada seluruh masyarakat Tasek Gelugor bahawa hari ini Melayu mesti bersatu atas nama Melayu.Melayu tidak boleh lagi berpecah kerana perpecahan ini akan menyebabkan kita ketinggalan.Perpecahan sesama Melayu sebenarnya merugikan bukan saja bangsa malah agama dan negara itu sendiri.
Beliau turut mengajak rakyat untuk bersama-sama membantu memastikan Pulau Pinang dapat dikembalikan kepada UMNO dan Barisan Nasional kerana hanya kerajaan Barisan Nasional sahajalah yang dapat membela rakyat.Program transformasi yang dilakukan oleh kerajaan sebenarnya adalah satu gerak kerja yang cukup baik dan perlu disokong oleh rakyat kerana hari ini setiap bantuan yang diberikan terus dapat disalurkan kepada rakyat sebagai contohnya adalah pemberian BR1M disamping kerajaan mengekalkan subsidi yang berterusan kepada barangan lain termasuk minyak.
Majlis diteruskan dengan YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hassan didiringi oleh pimpinan UMNO diperingkat Bahagian menyampaikan sumbangan BR1M kepada rakyat.
YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hassan seterusnya ke jamuan rakyat bersama pimpinan dan rakyat yang melapangkan masa untuk hadir.Kebanyakkan masyarakat yang ditemui oleh MMI melahirkan rasa syukur dan gembira mereka dengan kedatangan YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hassan ke Tasek Gelugor kerana ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap nasib rakyatnya.
Lawatan kerja ini dilihat cukup berjaya walaupun diadakan pada hari bekerja namun semangat rakyat dan komitmen yang ditunjukkan jelas membuktikan mereka mahukan UMNO dan Barisan Nasional untuk terus kekal sebagai kerajaan.Ternyata rata-rata orang-orang lama yang ditemui melahirkan rasa kesal dan kecewa mereka dengan pihak pembangkang yang dilihat hanya berpolitik semata-mata dan setiap tindakan mereka bukanlah seikhlas kerajaan Barisan Nasional.
MMI turut teruja apabila dapat berbual dengan beberapa orang lama yang begitu bersemangat untuk terus melihat UMNO dan Barisan Nasional terus kekal sebagai kerajaan.Daripada pandangan MMI jelas anak-anak muda hari ini sebenarnya tidak pernah merasai keperitan seperti mana orang-orang lama dulu rasakan dan inilah penyebabnya semangat dan komitmen mereka sentiasa konsisten terhadap UMNO dan Barisan Nasional.
Terima kasih MMI ucapkan kepada YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hassan yang sudi hadir ke Tasek Gelugor dan sesungguhnya kehadiran YAB Dato' Seri menyuntik semangat rakyat Tasek Gelugor untuk terus bekerja keras dan seterusnya mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional di Tasek Gelugor.
Hentikan Spekulasi Kerja Untuk Parti
MMI.
No comments:
Post a Comment